Bab 14

Romance Series 57151

Mata aku bengkak.

Dek kerana terlalu menangis tanpa henti malam tadi.

Luka. Luka lama berdarah kembali. Luka yang paling dalam bilamana tak mampu untuk menangis lagi.

Selepas empat tahun, aku menangis lagi. Tangisan aku... Am tak pernah cuba rawat.

Reen, apa yang kau nak lagi? Dia da jadi suami kau. Kau harus terima dia seadanya.

Bukankah ini yang kau mahukan dari dulu? Impian untuk hidup bersamanya.

Aku memandang diri di cermin. Benci melihat wajah yang sarat dengan air mata.

Aku mahu tahu. Mengapa dia memperlakukan aku sebegitu rupa?
Kau penuh dengan alasan, Am.

Hentikan.
Erina yang dulu tak mungkin kembali.
. .
. Aku serik. Aku nak bersiar-siar kat kawasan ni. Tapi, takut insiden semalam berulang kembali.

Nak ajak Am ke tak?

Segan la. Tapi kalau terperap dalam bilik bosan pulak.

Aku berdiri di depan pintu bilik dia. Tangan cuba untuk mengetuk pintu.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Nafas ditarik.

Tangan mengetuk pintu biliknya.

Tuk... Tuk... Tuk...

Am membuka pintu. Wajahnya serabut. Dengan jambang yang serabai. Kurang kemas.

"Nak apa?"

Wajahnya serius.

Aku menelan air liur. Dia tidak berbaju. Baru bangun tidur ke mamat ni?

Pantas, aku melarikan pandangan ke dinding.

"Err. Reen nak keluar. Boring duduk terperap kat bilik. Ingat nak ajak Am temankan. Boleh tak?"

"Am baru nak mandi. Duduklah dulu."

Aku seperti teragak-agak mahu masuk. Masuk jela, Reen.

"Takpela. Reen boleh tunggu kat bilik sebelah."

Aku tak selesa berduaan dengannya lagi. Rasa seperti orang asing.

"No. Masuk."

Nak taknak, aku melangkah juga ke dalam biliknya.

"You know what, this room supposed to be our room."

Iya. Suite ni lagi besar. Sesuai untuk orang honeymoon.

Aku bungkam.

"Tunggu kejap, bagi Am lima minit untuk mandi."

Dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

Aku memandang televisyen.

Fikiran tak ditumpukan sepenuhnya ke arah cerita yang ditayangkan.

Usai dia mandi, aku memerhatikan dia dari ekor mata.

"So... Kita nak ke mana Puan Nur Erina?"

Aku tahu dia sengaja menekankan perkataan puan.

"Reen nak pergi tasik. Lepastu ingat nak pergi pasar Filipina. Nak cari ole-ole sikit."

"Okay."

Dia seperti tiada mood.

"Kalau Am taknak teman takpe, Reen boleh pergi seorang diri."

Aku bangun dari tempat duduk. Mahu melangkah ke pintu.

Dia memandang aku tajam.

"No. Am taknak jadi macam semalam. Nak ke mana-mana tolong bagitau. Dan... Biar Am yang teman."

"I'm your husband. Jangan layan Am macam tunggul."

Aku bungkam lagi.

"Dengar tak?"

Aku mengangguk.

Tiba-tiba aku jadi patuh. Bila dia menggunakan kuasa veto sebagai suami, aku tak mampu melanggar kata.
. .
. Cantiknya tempat ni. Tasik yang aku mahu jejakkan kaki dari semalam. Aku mendepakan tangan. Rasa bebas seperti burung.

"Mana Erina tahu tempat ni?"

"Tengok kat internet."

"Am da banyak kali datang Kundasang, tapi tak pernah datang ke sini."

"Oh."

Patutlah ajak aku ke mari. Dia sukakan tempat ni rupanya.

"Erina..."

Aku memandang dia.

"Am cuma mintak peluang kedua."

Peluang kedua? Dah lama aku beri peluang, tapi dia tak pernah muncul saat aku menantikan dia dulu.

"Peluang untuk awak da tertutup, Am."

Dia memandang aku sayu. Nampak wajahnya sedih. Bukan lakonan.

Aku mahu balas segala perbuatan dia. Tapi, kenapa aku rasa sakit?

Aku memegang dada. Rasa sesak.

"Dendam akan membakar diri kau, Reen. Jangan teruskan kalau takut."

Masih terngiang ngiang kata-kata Ely sebelum aku menjadi isteri Am.
. .
. "Cukup ke ole-ole tu? Nak tambah pape lagi?"

Cukup kot.

"Cukuplah tu."

"Biar Am yang bayarkan."

Part ni aku tak suka. Aku juga punya duit. Tak perlukan duit dia.

"Tak payahlah. I have money."

"No. Biar Am yang bayar. Reen beli untuk orang lain, untuk diri sendiri takde ke?"

Aah kan. Aku tak beli pape pun.

Aku menggeleng.

"Entahla. Taktau nak beli apa."

Mata masih lagi memerhatikan barangan di meja penjual.

"Let me pick for you. Hmm. Apa kata kita beli baju T-shirt ni nak? Nampak sesuai dengan Reen."

Sepasang baju couple. Warna hitam dan pink.

"Tak elok la pakai baju couple. Takut pasangan terpisah."

Itu apa yang aku dengar dari orang lain kata.

"Karutla semua tu. Am tak percaya pun."

Huh. Agaknya dia lupa kot yang kami pernah pakai baju couple sedondon. Mungkin itu jadi penyebab aku dengan dia terpisah.

"Sukati Am la."

"Lagi?"

Aku menjongketkan bahu. Aku melangkah ke deretan mutiara Sabah.

Am mengekori.

"Cantiklah rantai mutiara ni. Sesuai dengan Reen."

Aku membeleknya. Macam berkenan je.

"Nah. Am rasa yang ni sesuai untuk Reen."

Aku mengacukan ke leher. Cantik.

Aku senyum.

"Makcik, kirakan yang ni sekali ye."

Aku memandang dia. Macam banyak dia berhabis untuk aku.

"Takpe... Am belanja. Nanti Reen belanja Am pulak."

Aku tahu, Am cuba untuk mengambil hati aku.

Maaf, sekali ianya terkunci tak mampu nak buka kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience