"ad apa rancangan kau dia dah mula target kan Aileen?" tanya Felix. sekarang mereka ada di markas black shadow untuk bincang cara hancurkan Claude.
"mana dia sorok? puas aku mencari tapi tak jumpa langsung?" soal faiz ia masih tidak berpuas hati berhari-hari ia mencari Claude tapi lansung tiada jejak yang tinggal?
"aku rasa ada orang sorokkan dia la. kalau tak kita mesti dah dapat jejak dia." teka Areeq. Faiz dan Felix menganggukkan kepala tanda setuju dengan perkataan Areeq itu.
"tapi siapa...? aku rasa kita tak ada musuh dah selain si lelaki tak guna tu?" soal Areeq kehairanan.
"betul juga! kumpulan kita lama tidak aktif sejak Adyan ambil alih syarikat daddy." sambung Izz.
"tak payah fikir yang tu sekarang ni kita fikir macam mana nak tangkap Claude sebelum dia apa-apakan isteri dan anak aku." ujar Adyan serius dia masih fikirkan rancangan macam mana mahu si lelaki tua itu menunjukkan diri?
"anak? sejak bila kau ada anak? kau jangan kata yang..." Faiz sengaja menggantungkan ayatnya. Adyan hanya balas dengan anggukan kepala sahaja sebagai jawapan yang ada di kepala kawannya itu.
"what!!! Aileen pregnant!! kenapa kau tak bagi tau aku ad!!!?" ujar Faiz gembira. semua yang ada di bilik itu terkejut apabila mendengar berita yang Aileen mengandung.
"berapa minggu Adyan?" tanya Izz.
"5 minggu" jawab Adyan singkat.
"tahniah ad tak sangka aku akan jadi uncle lepas ni" kata Felix teruja.
---••♡••---
Melissa sedang mengemas bilik tidurnya. maid? Melissa tidak suka maid mengemas biliknya kerana bilik itu privasi baginya. sewaktu Melissa sedang mengemas tiba-tiba dia ternampak satu kotak yang berwarna galaxy ada di bawah katil elok lagi kotak itu walaupun telah berhabuk.
Melissa meniup kotak itu untuk menghilangkan habuk-habuk itu lalu ia membuka penutup kotak itu tergamamnya apabila kotak itu berisi semua kenangannya bersama kawan-kawanya. bermacam-macam barang dan poloroid di dalam kotak itu semua itu adalah kenangan yang indah!
Melissa melihat satu persatu poloroid itu semyumnya makin lebar apabila melihat setiap poloroid itu imbas semula semua kenangan mereka 5 sahabat. di dalam poloroid itu semua orang tersenyum gembira. air jernih mula membasahi pipi Melissa ia betul-betul rindu kenangan itu kenangan dimana mereka bersama tiada pergaduhan, kebencian yang hanya ada persahabatan yang murni.
Melissa terhenti pada poloroid dimana mereka berlima sedang bermain belon air walaupun mereka pada waktu itu umur sekolah menengah tapi tidak menghalang mereka untuk berseronok.
flashback
-----------------
"kita nak buat apa sekarang ni?" tanya Daniel. sekarang mereka berenam ada ditaman sedang memikir untuk hilangkan boring pada waktu petang.
"tak tau la niel aku dah penat fikir aku bagi cadangan kau tak setuju." jawab Fayyadh sambil mencabut rumput di taman.
"mana Aileen eh.. kenapa tak nampak batang hidung dia selalu ada je dia petang-petang ni main buaian?" tanya Izz selalu nampak saja Aileen sedang mengayun buaian. itulah antara benda yang Aileen paling suka kalau dia datang mana-mana taman di dunia tapi kalau sekali dia bergerakkan buaian tu fuh... boleh bawa ke alam lain!!
"tak tau la aku chat dia pagi tadi sampai sekarang perempuan tu tak balas-balas chat aku. geram aku." balas Melissa tidak berpuas hati.
"dia sibuk kot?" teka Daniel.
"sibuk? sibuk apa?" tanya Melissa pula.
"tak tau la dia keluar dengan boyfriend dia ke?" teka Fayyadh pula.
"boyfriend Aileen? Aileen aku sebut pasal kahwin pun dia lari ni nak kata ada boyfriend!" ujar Melissa dia kenal sangat perangai sahabatnya yang satu itu pantang sebut kahwin auto Aileen lari dengan bermacam-macam alasan macam manalah jodoh dia nanti ni?
"mana la tau kan kalau kau dengan si Fayyadh boleh couple Aileen pun mesti boleh kan?" sekali Daniel buka suara pasti Melissa dan Fayyadh akan terdiam.
"tak! aku kenal sangat perangai kawan aku tu tak minat bercinta." bantah Melissa perkataan 'bercinta' itu ditekankan.
"siapa tak minat bercinta? kau ke?" tanya Aileen polos pada Melissa.
"ARGHH... YA ALLAH AILEEN!!!" Melissa terus menampar lengan Aileen terkejutnya apabila ada suara menyoal. nasib jantung dia tidak tercabut kalau cabut dia akan suruh Aileen ganti padan muka!!
"hehe.... sorry awak sheye tak sengaje." kata Aileen bahasanya sengaja dipelat kan. Melissa hanya mampu mengeluh sahaja tak guna dia marah sebab Aileen Medyna bukan orang yang jenis makan saman.
"ni kau pi mana aku chat kau dari pagi tak balas-balas?" tanya Melissa ala garang-garang.
"ouh yeke? kenapa tak tak dapat pun?" tanya Aileen polos. "mana lah aku nak tau fon kau bukan aku!" balas Melissa geram dengan kepolosan sahabatnya itu.
"ouh!! baru aku ingat telefon aku habis top up sebab tu kau chat tak dapat baru aku ingat patut tadi aku nak buka ig line slow tadi rupanya kredit habis." jawab Aileen sempat ia menunjukkan kebodohannya itu. Melissa menepuk perlahan dahinya geram dengan kebijaksanaan sahabatnya itu.
"ni kenapa korang duduk kat sini macam mayat ? korang nak praktis jadi mayat ke?" tanya Aileen polos apabila ia melihat Daniel dan Izz baring di rumput kedua tangan mereka letak di atas perut.
"pala otak kau! kita orang tengah fikir nak main apa?" kata Daniel sempat ia mengetuk kepala Aileen menggunakan telefonnya. Aileen mengaduh kesakitan apabila Daniel mengetuk kepalanya. sempat ia mengutuk Daniel.
"ouh... jom la kita main belon air aku ada beli belon tadi." cadang Aileen.
"boleh juga!" setuju Melissa. semua menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Aileen itu lalu mereka pun mengisi semua belon dengan air. air itu mereka pinjam di rumah Fayyadh kerana rumah Fayyadh dan taman adalah kejiranan dan juga Fayyadh itu anak ketua taman jadi tak ada masalah kalau mereka memakai air rumah itu.
"okay dah sedia semua!!" laung Daniel kuat mereka semua adalah musuh dan setiap orang ada 40 peluru atau lebih tepatnya belon mereka boleh mencuri belon musuh kalau belon itu tidak meletup.
"dah!!"
lalu bermula lah perperangan belon air itu mereka bermain dengan riang seperti budak tadika. tanpa mereka sedari ibu kepada Fayyadh merakam 5 sahabat itu dari balkoni bilik anak terunanya itu.
setelah 2 jam berperang akhirnya mereka semua rebah ke tanah kerana penat lari kesana dan kesini untuk mengelak dari terkena belon. basah lencun baju mereka. habislah mereka nanti pasti kena marah oleh sang ibu kerana pakaian mereka basah nak pakai alasan hujan tidak boleh kerana langit cerah benderang.
"habis basah baju kita mesti kena marah kan balik nanti." Melissa bersuara selepas lama mereka semua berdiam diri.
"alaaa.. tak apa sekali sekala kan... kita boleh buat memory baru betul tak? walaupun ia tidak beberapa matang." kata Aileen lalu ia tergelak kecil tidak tau apa yang lucunya?
" betul juga walaupun keanak-anakan tapi ia seronok." sambung Izz. mereka semua menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata Aileen dan Izz. mereka semua balik ke rumah apabila ibu Daniel dan Izz memanggil untuk pulang.
end flashback
------------------------
Melissa menangis makin deras apabila kenangan itu terimbas semula. walaupun mereka membesar tapi perangai mereka apabila bertemu pasti akan jadi budak-budak biarlah orang kata mereka tidak matang asalkan persahabatan mereka sebagai kawan tidak putus.
tok!tok!
Melissa menyeka air matanya apabila ia mendengar ketukan pintu.
"masuk lah pintu tak kunci pun." arah Melissa lembut sambil ia menyimpan semua poloroid itu di album poloroid yang ia beli. Julien masuk ke bilik mummynya apabila telah mendapat izin.
"mummy... mummy buat apa tu?" tanya Julien apabila ia telah sampai di depan Melissa.
"kemas bilik je sayang ni ada apa cari mummy?" soal Melissa suaranya sedikit serak kerana menangis tadi.
"saja Julien rindu mummy. mummy kenapa mata mummy sembam? hidung mummy pun merah mummy menangis ke?" soal Julien.
"tak la sayang mummy selesema sedikit." bohong Melissa. Julien hanya balas dengan anggukan sahaja lalu iris kelabunya tertangkap pada poloroid yang mummynya pegang.
"mummy pegang apa tu?" soal Julien sambil jari kecilnya menunjuk ke arah poloroid itu.
"poloroid je sayang. Julien nak tengok?" ujar Melissa. Julien balas dengan anggukan lalu ia duduk di atas riba Melissa.
"wah!! ni mesti umi Aileen kan!" tanya Julien ceria. Melissa hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan.
"comelnya umi dengan mummy!" puji Julien matanya tak teralih pada poloroid itu. Melissa hanya tersenyum sahaja tidak tahu mahu membalas apa.
"mummy.." panggil Julien.
"ye sayang? "
"Julien rindu umi boleh tak mummy bawa Julien jumpa umi di Malaysia boleh Julien main dengan Dhiya dan Darren." pinta si kecil.
"nanti kita umi okay. sekarang daddy sibuk jadi kita tak boleh jumpa umi lagi."pujuk Melissa. Julien hanya menganggukkan kepala sahaja.
---••♡••---
hari ini Aileen menemani puan Marina dan Adryna shopping di mall. Aileen hanya pasrah kan diri sahaja apabila ia dipujuk untuk mengikuti mereka shopping sekali.
Aileen tersenyum kecil apabila ia melihat puan Marina dan Adryna tengah memilih barang bayi.
"sayang tengok nenek dan maksu awak gembira nak sambut awak. membesar dengan sihat ye sayang" kata Aileen tangan kanannya naik menggosok perutnya yang tidak kelihatan lagi. usia kandungan Aileen telah masuk 1 bulan.
"akak cantik tak?"
"cantik! ryna akak nak pergi tandas sekejap nanti ryna tolong bagi tau mummy boleh?" pesan Aileen.
"akak nak ryna teman? bahaya lah akak pergi tandas sorang-sorang!" kata Adryna ia mula rasa tidak sedap hati.
"tak apa Yuki ada dia boleh jaga akak. kamu duduk sini teman mummy ye nanti akak datang balik." kata Aileen lalu ia pergi apabila mendapat anggukan dari adik iparnya.
"Yuki tolong tengokkan akak ye saya rasa tidak sedap hatilah!" pesan Adryna pada pengawal peribadi Aileen. setiap ahli keluarga Tengku Athif pasti akan ada pengawal untuk menjaga kaum wanita kaum lelaki tidak perlu pengawal kerana mereka akan diajar cara membela diri dari kecil lagi.
"baik cik ryna, cik ryna jangan risau saya akan jaga puan Aileen." balas Yuki lalu ia membuka langkah untuk mengawasi Aileen. Adryna hanya mampu berdoa di dalam hati agar kakak iparnya itu selamat kalau tidak pasti abangnya akan mengamuk satu rumah kerana Aileen telah ditangan musuh.
selepas Aileen lepaskan hajatnya ia membersihkan tangannya. pusing sahaja Aileen ke belakang ada 2 orang lelaki berpakaian serba hitam Aileen tidak dapat melihat wajah 2 orang itu kerana muka mereka ditutup oleh mask.
Aileen hendak melarikan diri tetapi tidak berhasil apabila seorang dari mereka menekup mulut Aileen. dunia Aileen menjadi gelap apabila lelaki itu menkup mulutnya.
"let's go before someone sees us." kata lelaki itu lalu ia mendukung Aileen lalu mereka keluar melalui tingkap tandas.
Yuki menunggu Aileen diluar tandas selama 1 jam tetapi Aileen tidak keluar juga naik hairan Yuki apabila puan mudanya tidak kunjung keluar dari tandas pada akhirnya Yuki buat keputusan untuk masuk juga ke tandas itu untuk melihat keadaan puan mudanya. kisah apa kalau tandas perempuan asalkan puam mudanya selamat.
hampir terkeluar mata Yuki apabila ia langsung tidak melihat bayangan Aileen. Yuki terus berlari ke luar mall mahu mencari kelibat puan mudanya. sempat ia menghubungi kawannya untuk melaporkan hal tersebut. biarlah dia kena marah dengan Adyan kerana tidak berjaya menjaga Aileen karna ia tahu ini salah ia kerana tidak berjaya melindungi puan mudanya itu.
tiba sahaja di tempat parking mall ia ternampak kereta BMW X6 berwarna hitam melintasi ya sempat ia menbaca nombor plat kereta tersebut.
RED 1358 D
"sh*t!!!" carut Yuki lalu ia menendang kuat besi yang ada di sebelahnya. ia kenal sangat itu nombor plat itu.
"MACAM MANA KAU BOLEH TAK PERASAN MUSUH CULIK ISTERI AKU SI*L!!!!" bergema villa Tengku Athif apabila Adyan memarahi anak buahnya kerana cuai. puan Marina dan Adryna terus balik apabila dilaporkan Aileen telah di culik. Adyan terus meninggalkan meetingnys apabila mendapat berita isterinya diculik.
"ma.. maaf kan saya tuan ni salah saya sebab leka." kata Yuki yang menunduk di depan Adyan.
"dah lah ad. tak ada guna kamu nak marah bukan salah Yuki benda nak terjadi kita elak lah macam mana pun pasti akan jadi juga. sekarang ni kamu bertenang dan fikir macam mana nak selamatkan isteri kamu?" lembut Tengku Athif menegur putranya. Adyan hanya menganggukkan kepala betul apa yang dikatakan Tengku Athif dia marah lah macam mana sekalipun Aileen tetap akan diculik juga.
"haaa... Areeq Aneeq kumpul semua orang di markas pukul 9 malam ni." arah Adyan pada si kembar. Areeq dan Aneeq menganggukkan kepala lalu mereka mula menghubungi yang lain.
"ad kamu ada rancangan ke nak selamatkan Aileen?" tanya puan Marina.
"ad tak pasti lagi my. ad kena tahu macam keadaan di sana baru ad boleh buat plan." balas Adyan. puan Marina hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Yuki kau tau ke siapa yang culik isteri aku?"
"tau tuan. yang culik puan Aileen adalah red dragon." jawab Yuki tanpa ada rasa gentar.
"sh*t!!" carut Adyan.
___________________________________________
bersambung...
#maaf kalau ada typo
Share this novel