Bab 49

Romance Series 57159

Aku bermimpi. Mimpi yang sangat panjang. Aku dan Am punyai anak. Dua orang. Sepasang. Comel.

Melihat anak-anak yang berlari buatkan aku tersenyum. Aku memandang Am. Tak sangka yang impian aku dengan dia tercapai.

Erina akan jaga Am dengan sebaik mungkin... bisik hati aku yang tidak berkelip melihat dia.

"Mama... Mama.... Tengok abang ni. Dia tarik rambut adik."

"Arfan, jangan buat adik macam tu. Kesian dekat adik."

Aku memandang tepi. Am hilang.

Mana Am pergi? Aku terus terbangun.

Am...

Anak aku berlari ke arah aku dan memeluk kaki aku.

Aku berpusing melihat sekeliling. Mana Am pergi?

"Am!!!!!"

"Jangan tinggalkan Erina!!"

Aku terduduk di atas rumput yang kehijauan. Memeluk lutut.

Am pergi macam tu je. Tadi dia di sebelah.

Ini cuma mimpi, Erina. Am takkan tinggalkan kau lagi.
.
.
.
Ely menolak pintu bilik hospital. Memandang Am yang termenung menghadap Erina.

Dah dua minggu Erina tak sedarkan diri. Koma.

Lepas ditikam oleh Reza, Erina dikejarkan ke hospital. Am tidak pernah berenggang dengan Erina walaupun sesaat.

Tolonglah bangun, Erina.

Am memandang Erina sayu. Dia mengenggam tangan Erina. Berharap Erina akan bangun dari lena yang panjang.

Syukurlah Erina masih sempat diselamatkan.

I'm here. Am takkan tinggalkan Erina lagi.
.
.
.
Suara Am. Ada suara memanggil aku. Iya. Aku harus bangun dari lena.

"Sayang..."

Terasa jari aku digenggam erat.

Terkadang ada suara membacakan surah yasin. Aku mahu keluar dari tempat ini. Keluar dari mimpi ini. Tapi... Tempat ini indah. Bersama dua orang anak yang comel. Tapi aku mahu mencari Am. Am tinggalkan aku sendirian di dalam mimpi ini.

Am... Erina harus bangun.

Perlahan-lahan aku cuba membuka mata. Keluar dari mimpi yang indah. Hidup tanpa Am seolah mati segala rasa.

Bilik putih. Aku memandang sekeliling. Ini bilik hospital.

Am, where are you?

Tiada sesiapa di sisi aku. Tangan berselirat dengan wayar.

Bayang seseorang muncul.

Am... Dia keluar dari tandas. Aku menatap dia. Dia juga terkejut menatap aku.

"Reen..."

Aku cuba bangun. Am cepat-cepat membantu aku.

"What happened?"

Am menarik nafas.

"Reen koma. Dua minggu. Am takut sangat yang Reen akan tinggalkan Am."

Am menghulurkan segelas air. Aku meneguk dengan rakus. Tekak terasa kering.

"Semuanya da selamat sekarang. Kita akan bahagia, sayang."

"Betul ke bahagia milik kita Am?"

Aku memandang Am dengan mata berkaca. Aku harap sangat takdir akan memberi kebahagiaan pada aku.

"Reza da kena tangkap polis. Itu hukuman dia. Am takkan lepaskan dia macam tu je."

Aku dah taknak dengar nama Reza lagi. Dia punca segalanya. Dia parasit. Dia rosakkan hidup kami. Aku benci dia.

"Biarkan. Hidup kita sekarang tanpa dia."

Aku jelik dengan Reza.

"Reen nak minta maaf dengan Am. Reen tuduh Am tanpa tahu perkara yang sebenarnya. Reen yang pentingkan diri sendiri."

Aku menundukkan wajah. Menahan air mata. Aku dan Am, bisakah kami bahagia?

"It's okay. Am tak salahkan Reen. Am faham. Am yang salah. Patutnya halang Reen kawan dengan Reza."

Bukan salah kami. Aku juga bukan mahu salahkan Reza. Takdir? Patut ke aku salahkan takdir?

Allah lebih tahu segalanya.
.
.
.
Semua datang melawat aku. Ely, Mama, family Am.

Aku rasa gembira. Bersyukur kerana Allah beri peluang untuk aku bernafas dia atas muka bumi.

Terima kasih, ya Allah.

Aku masih tidak puas melihat wajah Am.

Ely menyiku aku.

"Kalau nak pandang pun, tunggu balik rumah la. Reen, aku risau sangat bila kau tak sedar. Kau je satu-satunya kawan baik aku. Aku tak boleh hilang kau, Reen."

Aku memeluk Ely.

Sudah tentu aku sayangkan Ely. Dia je yang memahami aku.

"Kau nak tahu tak, masa kau koma. Am tak pernah tinggalkan kau walaupun sekali. Tiap malam Am bacakan yasin untuk kau. Solat hajat juga kami tak pernah berhenti lakukan. Aku pun nangis macam orang gila tiap kali masuk bilik ni. Semua orang sayangkan kau, Reen."

Aku mengangguk. Aku tahu. Mereka sentiasa ada dengan aku. Aku dapat rasakan ketika aku koma.

"Lepasni, takkan ada sesiapa halang kebahagiaan kau, Reen. Kecuali Allah yang berhak menjarakkan. Aku doakan kau dengan Am bahagia sehingga ke Jannah."

Am memandang aku. Pandangan seperti kali pertama aku bertemu dia.

Hati aku masih lagi rasa sesuatu. Entahlah. Mimpi yang menakutkan.

Semoga tiada perkara buruk berlaku lagi. Aku takut sangat.

Benarkan kami bahagia, ya Allah. Permudahkan segalanya seperti kau pertemukan kami satu ketika dulu.

Aku terus memandang dia seperti tiada hari esok.

Persoalan aku selama ini sudah terjawab. Everything happens for a reason.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience