Bab 55

Romance Series 57159

Tasik ini.

Ada cerita di sebaliknya. Am sukakan tempat ini. Saat kami mula rapat dulu.

Aku menarik bagasi. Duduk di kerusi berhampiran.

Memandang pemandangan di hadapan.

Waktu Am hilang, aku sering ke sini. Mengisi luka aku dengan melayan perasaan di sini.

Am...

Dia mulakan, tapi aku yang akhirkan. Aku takut untuk berada di dalam ketidakpastian.

Bila nama aku pudar dari bibir Am, bermakna cinta dalam hati dia da hilang. Apa saja yang aku lakukan takkan bermakna lagi.

Aku mengusap perut.

Sayang, papa kita da buang kita. Takpela, biar Mama je yang jaga sayang.

Tiba-tiba rintik hujan turun.

Aku bangun. Mahu menuju ke perhentian bas.

Angin menderu. Aku tidak bawa payung. Hujan lebat secara tiba-tiba. Aku kebasahan. Memeluk tubuh yang makin dingin.

Tidak semena-mena, lengan aku ditarik. Seseorang memakai sweater hitam. Dia menundukkan wajahnya sambil memayungkan aku.

Situasi ini...

Mengingatkan aku pada Am.

Lelaki tadi. Menjatuhkan hoodienya.

Amir Rizqi!

Rahang aku jatuh. Terkelu.

Air mata mengalir tanpa dipinta.

"Am..."

"Lepaskan..."

"Tolong..."

Aku tidak mahu dia memarahi aku lagi.

Tolong jangan sakiti hati aku.

Am memandang aku lama. Di tubir matanya terlihat air jernih.

Am menangis?

"Nur Erina Amsyar."

Am menyebut nama penuh aku?

Aku membuat wajah keliru.

"Nak pergi mana? Nak tinggalkan Am ke? Atau nak lari jauh dari sini?"

"Am taknak berpisah dengan Reen."

Suaranya bergetar.

"Awak..."

Aku memanggil dia sayu.

Aku kurang mengerti. Am tak lupakan aku? Bukankah memori dia hilang?

"Saya... Am taknak Reen tinggalkan Am."

Aku menatap matanya yang cantik.

Lama kami bertatapan.

Iya. Aku cintakan dia. Meskipun perasaan itu pernah hilang sekejap angkara rasa dendam yang mendalam.

Aku da dapat balasan. Menyalahkan Am atas apa yang pernah terjadi, banyak dugaan yang aku hadap.

"Call my name again!"

Aku mahu mendengar sekali lagi dia menyebut nama aku.

"Nur Erina Amsyar."

Aku memejamkan mata. Rasa bahagia bila Am tak melupakan aku.

"Tapi... Macam mana awak ingat nama saya?"

Am senyum.

"Nama Nur Erina melekat dalam hati Am selamanya."

Tak mungkin. Memori dia?

"Sebenarnya... Am tak pernah lupakan Erina. Iya. Memang Am hilang ingatan. But, I never forget you."

Seriously?

"Awak... Jangan la permainkan saya."

"Serious. Am selalu mimpikan Erina masa Am tengah koma."

"Am hampir hilang nyawa, tapi mungkin doa isteri menyebabkan Am survive. Kalau diikutkan, there's no chance for me to survive."

Okay.

Tapi, keputusan aku tetap sama. Mahu pergi. Tinggalkan dia.

Aku menarik bagasi.

"Reen..."

Am menghalang langkah aku.

"Tepila. Let me go. Saya tetap nak pergi."

Aku tak layak untuk Am.

"No. You can't."

"I don't deserve you. I don't deserve your love. Maybe you deserve someone better. Now, I realizes. Please, Am."

"Kenapa baru sekarang? Kenapa sekarang nak tinggalkan Am? Kenapa bukan waktu Am hilang Reen boleh je kan cari pengganti."

Pertanyaan dia...

Bagaimana harusku jawab?

"Sebab saya cintakan awak."

Air mata aku gugur tiba-tiba.

"Sebab susah nak lupakan Amir Rizqi. It's not easy, Am. Kalau mudah da lama saya move on. Tak perlu jadikan alasan untuk membenci awak."

"Repeat that sentences."

Aku memandang anak mata Am.

"I love you..."

"Apa nilai cinta Erina pada Am?"

Am bertanya spontan.

"Nyawa."

"Saya sanggup mati untuk awak. Everything for you. Everything reminds me of you."

"Really?"

Aku mengangguk.

"I love you too, Nur Erina."

Terima kasih, Am. Kerana percaya pada cinta aku.

Aku mahu memeluk Am seerat yang mungkin. Bukan di sini. Tapi di rumah.

"Nak pergi tinggalkan Am jugak ke?"

Aku mengangkat bahu. Tak tahu.

Am senyum nakal. Mencuit hidung aku. Meletakkan dua jarinya di bibir dan menyuakan ke bibir aku.

Sempat nak mengusik.

Am...

"Kalau awak masih nak pergi, bawa saya bersama."

Aku terharu.

Am tak pernah lupakan aku. Dia hilang ingatan, tapi memorinya kuat bersama aku.

Aku mencemikkan bibir. Am buat aku sebak.

"Alaa... Janganlah nangis. Sensitif la mama ni."

Am meletakkan tangan di perut aku.

"Kenapa pegang? Am cakap ni anak Reen sorang kan?"

"Am saja je. Nak tengok sejauh mana Reen sayangkan Am."

Aku memukul bahu dia.

"Jahat. Kejam. Tak berhati perut."

Am tersengih.

Am menarik tangan aku. Meletakkan ke dadanya.

"Cuba rasa degupan ni. Laju tak."

Aku menelan air liur.

Berdegup kencang seperti aku.

Am... Ni yang makin sayang pada dia ni.

"Don't cry, baby. Am janji... Am akan jaga family kita elok-elok. Tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali takdir."

Takdir yang kerap permainkan aku dan dia. Takdir yang memisahkan dan menemukan.
.
.
.
"Arfan, jangan lari. Nanti jatuh."

Aku memerhatikan anak lelaki aku dari jauh. Arfan kini berusia 4 tahun.

Alhamdulillah. Perkahwinan kami masih lagi bertahan.

Bukan kerana aku sayangkan dia. Atau dia sayangkan aku.

Bukan kerana keserasian kami berdua.

Bukan kerana aku mengharapkan lebih.

Bukan kerana cinta yang sekejap hilang, sekejap kembali.

Tapi kerana Allah tahu dia jodoh aku. Kerana aku memang ditakdirkan untuk dia.

Kerana aku dan dia tidak berputus asa. Kerana takdir kami sememangnya sehaluan.

Am...

Benarkah cinta yang hilang tak mungkin kembali?

Am memandang aku.

"Kerana cinta tu tak pernah hilang, Nur Erina. Ianya tersembunyi. Kita bernafas di udara yang sama. Hati kita bagaikan magnet. Sehaluan. Dan kerana kita berdua tak pernah mengalah."

"Allah menjarakkan hati kita. Allah juga mendekatkan hati kita. Dia Maha Mengetahui. Atas doa yang tidak pernah jemu, kita tetap disatukan."

Aku sebak.

Am lelaki baik. Kadang-kadang aku merasakan diri aku tak layak dengan dia. Tapi aku mahu juga dia hadir dalam hidup aku. Melengkapi hari tua bersama.

Perkenalan yang singkat menoktahkan cerita kami.

Aku berkenalan dengan dia tanpa sengaja. Di balik rintik hujan. Kebetulan yang datang menjengah. Dan juga perasaan yang tidak terduga.

Aku suka dia bukan kerana dia sempurna, tapi kerana kekurangan yang ada pada diri dia.

"Awak... Amir Rizqi. Abang."

"Yes. Nur Erina. Wait... Abang?"

Aku mengangguk. Menundukkan wajah. Malu.

"Again..."

"Abang..."

Am tersenyum mekar. Barangkali puas hati.

Aku senyum manis untuk orang yang aku sayang.

"And call me Reen."

Kami sama-sama tergelak. Cerita kami indah, penuh berliku. Pengakhirannya... Kami ditakdirkan. Takdir milik kita, Am.

"Mama..."

Arfan berlari mendapatkan aku. Memeluk aku.

Kini... Aku punyai dua sayang.

Satu untuk Am. Satu untuk Arfan.

Benarkah cinta yang hilang tak mungkin kembali?

Ianya ada. Mungkin tersembunyi tanpa kata.

Love is worth fighting for. But, sometimes you can't be the only one fighting, at times people need to fight for you.

Aku dan Am saling bertatapan. Cerita kami sudah sampai ke noktah.

Takdir itu memang indah. Ianya perit kepada yang tidak mengerti.

-TAMAT-

by Nia Elysa
13 Oktober 2018
2.42 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience