Bab 25

Romance Series 57151

Aku melangkah masuk ke dalam butik. Dah sihat, tapi rasa kurang bermaya.

Kalau nak ikutkan, Am suruh aku rehat je di rumah. Tapi, aku taknak susahkan dia ambil cuti dan jaga aku yang terlantar sakit.

Tapi, duduk seorang diri kat rumah terasa bosan. Am pergi outstation 2 hari. Ke Sarawak. Tengah hari karang dia berangkat ke sana.

"Hai, Puan Erina. Dah sihat ke?"

Aku melabuhkan punggung ke atas sofa. Tersenyum nipis memandang Ely.

"Kau okay tak ni? Diam semacam je aku tengok?"

Aku sendiri tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku banyak mendiamkan diri. Makin malas nak bersuara.

"Reen..."

Ely duduk di sebelah aku. Meletakkan tangannya dia dahi aku.

"Tak panas. Kau sakit dalaman ke?"

Sakit dalaman?

"Ada rasa mual-mual? Loya? Pitam?"

Aku mencubit pipi Ely. Main-main pulak budak ni. Sekeh karang!

"Kau da bisu ke?"

Soalan ni buat aku tergelak tiba-tiba.

"Sah. Kau da tak betul. Kejap muka murung, kejap happy."

"Reen... Kau janganlah buat aku takut."

Entah kenapa aku cuma mahu mendiamkan diri.

"Aku call Am la macam ni."

Ely mengeluarkan telefon bimbitnya.

Pantas aku menghalang tangannya dari mendail nombor Am.

"Aku okay. Cuma..."

"Cuma?"

"Entahlah. Susah aku nak cakap."

"Let me guess, kau da jatuh cinta kat dia kan?"

Haish. Bukanlah. Takde maknanya cinta. Bukan...

"Its not love. Entahla. Rasa tak sedap hati. Rasa macam... Susahlah nak cakap."

"Am pergi Sarawak. Outstation."

Ely menggaru kening.

"Jap, kau da mula rasa rindu?"

Rindu kalau dia takde? Tak mungkin. Aku tahu apa itu rindu.

"I don't know. Aku tak tahu macam mana nak explain."

"Hmm... Kalau macam tu tak payah cakap pape la."

Ely buat-buat nak merajuk.

"Macam ada sesuatu yang bakal berlaku. Aku takut nak hadap."

Aku menundukkan wajah.

"Kau tu overthinking. Cuba relaks. Doa takkan jadi benda buruk."

"Ataupun kau nak cakap, Am takde kau jadi rindu nak gaduh dengan dia?"

Ely mengusik aku. Aku memuncungkan bibir.

"Aku gurau je. Kau kena kuat. Jangan beremosi sangat."

Entahlah. Kenapa entah rasa insecure? Janganlah ada benda buruk yang bakal berlaku.
.
.
.
Satu mesej masuk.

Dari Reza.

Apa dia nak? Takkan tak faham bahasa yang aku tak boleh luangkan masa da dengan dia.

Payahlah Reza ni.

'Reen... Jom jumpa. Da lama tak lepak sama.'

Lepak? Da tak relevan untuk aku lagi. Aku isteri orang, Reza.

'Sorry. Aku busy. Nanti jela.'

Aku reply kepadanya.

'Alaa... Alasan. Jumpa kejap je. Bolehlah. :('

Aduh, kau ni.

Aku da tak boleh nak menghadap Reza. Kalau Am tahu aku jumpa dia, mampus aku!

Takut Am takkan percayakan aku sampai bila-bila.

'Reza, kau kena faham. Aku da takleh lepak dengan kau lagi.'

Semoga dia faham.

'Am halang kau jumpa aku kan? Please, Reen... Kejap je. Ke kau nak aku datang butik?'

Datang sini? Lagi mampus. Lagi ramai mata yang memandang.

'Hmm... Yela-yela. Kejap je, kat mana?'

Dia menghantar location. Dekat The Curve.

Jauh pulak ke sana. Mamat ni aku sekeh jugak karang.

'Nak aku jemput?'

Dia offer nak jemput pulak da. Memang nekad nak jumpa aku.

'Tak payah. Aku datang sana.'

'Okay. Aku tunggu.'

Conversation termati di situ.

Aku kena tanya dia tentang apa yang bermain dalam fikiran aku.

"Ely, kejap lagi aku lunch luar."

"Pergi mana? Nak ikut."

Nak bagitau kat Ely ke tak eh?

"Reza nak jumpa aku. Macam penting je. Aku taktau nak tolak macam mana."

Ely memandang aku lama.

"Nak aku temankan tak?"

Aku menggeleng. Biar aku hadap dia seorang.

"Alright. Take care."

Aku harus selesaikan perkara ni cepat-cepat sebelum Am pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience