Bab 24

Romance Series 57159

Demam masih tidak kebah. Tiada tanda-tanda panas mahu surut.

Aku mahukan Am di sisi aku ketika ini.

"Am... Am..."

Aku cuba untuk menjerit. Sakit tekak.

Pintu bilik terkuak. Am muncul.

"Yes, Reen."

"I want water."

Dahaga. Tekak terasa perit.

Am menghulurkan segelas air masak.

"Thanks, Am."

"Jangan baring dulu. Ni ada roti. Makan dulu. Lepastu makan ubat."

Aku rasa lemah. Panas yang membahang.

"Can you please turn on the aircond?"

"No. Reen kena selubung. Biar berpeluh."

Aku rasa kurang selesa.

Dia turun ke bawah. Tak lama kemudian, dia datang bersama mangkuk berisi air dan tuala kecil di tangan.

Separuh roti aku berjaya habiskan. Separuh lagi aku tidak mampu. Ubat juga aku telan.

Dia membetulkan posisi bantal.

"Apa yang Am nak buat?"

Dia membasahkan tuala itu dan melekapkan ke atas dahi aku.

"Pening kepala lagi tak?"

Aku mengangguk. Kepala aku masih berdenyut.

Jari jemari dia mula memicit kepala aku yang tengah sakit.

Sedikit kelegaan. Kesakitan berkurangan. Power sentuhan jari jemari Am.

"Feel better?"

"Yes."

Am menyelimutkan aku. Dia mahu melangkah. Sempat aku memegang tangan dia.

"Temankan Reen boleh?"

Aku perlukan seseorang di sisi ketika aku kurang sihat. Dulu, Mama selalu menemankan aku sehingga aku terlena.

Am melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Takpe ke kalau Am dekat macam ni dengan Reen?"

Dia mendekatkan dirinya dengan aku. Terlalu hampir. Memeluk pinggang aku.

"Am... Tolong jangan lebih."

Aku cuma mahu dia temankan aku. Bukan buat aku rasa sesak nafas memperlakukan aku begitu!

"Tapikan kita da kahwin."

No.

"Tolong jangan ambil kesempatan, Am."

Suara aku hampir tak terkeluar lagi.

"Okay sayang. I'm so sorry. Am cuma nak Reen sembuh. Mungkin cara ni boleh sembuhkan Reen."

Janganlah buat aku rasa meluat.

Dia mengusap rambut aku yang pendek.

"Nanti bela la rambut panjang sikit."

Taknak.

Aku lebih sukakan penampilan sekarang dari dulu.

Erina yang sekarang lebih berani. Bukan lembik lagi macam dulu.
. .
. Aku terjaga dari lena. Suasana gelap. Pasti sudah malam.

Aku meletakkan tangan di dahi. Panas mulai surut.

Am lena di sebelah aku. Mujur dia tak melebih.

Sebaliknya aku yang melebih. Entah macam mana aku terlentokkan kepala di bahu dia.

Erina, nasib baik dia tak sedar. Kalau tidak, habis kau kena bahan.

Aku bangkit dari pembaringan. Mahu menunaikan kewajipan. Beberapa waktu telah terlepas.

Usai solat, Am da terjaga rupanya!

Dia memerhatikan aku dengan senyuman.

"Kenapa?"

"Comel."

Hah? Aku comel? Mabuk ketum la dia ni!

"Agaknya demam Reen da berjangkit ke Am kot."

Dia senyum lagi. Nak buat aku cair dengan senyuman. Silap orang la.

Eh tapi bukan ke aku jatuh cinta dengan senyuman dia yang umpama puding karamel? Manisnya.

Aku menggelengkan kepala. Taknak ingat lagi hal empat tahun lepas.

"Dah kenapa kepala tu tergeleng-geleng?"

Aku buat muka tak tahu. Terus melipat sejadah.

"Reen... Tak boleh ke kita jadi macam dulu? Maafkanlah salah silap Am. Sampai bila nak buat Am rasa terseksa?"

Sampai dia rasa apa yang aku rasa.

"Entah. Tengoklah macam mana."

Aku sendiri tidak tahu pengakhirannya bagaimana.

"Sampai hati Reen kan."

Am membuat muka sedih.

Sampai hati kau juga, Am.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience