Bab 48

Romance Series 57159

*Flashback. Am dan Erina.

Seseorang yang buatkan kita tertawa, akan buatkan kita menangis. Berpanjangan. Tanpa henti.

- Empat tahun yang lalu... -

Aku merenung ke jendela. Memandang rintik hujan gerimis yang turun.

Entah mengapa, ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik pada air hujan. Tersenyum.

Mengingatkan aku pada seseorang. Dah lama aku tidak melihat dia. Mungkin kerana papa menghantar dia menguruskan projek di sana.

"Erina. Menung apa tu? Papa tengok Erina asyik termenung je. Miss someone?"

Aku memandang papa.

Hati aku rasa lain. Rasa rindu.

"Apa papa cakap ni? Nak rindu kat siapa? Papa kenal kan Erina ni macam mana? Jenis yang susah nak suka dekat orang."

Memang. Aku susah nak buka hati.

Tapi, sejak akhir-akhir ni, aku mula rasa rindu. Pada siapa? Am?

I don't know.

"Amir Rizqi?"

Aku tersentak.

Papa seakan tahu rasa hati aku. Because he is my father.

Aku diam. Tidak menjawab soalan papa.

"Papa sengaja hantar dia uruskan projek jauh-jauh. Nak tahu yang anak papa ni ada perasaan kat lelaki ke tak."

Papa mengerling aku.

Aku dan Am semakin rapat. Iya. Aku mengaku. Aku mula rasa rindu pada dia. Sebulan dia pergi bertugas di sana. Dekat Sarawak.

Aku memejamkan mata.

Terngiang suaranya yang suka memanggil aku.

"Nur Erina..."

Papa menepuk pipi aku perlahan.

"Hah, berangan la tu. Nanti Am balik. Tak lama lagi je."

Muka aku mula merah menahan malu.

Am... Tak sabar nak tunggu awak balik. Dah lama kita tak jumpa.
. .
. 'Erina, saya balik KL petang ni. Malam ni kita jumpa. Saya ada benda penting nak cakap.'

Am mesej aku.

Akhirnya, dia pulang. Rasa rindu mula menjengah.

Apa yang aku rasakan sebenarnya pada dia? Tak pernah rasa begini.

Rasa sesuatu yang mula menghambat hati aku. Rasa gelisah. Rasa gembira. Rasa sedih.

Am... Apa yang dah kau lakukan pada aku?

Kenapa aku mula rasa tidak tenang? Am...

Aku menghela nafas panjang. Menatap gambar dia.

Kita jumpa malam ni, Am.
. .
. Dari jauh, aku melihat Am duduk di meja makan.

Hati aku rasa bergetar. Tidak pernah rasa begini. Mungkinkah... Aku. Sudah. Jatuh. Hati?

Perlahan-lahan langkah kaki diaturkan ke meja dia. Aku menarik kerusi. Seraya memandang Am.

"Hai, Am. Long time no see."

Am mendongak muka. Memandang aku dengan wajah berseri. Senyuman yang manis menambahkan getaran di hati.

Aku membalas senyuman dia.

"Lama tak jumpa awak. Rasa rindu pada Erina."

Manisnya kata-kata.

Aku perempuan yang tidak percaya pada kata-kata. Tetapi percaya pada tindakan.

I miss you too.

Pelayan datang mengambil order. Setelah itu, Am memandang aku lama. Seolah wajah aku mengingatkannya pada sesuatu.

"Kenapa Am? Is there something wrong?"

Am cuma tersenyum.

"Jangan tipu Am."

Apa yang aku tipu dia?

"What do you mean?"

"I know you miss me. A lot."

Aku tidak berani memandang anak mata dia. Takut dia tahu apa yang aku rasakan.

Aku mula mencapai sudu dan makan seperti biasa. Berlagak biasa walaupun nampak seperti kekok berada di depan dia.

Why, Erina? Why?

Selalu aku tak macam ni. Aku jadi gugup.

Am tergelak.

"You look so nervous and cute."

Eleh... Sengaja la tu nak usik aku.

Awak pun nampak... Kacak.

Am punyai aura yang aku hanya nampak. Orang lain mungkin menganggapnya biasa.

"Nur Erina. I have something to say."

Ini yang buatkan aku tidak senang duduk. Apa yang Am mahu katakan?

I'm so nervous, Am.

Am meletakkan sudu. Memandang aku dengan riak yang serius.

"You know what, Erina da buat sesuatu pada Am. Dan, Am harus denda Erina."

Apa yang sudah aku lakukan? Berhenti berteka teki, Am.

"Look at my eyes. What do you see?"

Aku memandang anak mata dia. Ada sesuatu di situ.

Sama seperti aku. Is it true?

Am senyum.

"Saya nak denda awak, disebabkan awak dah buat salah pada saya. Awak curi hati saya, Nur Erina. Sepanjang saya kat Sarawak, saya tak boleh fokus dengan kerja. Awak ada dalam fikiran saya. Dan saya rasa... Rindu."

Rindu. Seperti yang aku rasakan juga.

Aku rasa berdebar. Aku mengenggam tangan di bawah meja.

"Erina... Kenapa diam?"

Aku tertunduk. Mahu mengaku atau tidak?

Am mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Dia meletakkan sesuatu objek di atas meja. Cincin.

"Kalau awak juga rasa apa yang saya rasa, tolong pakai cincin tu dan say yes."

Aku rasa nak senyum. Tapi aku tahan.

Aku memandang cincin itu.

"Cincin ini untuk apa?"

"Untuk everything."

Aku memandang dia. Tanpa berfikir panjang, aku mencapai cincin itu. Menyarungkan di jari.

"Yes."

Am tertawa. Comel.

"Yes for what?" Soal Am pada aku.

"Yes for everything."

"Thanks, Erina. Saya dah agak. Hati kita mula rasa magnet."

"Tapi... Saya tak ready lagi. Saya kena kenal awak dengan lebih mendalam. Saya taknak rasa kecewa. Saya nak tahu luar dan dalam awak. I mean... Terima kekurangan awak, Am."

"Okay. Saya akan hantar rombongan dalam masa terdekat. Kita bertunang dulu?"

Aku mengangguk. Tanda setuju.

Aku terima Am seadanya. Walaupun tempoh perkenalan kami cuma enam bulan.

"Papa awak mesti gembira."

Aku membuat wajah kurang faham.

"Sebenarnya, saya dah lama cakap perkara ni kat Datuk yang saya dah rasa sesuatu dekat awak, Erina."

Am lelaki yang berani. Bagus. Aku sukakan orang yang berani dan confident.

"Patutlah papa asyik usik saya. Awak bakal jadi menantu yang disayangi."

Aku dan dia. Sama-sama tertawa. Memandang langit yang kelam. Semoga perjalanan hari esok dan seterusnya menjadi titik noktah ke penghujung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience