Bab 52

Romance Series 57159

Aku tersedar dari mimpi. Aku mimpikan Am lagi.

Mama dan Ely memegang tangan aku.

"Am... Mana Am?"

Ely mengesat air matanya.

"Reen... Kau jangan macam ni. Kau kena kuat."

Aku menolak bahu Ely.

"Aku tanya mana Am? Aku tahu dia ada balik. Aku mimpi dia balik rumah ni!"

Ely memeluk aku dengan erat.

"Am... Dia hilang. Polis masih tak jumpa dia."

Aku menekup kedua telinga.

Tak mungkin. Tak mungkin Am hilang. Aku mimpi dia balik. Tersenyum memandang aku.

"Ely, aku nak Am. Tolonglah..."

Aku memandang Mama.

"Ma, please... Suruh Am balik. Jangan permainkan Reen macam ni. Dia da janji. Dia cakap dia nak balik. Am akan balik kan, Ma?"

Aku memandang Mama dengan air mata yang masih tak kering.

"Reen sayang, Mama taktau nak pujuk Reen macam mana. Am masih tak dijumpai. Berkemungkinan dia selamat ataupun dia dah takde..."

"Tak.... Tak mungkin...."

Aku menjerit sekuat hati. Am tak boleh mati.

Aku jadi nanar. Am tak boleh tinggalkan aku keseorangan. Am, anak kita. Macam mana dengan anak kita kalau Am takde?

Ya Allah...

Dugaan apakah ini?

"Reen... Pandang aku. Selagi Am tak dijumpai, kau jangan berputus asa. Mungkin ada orang selamatkan dia. Doa banyak-banyak. Ingat pesan Am, jaga diri kau baik-baik. Kau tak boleh stress. Kau kena kuat, Reen."

Ely mengenggam jari jemari aku.

"Ely, kau tak tahu apa yang aku rasa. Aku tak boleh hilang dia lagi. Tak boleh, Ely. Aku cintakan dia sangat-sangat. Aku tak sempat nak mengaku perasaan aku sebenarnya kat dia. Aku ego."

Ely menangis sama. Kami menangis sama-sama.

Aku dan Ely. Menangis tersedu sedan. Baru aku tahu rasa kehilangan yang sebenarnya. Ely pernah kehilangan lelaki yang dia sayang dalam satu kemalangan yang meragut jiwa.

Sakitnya rasa ini, ya Allah.

Mungkin aku banyak khilaf. Ampunkan segala dosa aku pada dia.

Aku memeluk lutut. Am...
.
.
.
Pagi-pagi lagi aku ke butik Maria Isabella Bridals.

Mahu ketemu dengan auntie Maria. Aku mahu memeluk dia. Dia banyak tahu kisah aku.

"Reen... Kenapa Reen nampak macam tak bermaya ni?"

Aku terus memeluk dia.

"Am... Dia hilang. I need him."

"Sabar. Kita duduk dulu."

"Sayang, sabar banyak-banyak. Ceritakan kat auntie."

Aku menceritakan kesemuanya dari A sampai Z.

Auntie Maria menenangkan aku. Agaknya dia melihat aku seperti ibu mengandung yang sedang meroyan.

"Auntie Maria, Reen perlukan Am. Macam mana kalau Am takkan balik? Macam mana dengan Reen dan baby?"

"Kita doa banyak-banyak. Semoga Am selamat. Insyaallah Am akan pulang. Serahkan semuanya dekat Allah."

Aku cuba menahan sabar. Sedih.
.
.
.
Genap 60 hari Am hilang...

Aku memeluk baju Am. Rindu.

Satu-satu ujian datang membuatkan aku lelah. Kesedihan. Sesuatu yang tak terungkap.

Terbayang senyuman Am.

Where are you? Am hilang tanpa dikesan.

Am lupa pada janji dia.

Hati aku... Renyuk.

Ely kata apapun yang jadi, aku harus teruskan hidup. Mungkin takdir tak benarkan kami bersama. Mungkin juga Am bukan milik aku.

Jika benar dia untuk aku, kembalikan dia padaku semula. Jika tidak, aku harus teruskan hidup.

Aku tetap menunggu kepulangan dia.

Dulu kami terpisah angkara Reza. Sekarang, takdir yang memisahkan kami.

Kisah aku dan dia bukan lagi kisah cinta empat tahun yang lalu. Aku tidak pernah terfikir yang aku akan hadapi semua kesulitan ini.

Berikan aku kekuatan. Semoga esok masih ada sirna.
.
.
.
Perut makin membesar.

Am... Baby kita... Dia rindukan Am sama seperti Reen perlukan Am.

Aku menutup Al-Quran. Jika aku teringatkan dia, aku hanya mampu sampaikan rasa rindu melalui bacaan ayat suci Allah.

Kadang-kadang aku terasa yang aku perlu kehilangan dia demi kembalikan cinta yang hilang.

Am pergi tinggalkan aku sekali lagi. Aku yakin, Am tak mati. Am masih bernafas. Cuma, dia hilang.

Semoga dia kembali. Carilah Reen di sini.

Reen takkan lupakan Am walaupun sedetik.
.
.
.
"Reen, gigih aku tengok kau jahit baju Melayu tu. Untuk siapa?"

Aku memandang muka Ely sekilas.

"Untuk Am."

Balasku sepatah.

"Reen... Am dah takde. Takde. Kau kena terima hakikat dia dah pergi."

Aku menghempaskan baju ke atas meja.

"Aku yakin dia masih hidup. Am aku masih hidup."

Jawabku dengan yakin.

Ely menghela nafas. Barangkali tidak tahu cara untuk memujuk aku dan menyedarkan aku.

"Sukati kau la."

Aku tidak mahu mengendahkan kata-kata daripada Ely.

Pintu butik dikuak dari luar.

Seorang lelaki menghampiri. Aku mengangkat muka. Wajah yang aku tidak ingin lihat lagi.

"Hai, Reen."

Lelaki ini. Hampir meragut nyawa aku dengan sebilah pisau.

Reza Akashah.

Ely membawa diri ke bilik. Jelik melihat Reza.

Aku menarik balik dakwaan terhadap Reza.

Bukan kerana simpati. Tapi kerana aku mahu Reza sedar. Apa yang dia cuba lakukan, aku takkan sesekali buka hati aku pada dia.

Reza is just a friend. Noktah.

"Kau nak apa?"

"Saja nak tanya khabar kau. Kau sihat?"

Tangan masih menyembat bahagian leher baju Melayu.

"Sihat. Macam yang kau nampak."

Jawabku acuh tidak acuh.

"Aku nak mintak maaf. Dan nak ucap salam takziah. Aku tahu kau sedih bila Am hilang."

Aku menyimpul senyum senget.

"Kau... Aku tahu kau gembira melihat aku dan Am terpisah kan? Akhirnya Am tinggalkan aku. Itu maksud kau, kan?"

Wajah Reza tenang. Bukan riak gelisah lagi ataupun senyuman jahat.

"Tak. Jangan salah faham. Aku da insaf. Kau milik dia, Reen."

Aku mencebik. Boleh percaya ke kenyataan daripada Reza ni?

"Aku doakan Am selamat. Dan, dia pulang tunaikan janjinya pada kau dan juga... Baby dalam perut kau."

Spontan, Reza memandang perut aku.

Huh. Apa-apa jela.

Aku taknak ada kaitan dengan Reza. Dia yang mulakan segala kekalutan ini.
.
.
.
Dunia aku. Tanpa Am. Rasa kosong.

Am... Baliklah. Reen rindu sangat dekat Am.

Aku membawa diri ke tasik.

Memeluk lutut. Am... Macam mana hidup Reen tanpa Am?

Entah kenapa, walaupun dia tiada di depan mata, tapi hati aku merasakan yang dia selamat.

Persoalannya, kenapa dia tak pulang? Tolong... Jangan seksa hati Reen sekali lagi, Am.

Tasik ini...

Banyak menghambat kenangan aku dan dia.

Sungguh. Aku rindukan Amir Rizqi. Tiada siapa mampu menggantikan dia.

Teringat pada kata-katanya...

"Erina, kalau Erina hilang depan mata Am suatu hari nanti, pasti Am rasa sedih. You are my world."

Bicaranya waktu aku dan dia bercinta satu ketika dulu.

Itu yang dia pernah ucapkan. Namun, sekali lagi dia mungkiri janjinya.

Am menghilang.

Tanpa dikesan. Tiada jejak. Tiada jasad.

Mungkinkah Am memang telah pergi meninggalkan aku dari dunia ini?

Jika iya, mengapa instinct aku merasakan dia masih hidup?

Telefon berdering.

Auntie Maria.

Cepat-cepat aku mengangkat panggilan.

"Reen, auntie ada perkara nak cakap. Auntie harap Reen bawak bertenang dan bersabar."

Aku meneguk air liur. Debaran kencang.

"Sayang, auntie ada upah private investigator."

Aku cuma diam. Tidak memberi respons.

"Nur Erina..."

"Can you hear me?"

Aku tersedar dari lamunan.

"Yes, auntie."

"Dengar... P.I auntie baru bagi info. He saw Am."

Ya Allah... Benarkah berita yang aku baru dengar?

Am masih hidup?

"Tapi, kita kena pastikan hal ini. Esok auntie update lagi. Harap-harap itu memang Am. Banyakkan berdoa, Reen. Allah dengar doa kita. Jangan berputus asa. Jika Am masih hidup, dia memang berjodoh dengan Reen. Hanya Allah yang boleh pisahkan Reen dengan dia."

Telefon bimbit terlepas dari tangan.

Aku tidak tahu mahu memberikan reaksi apa.
Aku berharap itu memang dia.

Am...

Tolonglah, pulang ke rumah.

Setitis air mata jatuh dari kelopak mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience