Bab 54

Romance Series 57151

Memori Am tentang aku hilang sepenuhnya.

Dia memandang perut aku.

"Is it your baby?"

"Our babies, Amir Rizqi!"

Am memandang aku lama. Maksud renungan yang aku tidak mampu hadam.

Sepertinya aku ini orang asing di hadapannya.

Tiada senyuman manis. Tiada gelak tawa.

"Sorry. I can't remember anything."

Yela. Aku tahu. Am tidak mampu mengingati apa-apa perkara.

Zero memory.

Tapi, untuk tidak mengaku bayi dalam kandungan aku adalah anaknya, itu satu kebiadapan.

Aku isterinya. Aku faham keadaan dia yang amnesia. Tapi, untuk tidak mengakui baby ini anak dia, membuatkan hati aku jadi renyuk.

"Are you sure that's our babies?"

Air mata aku jatuh menitis.

Sampai hati Am...

"Kenapa nak menangis?"

Aku cuma diam.

Tiada siapa yang bisa pujuk hati saya Am selain awak.

Mungkin kita ditakdirkan untuk berkenalan, bercinta dan bernikah.

Mungkin jodoh kita sampai di sini sahaja.

Aku tahu, apa yang aku cuba lakukan, Am tetap tidak mampu mengingati aku.

Aku mahu mengundur diri. Melupakan dia.

Cukuplah. Bukan aku mahu mengalah, apalah guna sekiranya hati aku rasa kecewa.

Ingatan dia takkan mampu pulih. Aku ditolak jauh.

Terima kasih, Am.

Nur Erina akan jaga baby ni sendiri. Tanpa suami.

Hati aku... Terluka. Tidak tahu bagaimana untuk rawat lagi.

Maafkan salah silap Reen, Amir Rizqi.
.
.
.
Ely memandang aku dengan riak kurang percaya.

"Kau serius, Reen?"

Aku memandang Ely tanpa reaksi.

"Iya."

Jawabku sepatah.

"Aku pelik dengan kau, kau sayang Am. Masa dia menghilang, kau tetap menunggu dia kembali. Bila dia muncul, kau nak berputus asa. Mana Reen yang aku kenal? Yang kental. Penyabar. Fikir masak-masak, Reen."

"Nasihat aku, kau kena kejar Am. Bukan give up."

Mudahnya Ely berkata. Yang menghadapnya aku. Bukan dia.

Aku da tiada semangat lagi.

"Aku dah decide. Aku nak pergi jauh dari sini. Tinggalkan Am. No point untuk aku stay. Am tak ingat langsung tentang aku. Am tak perlukan aku lagi. Yang penting sekarang, anak aku."

Ely mengenggam tangan aku. Aku pantas meleraikan.

"Ini keputusan aku. Next week, aku nak fly ke Australia. Nak lahirkan anak dekat sana."

"Reen, jangan buat keputusan melulu. Fikirkan Am. Kebaikan kau dan dia."

Aku terdiam.

"Reen, mungkin Am akan pulih seperti sediakala."

Ely cuba memujuk aku.

Hati aku... Benar-benar hancur.

"Jangan halang aku, Ely. Ini yang terbaik."

Cinta yang hilang tak mungkin kembali.

Aku sangkakan cinta aku padanya hilang. Rupanya, perasaan dia pada aku sudah kosong.

Tidak guna untuk aku berharap lagi. I don't deserve him.

"Reen, Am tahu tak hal ni? Parents dia? Mama kau? Auntie Maria?"

Aku menggeleng.

Tiada seorang pun yang tahu.

Dan aku, mahu pergi dari sini secepat mungkin.

Tidak betah melihat Am yang memandang aku kosong.

"Aku harap kau fikir panjang. Fikirkan yang terbaik."

Aku tersenyum nipis.

"Thanks sebab care dengan aku. Selalu ada di sisi aku, Ely. Ini yang terbaik. Am tak perlu tahu keputusan aku. Dia tiada hak. Dia tidak mengaku aku isterinya. Malah mengingati sebaris nama penuh aku juga tidak."

Ely mengeluh.

Pasti merasakan ini tindakan aku yang paling dungu.

This is the best. To us.

Aku yakin.
.
.
.
"Reen, sini la. Ibu nak mintak tolong pegangkan Am. Papah Am ke bilik air."

Aku berdiri di satu sudut bilik. Melihat dia dari jauh.

Takut untuk mendekatinya.

Aku bimbang Am akan memarahi aku.

Am memandang aku kosong.

"Jom, Reen papah Am."

"Larat ke? Jaga jela diri sendiri. Perut tu da membesar. Tak perlu kuatkan diri nak papah saya."

Aku tersentak.

Kata-katanya yang agak kasar.

Itu penyebab aku takut untuk mendekatinya.

Aku menunduk. Dia amnesia, kau sabarkan hati, Reen.

"Am, kenapa cakap kat Reen macam tu? Reen kan isteri Am."

Ibu menegur Am.

Entah kenapa Am seperti membenci aku mendekatinya. Rasa keletihan bila diduga begini.

Aku mengalah. Am menang.

Aku taknak bermain rasa. Hentikan, Am.

Lebih baik aku mengundur diri.

"Takpela, bu. Biarkan Am. Dia tak ingat apa-apa."

Aku jadi sendu.

"Am... Saya takkan dekat dengan awak lagi. Jika awak membenci saya, tiada sebab untuk saya teruskan semua ini."

Am memandang aku tajam.

"Ibu, buat masa ni Reen akan pulang ke rumah Mama. Reen takkan ganggu proses pemulihan memori Am."

Am mengalihkan pandangan. Tidak sudi melihat wajah aku buat kali terakhir.

"Am, saya nak mintak izin pulang ke rumah Mama. Suka ataupun tidak, saya tetap dengan keputusan saya."

Am mendiamkan diri.

Aku menghela nafas. Rasa kelu.

"Okay. Diam tanda setuju. Bye Am."

Tanpa berlengah lagi, aku mengambil tas tangan dan keluar dari bilik yang sepi ini.

Am kejam!

Tahan air mata, Reen. Tahan. Jangan rasa terluka. Kau kuat, Reen.

Aku berhenti di tepi dinding. Memegang perut yang makin membulat.

Sayang, kita tinggalkan Malaysia secepat mungkin. Papa da tak perlukan kita lagi.
.
.
.
Ely memandang wajah aku. Mahu memujuk aku.

Taknak.

Aku nekad. Aku harus pergi.

"Reen, jangan macam ni. Kau kena bersabar. Am perlukan kau."

"Yup. Itu pendapat kau. Aku tak rasa Am perlukan aku, beb."

Aku sudah berjauh hati.

"Kejar dia. Tak terlambat lagi."

Kejar? Untuk apa? Dia cuma di depan mata aku.

"Am tak perlukan kehadiran aku. Kau tak faham ke?"

Aku bertegas. Ini soal hati. Untuk sesuatu yang tak pasti, aku takut.

Ely memandang bagasi aku.

"Kau nak pergi jugak?"

Aku mengangguk.

"Reen... Nanti aku rindukan kau."

Aku dan Ely saling berpelukan.

Aku tahu Ely mahu menghalang aku. Usah mencuba memujuk aku.

Hati aku da tawar.

"Tapi sebelum itu... Aku mahu ke suatu tempat."

Ely mengerutkan dahi.

"Ke mana?"

"Tasik. Tempat aku dan dia cari ketenangan."

Aku mahu menghamburkan segala rasa buat kali terakhir.

Am...

Reen gagal jadi isteri yang baik. Sepatutnya Reen bantu untuk pulihkan memori Am. Reen taknak menangis lagi.

Maafkan Reen.

"Nak aku hantarkan?"

Aku menggeleng.

"Aku boleh call grab."

Ely mengangguk tanda mengerti. Aku mahu bersendirian.

"Take care, Reen. Jaga diri baik-baik."

Dan aku... Mula melayan rasa yang tidak bertepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience