Bab 29

Romance Series 57151

Aku menongkat dagu. Memandang orang lalu lalang di luar butik. Harini aku jadi kurang ceria. Mimpi semalam benar-benar buat aku jadi resah.

Aku takut Am pergi tinggalkan aku. Dalam mimpi tu, Am hilang. Ditarik pergi. Apa mungkin situasi empat tahun lalu bakal berulang?

Tidak. Aku tak sanggup nak hadap kehilangan sekali lagi. Mungkin aku benci dia. Tapi, aku tak mampu nak hadap kehilangan.

Aku memejamkan mata.

"Reen. Dari tadi kau diam. Kenapa?"

Aku membuka mata. Memandang Ely.

"Can we buy happiness? Jika dijual, berapa harga sebuah kebahagiaan? I want to buy."

Ely mengeluh panjang.

"Reen. Kau tahukan jawapannya?"

Aku menggeleng.

"Sebab aku tak tahu. Jadi aku mahu tahu."

"Let say kalau kebahagiaan tu kau boleh nampak, kau rasa ianya milik kau ke? Kau rasa kalau kau kejar, kau akan dapat? Kalau kau tangkap, kau mampu genggam?"

Jawapan Ely buat aku berfikir panjang.

"Benda yang kita tak nampak kenapa kita nak kena fikir, dear?"

Aku tak tahu.

"Ia akan datang. Tanpa kau duga. You know what, kadang-kadang aku rasa kau ni terlebih fobia. Kau tak percayakan orang. Dan lebih parah, kau tak percayakan diri sendiri."

Mata aku berkaca.

"Kalau happiness tu harganya seringgit ianya lebih bermakna bukan? Kau ada 100 juta sekalipun, kalau bukan ditakdirkan untuk kau. Happiness tu takkan jadi milik kau."

Aku jadi terpempan dengan kata-kata Ely. Menusuk tajam.

"Stop being overthinking. Kau ada Am. Hadap. Selagi mampu bertahan, cuba pertahankan. The best for you, Allah tahu jawapannya. Jadi fikirkan sedalam-dalamnya."

Baru aku faham. Kebahagiaan tidak meletakkan nilai. Aku cuma khuatir. Takdir kadang-kadang kejam.

Stop it, Erina. Jangan fikir yang bukan-bukan. Hidup ni masih panjang. Its just a nightmare. Kau perlu sampai ke penghujung.
.
.
.
Hujan. Aku terkenang kembali pertemuan aku dan dia empat tahun yang lalu.

Aku keluar dari pejabat papa. Langit mendung. Baru selangkah tapak mahu ke depan, air dari langit menyimbah ke bumi. Hujan turun dengan selebatnya.

Payung tiada.

Aku menguis tompok-tompok air di tanah dengan kaki.

Seseorang berdiri di sebelah.

"Jangan dikuis air hujan."

Aku menoleh. Seorang lelaki. Dia tersenyum melihat gelagat aku.

"Kenapa pulak? Air hujan kan berasid?"

Aku membalas kata-kata dia.

"Berasid bila jatuh ke bumi. Sedangkan di atas ianya bersifat natural."

Aku tergelak. Teori mana dia pakai? Mamat ni lawak la.

"Hai... I'm Amir Rizqi. Call me Am."

Okay, Am nama dia.

"Hai Am. I'm Nur Erina. And call me Erina."

"Takde nama lagi pendek ke?"

Aku menggeleng.

"So, you buat apa kat sini?"

"Oh, I saja datang melawat kawan. Dia kerja kat sini."

Aku sengaja menipu tujuan aku ke mari. Merahsiakan identiti diri. Tidak mahu orang tahu yang aku anak kepada bos.

"You look familiar, kita pernah jumpa ke sebelum ni?"

Aku menggeleng. Aku tak pernah tengok wajah dia pun sebelum ni.

"Oh okay. Maybe pelanduk dua serupa kot. Haha."

"You takde payung. Want to share this umbrella with me?"

Am menunjukkan payung di tangan. Payung dia besar. Agak-agak muat tak kalau aku masuk?

"If you don't mind, Erina. I'm not forcing you."

"Err... Kereta I kat hujung sana."

"Oh. Dekat je dengan kereta I. Come."

Alamak ai, mamat ni nak bersweet pulak.

Rintik hujan makin reda.

Aku masuk ke dalam payungnya. Hujan kembali lebat.

"You takut air hujan ke? Takut demam?"

Sarkastik sungguh mamat ni. Sinis yang orang tak nampak.

"Come. Rapat sikit. Pegang hujung baju I."

Kau buat kerja gila, Erina. Dia pekerja papa. Kalau papa nampak, mesti aku kena cop gatal. Berpayung dengan lelaki yang aku tak kenal.

Not my fault, dia yang offer. Huhu.

Sampai di kereta, aku tersenyum.

"Thanks Am."

"Okay. Welcome, Erina. Moga kita ketemu lagi."

Aku membuka pintu kereta. Memandang dia dalam kehujanan sebelum kereta meluncur pergi.

Yes. Kita mungkin ketemu lagi. Mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience