Bab 15

Romance Series 57159

Aku pulang ke Kuala Lumpur.

Honeymoon tiga hari dua malam yang tidak indah mana.

Aku yang mahu begitu. Biarlah.

Am bawa aku pulang ke rumah kami. Aku mahu pulang ke rumah mama. Kami bertekak dalam kereta tadi.

Kenapa dia suka paksa hidup aku eh? Seronok ke paksa segala-galanya?

"Balik rumah kita. Malam karang kita pergi rumah mama. Pack semua baju awak."

Aku malas beri respons.

Nanti dia kata aku isteri biadap.

Aku keluar dari kereta dengan rasa sebal. Bengang. Semua nak control.

Kalau dia bincang baik-baik dengan aku, mungkin boleh redakan kemarahan aku.

Pujuk la hati aku macam mana pun. Kosong. Dia takkan boleh beri aku rasa yang sama empat tahun lalu.
.
.
.
Tiba sahaja di rumah mama, aku memeluk mama. Rindu.

Rasa sangat rindu. Berbaloi dengan pengobanan aku? Mungkin iya. Mungkin tidak.

Semua orang kata aku ego dengan perasaan sendiri. Iya. Betul.

Tapi... Aku tahu apa yang aku perlukan. Perkahwinan ni takkan pergi jauh, kalau aku separuh hati.

"Reen... Kenapa masam muka ni?"

"Reen taknak stay dengan Am. I wanna be with you."

"Kena ikut Am. Reen kan dah kahwin. Jaga makan minum dan keperluan dia."

"Ma... Taknak..."

"Nur Erina jangan macam ni. Doa banyak-banyak. Sabar. Jangan ikutkan rasa marah dalam hati."

Am menghampiri kami.

"Ma... Am nak bawa Erina tinggal dengan Am. Nak mintak izin mama."

"Izin apanya? Dia isteri Am. Da jadi tanggungjawab Am. Memang sepatutnya dia ikut ke mana saja Am pergi."

Aku mencemikkan muka. Mama halau aku.
.
.
.
Aku masuk ke bilik. Memandang bilik lama. Lepasni, pasti rindu kat bilik ni. Patung Barney aku bawa sekali.

Am mendekati aku.

"Erina. Da packing semua baju?"

"Dah."

Balasku ringkas tanpa memandang wajahnya.
Sakit hati.

"Bak beg Am bawak turun."

Aku duduk di birai katil. Berat hati mahu tinggalkan rumah ni.

"Kenapa ni? Marah Am lagi?"

Aku diam.

"Rumah ni segalanya. And I have to leave this house because of you!"

"Kita bina hidup baru. Lagipun, rumah tu Am da beli lama."

Aku memandangnya tajam.

"Am patut bagi Reen masa. Bukan buat secara mendadak begini."

"Please, Erina. Am malas nak gaduh lagi. Cukuplah."

Not enough.

Aku tinggalkan dia. Melangkah ke tingkat bawah.
.
.
.
Rumah kami.

Tak sama macam rumah aku. Aura dia. Dingin sekali.

Walaupun tinggal serumah, aku mahu menjarakkan diri dengan dia. Tidak mahu dia mendekati aku.

Mungkin dia faham, dia beri aku bilik di sebelah master bedroom.

Baguslah. Tak perlu aku buat request.

Sedang sibuk mengemop lantai di ruang tamu, sebuah kereta berhenti di depan rumah.

Kereta Reza!

Apa dia buat kat sini? Kejap lagi Am nampak, mengamuklah dia.

Aku ke laman rumah.

"Reza, apa kau buat kat sini? Kau gila ke? Kejap lagi Am nampak dia fikir bukan-bukan."

"Hai Reen. Taknak jemput aku masuk ke? Aku nak wish congrats. Hari tu kan aku takde kat Malaysia."

Aduh. Nak cakap tahniah ke apa ke lain hari la.

"Mana laki kau? Biar aku bagi penumbuk sebijik."

Ek eleh. Kau datang sini, kau nak serang orang.

"Reen. Siapa datang tu?"

Suara Am menjengah. Am keluar ke laman.

Habislah. Perang besar.

"Kau buat apa kat rumah aku? Nak ganggu wife aku?"

"Hey, bro. Baru aku nampak muka Amir Rizqi dengan jelas."

"Saja datang nak wish tahniah. Takkan tu pun nak jealous?"

Rasa nak lempang je muka Reza ni. Cari pasal je.

"Kau kalau datang sini nak cari pasal, baik kau blah."

Memang gaduh kejap lagi ni kang.

"Aku memang nak jumpa kau, Am. Kau buat Bff aku nangis tanpa henti dulu."

Aku memicit dahi.

"Bff? Ke buah hati? Ke skandal?"

Mulut Am boleh tahan laser dia kan?

"Kau tak guna Am. Kau tak layak dengan Reen."

Reza ni da kenapa? Tambah bara api.

"Kau berambus. Aku taknak kau ganggu wife aku."

"Am, Reza... Please. Jangan gaduh kat sini. Malu orang pandang."

"Reen, dia ni tak guna. Kenapa kau terima dia jugak?"

Ini bukan masanya nak cakap pasal hal ni.

"Nur Erina!! Masuk rumah sekarang jugak. Dan kau, Reza. Boleh berambus. Jangan muncul depan aku lagi."

Aku masih tak berganjak. Serba salah.

"Nur Erina!! Dengar tak apa Am cakap?"

"Masuk rumah sekarang jugak!!!"

Aku meneguk air liur. Perang dunia akan meledak sebentar lagi.

Tak guna kau, Reza. Mengeruhkan lagi keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience