Bab 23

Romance Series 57159

Am menghampiri aku sambil menatang tray yang berisi bubur ayam dan sup.

Mungkin dia cuba memujuk hati aku.

"Reen... Makanlah sikit. Nanti takut perut tu kosong. Am taknak Reen sakit."

Dia menghulurkan mangkuk yang berisi bubur ayam tu kepada aku.

Aku menyambutnya. Dan merenung lama mangkuk di tangan. Aku mengetap bibir.

"Kenapa Reen tenung je? Nak Am suap ke?"

Bukan begitu. Aku cuma...

Tak tahu nak rasa apa.

Dia menarik mangkuk tu dari tangan aku. Aku merentap kembali.

"Am nak Reen makan. Habiskan."

Aku lapar. Tapi aku tiada selera. Mungkin kerana terkenangkan pergaduhan semalam.

"Okay."

Aku habiskan juga makanan yang dia masak.

"Okay, Reen. Pasal semalam tu, Am nak minta maaf. Am tahu Am salah. Am cemburu. Am tuduh Reen yang bukan-bukan. Am bukan tak percayakan Reen, Am cuma tak percayakan Reza. Am taknak dia dekat dengan Reen."

Aku memandang Am. Tidak tahu memberikan reaksi yang bagaimana.

"Reen, are you okay?"

Dia memegang dahi aku. Masih panas seperti tadi.

Aku tak tahu kenapa aku tiada rasa mahu berlawan kata. Mungkin sebab aku tidak sihat.

Atau mungkin juga aku tiada daya mahu bergaduh.

"Kenapa diam je?"

Aku menggeleng.

"Reen okay je. Sakit kepala kot."

Aku memicit dahi. Memang kepala aku terasa berat ketika ini.

"Pasal semalam tu, Reen taknak fikir. Reen cuma minta Am percayakan Reen. Tu je."

Am menundukkan wajah.

Agaknya dia tahu yang aku tak suka orang judge aku yang bukan-bukan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata seumur hidup aku simpan dalam hati. Tak mungkin aku boleh lupakan kata-kata yang dia lemparkan semalam.

Tuduh aku muka baik, tapi kat belakang jahat macam syaitan. Nak kata aku perempuan jalang ke?

Hentikan, Am.

"Reen nak rest. Leave me alone, please. Dan tolong tutup pintu."

Aku rasa dia ada simpan kunci spare part. Bahaya ni. Lepas ni kena tolak almari ke pintu. Aku taknak dia ambil kesempatan ketika aku tengah sakit.

"Okay, Reen."

Am mengangkat pinggan kosong tadi. Dan menutup pintu bilik aku.

Maaf? Tak habis-habis dengan maaf. Aku benci dengar perkataan maaf. Lepastu sakitkan hati aku lagi. Huh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience