Bab 12

Romance Series 57159

Aku ke laman rumah. Berjalan beriringan dengan Misya.

Am hanya memerhatikan keriangan aku bersama adiknya. Dah lama aku tak menghabiskan masa bersama family dia. Kerana kemarahan yang begitu mendalam terhadap Am.

Sebaik saja aku terpandangkan dia, senyuman aku terus termati.

Entahlah. Tak tahu bila mampu surutkan rasa sakit hati.

Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

Tangan menggapai Nasi Lemak yang mama masak. Sedapnya...

"Ayah tak boleh nak berlama kat sini. Petang karang kami beredar pulang."

"Alaa ayah... Duduk la sini lama sikit. Boleh Reen bawak Misya pergi jalan-jalan."

Am memandang aku dari ekor mata.

"Tak boleh, Reen. Esok pagi nak pergi hospital. Ada appointment dengan doktor."

"Okay la kalau macam tu. Misya... Nanti jela eh akak bawak pergi jalan-jalan."

Misya cuma mengangguk.

"Am nak pergi honeymoon bila?"

Mama tiba-tiba menyampuk kata.

Honeymoon?

Aku tersedak tiba-tiba.

"Ishh... Reen ni... makan gelojoh."

Mama menegur aku.

Bukan gelojoh tapi terkejut. Segera aku meneguk air teh.

Apa pulak plan si mangkuk hayun ni?

"Esok petang."

Hah?

Kenapa aku taktau langsung pasal ni?

"Am, awak tak cakap pape pun?" Aku mula menyoal dia.

"Reen ni kan Ma, tak sempat Am nak cakap pape dia asyik lari je."

Mampus. Pecah rahsia aku.

"Reen..."

Mama mula menjeling aku. Aku faham maksud jelingan tu.

Aku menundukkan wajah.

"Esok petang kita pergi Kundasang, Sabah. Am da booking flight lama da."

Aduh.

Kenapa kau macam ni? Tak pernah berubah.
Suka memaksa aku. Tak pernah nak bagitahu apa-apa yang dia rancang.

Aku menarik muka.

"Tak boleh. Reen tak free. Minggu ni Reen kena siapkan baju untuk customer. Lagipun, butik tu takkan nak biar Ely sorang yang jaga."

"Kita pergi kejap je sayang. Ambik la cuti dua, tiga hari."

"Reen, kesiankan Am. Penat dia booking. Buat surprise untuk Reen."

"Tak boleh, Ma. Keje melambak."

Aku mahu bertegas. Dia suka buat keputusan tanpa fikirkan aku.

Lima mata memerhatikan aku.

"Am, awak patutnya cakap awal-awal. Jangan salahkan saya. Saya tak tahu pape."

"Takde masalah kan kalau bagitau last minit pun?"

Banyak masalahnya. Masalah utama aku taknak berduaan dengan kau.

"Hmm tengoklah dulu macam mana."

Aku tidak senang duduk melihat jelingan mama.

Sayang betul Mama dekat menantu. Asyik menangkan dia daripada anak sendiri.

Kejap lagi bila aku tarik dia masuk bilik, ribut taufan bakal melanda.
. .
. Aku berpeluk tubuh.

"What is wrong with you?"

"Apa yang Am dah buat?"

Dia memulangkan kembali pertanyaan. Sekeh juga mamat ni karang.

Buat muka selamba je.

"Kenapa tak bagitau aku awal-awal?"

Am menghela nafas.

"Kalau bagitau awal sekalipun, Reen tetap membantah kan?"

Yes. Memang.

"Am tahu, Reen bencikan Am. Cakap je da maafkan. Tapi dendam Reen kesumat."

Yes. Betul.

"Ni je cara nak rapatkan hubungan kita."

No. This is not right.

"Am nak kita kembali seperti dulu. Imbau memori lama. Beri Am peluang kedua."

No way. Impossible.

Aku dari tadi mendiamkan diri.

Silent treatment is the best way to reduce anger.

"Erina... Please say something."

"Kau suka buat sesuatu tanpa fikirkan aku. Kau rasa hubungan kita akan bertahan lama? Kita da takde persefahaman."

Aku melontarkan pandangan jauh ke luar rumah. Melihat awan di langit.

"No, Erina. Jangan macam ni."

Dia masih lagi mahu memujuk aku.

"Macam ni la, Encik Amir Rizqi. Buat la apa yang kau suka. Kau nak pergi honeymoon sangat kan? Okay. Tapi, dengan satu syarat."

"Apa dia?"

"Check in bilik asing-asing. Aku tak boleh nak menghadap muka kau lama-lama. Jelik."

Sejurus berkata begitu, aku tinggalkan dia kebingungan di balkoni itu.

Do whatever you want, Am. Jangan libatkan aku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience