Bab 38

Romance Series 57159

"Lin, tolong fix kan manik ni. Tambahkan lace dekat bawah baju. Customer nak pick up petang esok."

Aku mengerah pekerja siapkan tempahan daripada customer.

Serabut. Tak menang tangan. Lama aku ambil cuti, makin bertambah kerja. Nasib baik Ely ada.

"Ni... Ni jahitan tak kemas. Nanti diorang complain macam-macam. Tolong setelkan, Lin."

Ely menggeleng melihat wajah tegang aku.

Rasa nak lari je dari semua ni. Keluar dari Malaysia dan duduk diam-diam kat negara orang.

"Kau ni kenapa nak marah je ni? Cuba chill. Relaks. Tarik nafas."

Aku membelek baju yang tergantung di hanger.

"Reen... Kau dengar tak apa aku cakap?"

"Dengar."

"Kalau dengar baguslah, jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri."

Ely malas nak layan aku. Dia berlalu ke bilik belakang.

Aku takde mood.

Semua orang terasa hati dengan aku. Am. Ely. Reza.

Cakap pasal Reza, dia sikitpun tak minta maaf tentang pertelingkahan dia dan Am. Ego!

Kau rasa kau betul. Aku la yang tak betul?

Dua lelaki ni menyusahkan hidup aku.
. .
. Aku naik fed up. Dalam sehari empat-lima kali aku menerima jambangan bunga.

Siapa yang gatal sangat bagi eh?

Da seminggu macam ni. Banyak duit dia. Tiap kali kau hantar, tiap kali aku buang dekat tong sampah di depan kedai.

Aku nak tahu siapa yang permainkan aku.

Takpe, kita tunggu sejam lagi. Budak penghantar bunga tu mesti tahu something.

1 jam kemudian...

"Kak, bunga sampai."

Aku da agak. Budak yang sama.

Aku tak rasa dia daripada kedai bunga. Seseorang upah dia. Budak ni runner. Dibayar untuk sampaikan bunga kat aku.

Aku memandang kaunter. Da boleh jadi taman bunga. Bunga yang bermacam jenis. Tapi aku pelik, kenapa bunga Orked takde?

"Kau nampak tak kaunter ni? Da sarat dengan bunga. Aku taknak bunga ni. Kau boleh bawak balik."

"Ambik jela, kak. Mahal bunga ni."

Aku tergelak sinis.

"Kau pulangkan balik dekat orang yang upah kau. Cakap kat dia, aku tak perlukan bunga dia."

"Tapi kak... Dia suruh akak terima jugak bunga ni."

Gotcha.

"Jadi betul la kau diupah."

Wajah si penghantar bunga mulai pucat.

Aku mencekak kolar baju dia. Budak tu terkulat-kulat.

"Baik kau cakap dekat aku, siapa yang suruh kau hantar bunga ni? Aku cuma nak tahu nama dia. Apa tujuan dia."

"Kak... Jangan macam ni kak. Saya tak salah. Saya tak boleh dedahkan identiti dia. Saya da janji."

Makin kuat cengkaman aku. Budak ni memang nak kena.

"Cepat cakap!! Atau aku report polis. Bunga ni semua menganggu hidup aku. Dengan kau sekali kena tangkap. Kau nak?!"

"Sorry kak. Ampun kak... Saya tak salah."

Aku cuma nak tahu siapa orangnya. Itu je.

"Okay. Kau taknak cakap. Aku call polis sekarang."

Aku mengeluarkan telefon bimbit dari poket.

"Kak, please. Jangan. Ni je kerja yang saya ada. Mak saya sakit di rumah. Sebab tu saya jadi runner. Ikut je apa yang orang suruh saya buat."

"Berapa dia bayar kau? Aku boleh bayar triple. Kau boleh angkut semua bunga ni keluar."

"Kau ingat aku nak percaya cerita rekaan kau. Dia yang ajar kau cerita rekaan ni kan?"

Wajah budak bunga ni seperti mahu menangis. Aku pun tak sangka aku berani gertak dia.

"Sumpah. Demi Allah. Saya tak tipu. Saya tak sekolah. Demi jaga ibu saya. Encik tu banyak tolong saya. Kerja saya cuma hantar bunga ni kat akak. Tu je. Lepaskan saya, kak."

Aku jadi kendur dengan cerita dia. Dia tak salah, Reen. Lepaskan dia.

Budak ni tak berdosa dengan kau.

Ely menjengah ke kaunter. Agaknya pelik mendengar kekecohan dari dalam.

"Reen!!!! Ya Allah, kau ni da kenapa? Lepaskan dia. Budak tu tak salah."

Aku memandang Ely.

Seraya, aku lepaskan kolar baju si budak bunga.

"Kak, maafkan saya. Saya cuma jalankan kerja. Tolong sign dan terima bunga ni kak."

Aku memandang sepi bunga Carnation itu.

Aku mengeluarkan purse di tangan. Mengeluarkan beberapa keping not ungu.

"Nah. Ambik duit ni. Bawak mak kau yang sakit pergi hospital. Kau balik, cakap kat orang yang upah kau ni, jangan hantar lagi mulai esok."

Dia enggan menerima duit aku.

"Saya tak boleh terima duit sebanyak ni."

"Ambik je. Jangan buat lagi kerja macam ni ye, dik. Akak tak suka kena main macam ni."

Aku melembutkan nada suara.

"Okay. Terima kasih, kak. Nanti saya sampaikan pada Encik tu."

Aku melihat budak tu berlalu pergi. Aku mahu follow dia dari belakang

"Ely, kau jaga kedai. Aku nak follow budak tu. Nak tahu siapa gerangannya."

Aku mencapai tas tangan. Dan mengekori budak bunga tadi.

Ely mahu menghalang aku tapi tak sempat.
. .
. Aku mengekori budak tadi. Betul jangkaan aku.

Dia diupah. Untuk melakukan kerja hantar bunga tu.

Dia menghampiri seseorang.

Seseorang berdiri di balik tiang. Berpakaian kemas pejabat.

Wajahnya... Aku tak nampak dengan jelas.

Kelihatan budak tadi menyatakan sesuatu padanya.

Dan aku...

Mahu lihat wajah orang itu dengan jelas.

Ada kereta menghalang penglihatan aku. Aduh, kereta ni. Tepila. Masa ni la kau menyibuk nak lalu.

Tak boleh jadi ni.

Aku keluar dari kereta. Menyorok di balik tiang.

Aku mengeluarkan telefon bimbit.

Mahu zoom in. Mahu melihat wajah Encik tu dengan jelas.

Gotcha.

Oh my god. Aku tak percaya dengan apa yang aku nampak di depan mata.

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah, kenapa kau buat aku macam ni, lelaki?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience