Bab 10

Romance Series 57159

"Erina..."

Dia memegang bahu aku.

"Don't. Touch. Me."

Aku menepis tangan dia.

Rasa jijik dengan tangan dia yang menyentuh aku.

"Kita dah kahwin. Sah. Tak salah kan?"

Memang tak salah dari segi hukum. Tapi, dari sudut aku, jangan berani nak sentuh aku.

"Awak memang muka tak malu kan? Dah ludah berani jilat."

"Stay away from me."

Aku menyambung kata.

Dia bungkam.

Aku mahu mandi. Mahu solat. Tenangkan diri.

Aku mencapai tuala. Dia hanya memerhatikan tingkah aku. Padan muka kau. Nak sangat kahwin dengan aku.

Usai mandi, sejadah sudah terbentang.

Pasti Am yang lakukan untuk aku.

"Kita solat sama-sama. Abang jadi imam."

Jap, dia membahasakan dirinya abang. Kau bukan abang aku.

Aku cuma mengangguk.

Mungkin aku rasa tenang seketika solat bersama dia dalam keadaan begini. Tapi... Itu bukan alasan untuk aku terima dia.

Dendam tetap dendam. I'll hold the grudge until I'm done.

Sampai bila? Sampai aku tinggalkan dia.

Dia menghulurkan tangan. Aku tidak mahu menyambut.

Melipat telekung dan sejadah.

"Nak pergi mana?"

"Keluar. Jenguk mama."

"Temankan abang. Lama kita tak sembang."

"Taknak."

Aku menutup pintu bilik. Meninggalkan dia keseorangan.
. .
. Aku memeluk mama di dapur.

"Reen, kenapa tak tidur lagi?"

"Nak tidur dengan mama."

Mama mencubit.

"You are big girls. Dah kahwin. Temankan la si suami."

"Biar la dia jaga diri dia."

Ringkas jawapan aku.

"Reen, jangan macam ni. Syurga Reen bawah telapak kaki Am sekarang. Jangan ingkar. Jangan jadi isteri nusyuz."

"Ma... I'm not ready yet. Lagipun... Dia kena hadap semua ni. Baru dia tahu rasa sakit ni macam mana. Not easy to forget. Dia ingat Reen ni sampah yang boleh di recycle ke?"

"Dengar cakap mama. Maafkan dia. Baru Reen boleh tenang."

Aku dah maafkan. Tapi... Sisa kebencian masih wujud. Parut yang tak mampu aku padam.

"Dah... Pergi masuk bilik. Jangan ikutkan hati sangat."

Aku menarik muncung sedepa.

Nak tidur kat mana macam ni? Ishh... Bilik aku dah jadi bilik dia.

Aku menolak pintu. Dia tiada. Pasti dalam bilik air.

Aku melangkah ke balkoni.

Memandang bintang yang berkedipan di langit.

Apa akan jadi lepas ni dengan hidup aku?

Cinta yang hilang takkan kembali.

Am berdiri di sebelah aku. Tersenyum.

"Finally... Kita dah jadi suami isteri. Saya dah tunaikan janji saya kat awak."

Janji apanya?

"Awak takde janji apa-apa dengan saya."

"I'm your husband, Erina."

"Ohh, kalau macam tu, jadilah suami di atas kertas."

"Stop it, Erina."

Aku memandang dia.

"Janji lama awak dah basi. Expired."

"Berkali-kali saya minta maaf, tak cukup lagi ke? Nak saya melutut depan awak, baru awak nak pandang saya?"

"Menangis air mata darah dulu baru saya maafkan dan lupakan semua ni."

"Kalau macam tu saya kena jadi buta betul-betul."

"Haaa... Pergilah buta betul-betul."

Sengaja aku memprovok dia.

"Jangan cabar abang, Erina."

"Stop calling me, Erina. Reen... Reen... Call me Reen. Awak ada masalah pendengaran ke?"

"Then call me Abang."

Aku ketawa hambar.

"Kau bukan abang aku. Dan, untuk lagi 'mendekatkan' kita, I should call you Kau."

Nak kata aku isteri rude? Katalah...

"Malas abang nak layan Erina. Jom tidur."

Tidurlah kau sorang.

"Aku nak tidur atas lantai. Kau boleh tidur kat atas katil."

"Erina... Jangan macam ni. Sejuk tidur kat bawah tu."

Kau ingat aku lurus? Ingat aku nak bagi lesen kat kau untuk sentuh aku sesuka hati?

Jangan harap, Am.

Aku membentangkan toto. Mencapai bantal. Lalu membaringkan diri. Sebelum tu, sempat aku menunjukkan sesuatu kepadanya.

"Amir Rizqi, kau nampak ni? Kalau kau dekat dengan aku atau sentuh aku tanpa kebenaran, pisau ni akan terbenam di perut kau. Jadi... Jangan cabar aku."

Pisau tu aku letakkan di sisi. Aku harap dia tak sekeji itu untuk perlakukan aku seperti yang dia mahu.

Goodnight, Am. Bad dreams, please.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience