Bab 21

Romance Series 57151

Tersembur air mineral yang diminum oleh Ely tepat mengena ke wajah aku.

Aduh, minah ni. Habis wajah aku. Nasiblah air mineral bukan air manis.

"Kau ni... Minum beragak la sikit."

Aku mengesat sisa air semburan di muka dengan tisu.

"Sorry... Sorry... Tak sengaja. Aku terkejut."

Reaksi yang sama dipamerkan oleh Am seperti tempoh hari.

Ely tersenyum. Mengesat bibir.

"Mama kau tu suka buat orang jadi speechless."

Memang.

Cukuplah paksa aku kahwin dengan Am. Sekarang, nak suruh aku ada baby sendiri?

"Habis tu, apa plan kau sekarang?"

"Kalau Am paksa aku, aku lari. Aku nekad."

Aku mengetipkan bibir.

Banyak persoalan aku yang masih tak terjawab. Tak semudah itu.

"Kau nak lari mana? Rumah aku?

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala sambil menggigit straw minuman.

Tu je paling dekat.

"Ek eleh. Kalau macam tu baik tak payah."

Aku membuat muka tak puas hati. Sampai hati, Ely.

"Kalau kau lari ke rumah aku, dekat sangat. Nanti Am seret kau, dah tentu la kau kena ikut dia balik."

Iya tak iya jugak. Hmm.

"Nasihat aku, kau jangan lari. Kau hadap je dia."

Ely gelak mengekek. Haa... Mengejek aku la tu.

"Lagipun, tu je boleh dekatkan kau dengan dia."

Aku mencubit lengan Ely yang gebu. Padan muka. Nak usik aku je kerja kau.

"Aduh... Sakitlah wei."

Aku menjelirkan lidah.

Sedang aku rancak bersembang, aku disapa oleh seseorang.

"Hai Reen..."

Seseorang yang aku kenali. Kenal sangat.

Reza!

Dia menanggalkan kaca matanya. Duduk di depan aku. Sebelah Ely.

Ely membuat muka.

"Reza... Buat apa kat sini?"

"Aku ada hal kat area ni tadi, ternampak pulak kau dengan Ely."

Reza tersenyum simpul memandang Ely.

"Lama tak lepak sama kan? Kau da taknak jumpa aku ke? Aku mesej, kau tak reply. Aku call, kau tak angkat. Kau ignore semua tentang aku. Kenapa Reen? Laki kau marah ke? Kurung kau kat rumah?"

Aku terdiam. Tak tahu nak balas apa.

Aku memandang Ely. Ely bagi isyarat mata supaya aku angkat kaki dari sini.

"Reza... Hmm bukan macam tu. Sorry. Aku busy sikit kebelakangan ni. Ramai customer kat butik."

"Reza, aku minta diri dulu. Nanti kalau aku ada masa free, kita sembang lagi."

Aku bangun. Mahu berlalu dari situ.

"Reen..."

Dia memegang tangan aku. Cepat-cepat aku menarik kembali tangan aku.

"Tak manis. Aku da kahwin, Reza. Kalau orang nampak, kan boleh jatuh fitnah."

Aku cuba berlembut kata. Tidak mahu dia terasa hati.

Reza sahabat yang paling memahami.

"Kau takut kalau Am nampak kan? Dia kongkong hidup kau ke?"

Aku memandang Reza.

"Nanti jela aku cerita. Aku dah lambat. Aku pergi dulu. Bye."

Aku terpaksa jauhkan diri daripada Reza. Bimbang Am dapat tahu.

Ely menarik tangan aku.

"Bila kau nak tanya Reza?"

Ely berbisik di telinga aku.

"Nanti jela..."

Sebenarnya aku takut... Takut dengan tekaan Am dan Ely. Nak taknak aku kena menghadap juga dengan Reza.

Reza memandang Reen berlalu pergi dengan satu keluhan panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience