Bab 3

Romance Series 57159

"Dia intip kau, Reen? Amir muncul semula?"

Aku terhenti dari menyusun baju yang perlu digantung.

Sekilas memandang Ely.

"Jangan sebut nama dia lagi boleh tak? Boleh cair tahi telinga aku."

"Sorry... Sorry. Jangan marah. Habistu apa kau nak buat sekarang?"

"Buat apa lagi. Buat tak tahu jela."

"Sengal la dia tu. Pergi macam ribut. Datang macam angin. Kau sabar banyak-banyak, Reen. Aku yakin ada hikmah semuanya."

Aku cuma mengangguk.
.
.
.
"Nur Erina Amsyar..."

Aku menoleh kepada si pemanggil. Baru saja mahu mengunci pintu butik.

Amir.

Tanpa rasa segan silu, dia memunculkan diri sekali lagi.

"I told you many times. I'm not Erina. Call me Reen. Encik kurang faham bahasa ke?"

Dia tersenyum. Senyuman yang pernah mencairkan hati aku satu ketika dulu.

Jerk.

"Awak tetap Erina. Dan saya akan panggil awak Erina."

Aku menjulingkan biji mata.

"Ni butik awak ke? Nice. Nampak maju."

Mestilah. Hidup perlu diteruskan. Sampai bila aku perlu hanyut dalam kesedihan.

"Erina..."

Enough, Am. Jangan panggil aku dengan nama tu lagi.

Aku menatap dia. Bertentang sepasang mata miliknya.

"Iya. I'm Nur Erina Amsyar. Tapi tu dulu... Now, I'm Reen."

"Mengaku pun akhirnya. Kenapa berubah sampai macam ni sekali?"

"Itu urusan saya, encik. Hal lalu saya dah maafkan. Tolong jangan cari saya lagi."

"And please... Jangan ikut saya pergi mana-mana. Kalau tidak, saya report polis. Saya serius ni."

"Erina, biar saya hantar awak balik."

Untuk apa? Nak intip rumah aku kat mana?

Sebuah kereta berhenti di hadapan butik. Reza. My Bff.

"Hai Reen. Jom I hantar you balik."

Air muka Am berubah melihatkan Reza.

"Hai sayang. Kenapa you lambat?"

Sengaja aku menekankan perkataan sayang. Mahu Reza berpura-pura jadi teman lelaki upahan.

Tidak mahu diganggu Am lagi. Sejarah lama tetap menjadi sejarah. Aku tidak mahu buka buku lama sekali lagi.

Tanpa mempedulikan Am, aku terus masuk ke dalam kereta Reza. Berharap Reza faham dengan situasi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience