Bab 28

Romance Series 57151

Am memandang anak mata aku tepat. Kenapa aku rasa berdebar?

"Am tahu jawapannya. You still love me."

Tak. Mana ada. This is wrong. Mata aku tengah menipu. Haish...

"No. Am salah tengok. Jangan nak cuba kelirukan Reen, Am fikir Am tu siapa?"

"I'm your husband. And always be..."

Aku menarik muka.

"Reen da takde pape rasa. Percayalah. Reen da tak..."

Belum sempat aku menghabiskan ayat. Satu ciuman ringkas dihadiahkan ke bibir.

Oh shit.

Mata aku terkebil-kebil.

Dia tersenyum. Uhuk... Aku nak nangis. Tak aci. Mana boleh curi cium macam tu!

Ma... Am jahat!

"Are you alright?"

Tiba-tiba aku jadi kejung macam patung cendana.

Am melayangkan tangannya di hadapan wajah aku.

"Hello..."

Am mengekek ketawa.

"May I?"

Cupp... Sekali lagi. Bibirnya singgah lagi ke tempat yang sama.

Aku tak cakap yes pun...

Uhuk...

"Am jahat... Reen benci Am!"

"Mama... Am jahat Ma."

"Mama takde kat sini. Am je yang ada kat sini."

Am mengusik aku. Dengan cara yang...

Aku da menggelabah sebenarnya.

Aku terus lari keluar dari bilik dia. Sebelum dia melakukan lagi tindakan yang aku tak sangka.

Am sambung ketawa. Jahat. Suka kenakan aku.

Aku mengunci pintu bilik. Memegang dada yang makin berdebar kencang.

Am da makin berani. Geramnya. Mana aci tak mintak izin.

Aku memegang bibir. Masih terasa hangat. Nak menangis je rasa. Tanpa sedar aku mengukirkan senyuman.

Gatal la kau ni, Reen. Bahaya ni, aku kena jarakkan diri daripada Am. Silap-silap aku yang tercium dia nanti.

Mama... Tolong, Reen. Nak balik rumah sekarang jugak.

Aku memeluk patung Barney yang papa beri. Dan juga, patung besar yang Am beri.

Fokus, Reen. Jangan jatuh lagi. Dia cuba nak kelirukan kau.
. .
. Aku mengenjetkan kaki. Keluar dari bilik. Memandang kiri kanan dengan hati-hati. Aku tengok bilik Am tertutup rapat.

Aku mengurut dada. Nasib baik dia dah tidur. Kejadian petang tadi membuatkan aku berkurung dalam bilik. Malu.

Perlahan-lahan kaki memijak anak tangga. Satu persatu...

Sampai di dapur, aku membuka peti ais. Nak masak apa eh? Kalau aku goreng nugget, nanti dia dengar bunyi minyak.

Makan Maggi? Tak elok. Nanti rambut cepat gugur. Rambut aku dahlah tengah pendek. Nanti makin kontot pulak.

Goreng jela nugget. Cicah dengan sos cheese bom. Emm sedapnya. Kecur air liur membayangkan cheese bom.

Aku mencapai bungkusan nugget. Nekad nak makan jugak.

Lantas, aku memusingkan badan dalam kegelapan.

"Mak oiiii anak meletup tayar keretapi... Keretapi terbabas tayar tergolek golek..."

Eh apa aku merepek tengah malam buta ni?

Maunya tak terkejut, kelibat seseorang di hadapan aku. Memakai baju putih pulak tu.

Am!

Dia gelak terbahak bahak sampai terduduk kat atas lantai memegang perut.

Haaa gelaklah sampai perut kau terburai. Aku asyik terkena je harini.

Hidung aku mula kembang kempis. Tahan marah.

"Stop it, Am. Berhenti gelak."

Aku macam nak tercabut jantung terkejut tengok dia. Dia boleh bantai gelak. Taknak berhenti pulak tu.

"Okay... Okay... Sorry. Lawak la sayang ni. Muka cantik, tapi melatah sebenarnya."

Aku menjeling tajam.

Dia bangun. Menekan suis lampu dapur. Menarik kerusi meja makan.

"What are you doing tengah malam macam ni?"
Aku menunjukkan sebungkus nugget tempura Nutriplus.

"Lapar?"

Aku mengangguk.

"Nak makan?"

Aku mengangguk lagi.

"Bisu?"

Aku mengangguk tanpa sedar. Eh, dia kenakan aku lagi. Aku menghentak sebelah kaki. Tanda protes.

Mama... Am jahat.

"Hahaha. Reen ni memang kelakar la. Reen yang baru ni pelik dan kelakar. Tapi, Am suka. Rasa terhibur."

Aku merengus. Dah-dahlah nak usik aku pun.

"Tulaa... Berkurung dalam bilik kenapa?"

"Tidur."

"Tidur ke malu?"

Tengok tu. Sejak balik dari Sarawak asyik nak mengusik aku je.

"Whatever."

"Am ingatkan ada pencuri masuk dapur, rupanya tikus besar."

Aku memekakkan telinga. Aku yang comel dikatanya tikus? Cehh...

Aku mengambil kuali. Membuka api. Menuangkan minyak.

Am menghampiri. Merampas nugget dari tangan aku.

"Biar Am yang buat. You sit down."

"Tak payahlah. Reen taknak susahkan Am."

Dia mendekatkan mukanya.

"Nak kena cium lagi ke?"

Aku cepat-cepat menutup bibir dengan tangan.

"Good girl. Pergi duduk. Biar Am yang buat."

Aku menopang dagu. Memandang dia dari belakang.

"Nah. Nugget tempura da goreng. Silakan makan tuan puteri."

Aku tersengih.

"Thanks putera."

Aku menuang sos cheese bom. Hmm. Sedapnya...

Lalu, mengunyah satu persatu. Am tengok tingkah laku aku yang agak aneh.

"Tengah malam memang pelik eh perangai?"

Apa yang peliknya? Dah aku lapar. Cacing meminta makanan.

"Bila beli sos cheese tu? Tak pernah nampak pun?"

Oh yang ni. Baru je beli.

"Masa Am pergi Sarawak. Beli online. Sedap..."

Aku sambung mengunyah. Tidak semena-mena, Am merampas nugget tersebut dari tangan aku.

Aku jadi terpinga.

Selamba saja dia mencicah saki baki nugget aku dan mengunyah.

"Kan ada lagi dalam pinggan tu, kenapa ambik Reen punya?"

Aku jadi tak puas hati.

"Saja. Reen punya lagi sedap dari dalam pinggan."

Ishh. Aku lempang mamat ni kang.

Dia ambik seketul lagi dari pinggan. Mengunyah dan menyuap ke mulut aku.

Oh man.

"Apa yang Am buat ni?"

"Sedap la sos cheese ni."

Aku memandangnya tajam.

"Alaaa... Nak gurau sikit pun tak boleh. Saja je. Nak Reen rasa sisa kunyahan nugget tu dari suami. Biar dengar cakap sikit."

Seraya berkata begitu, dia mencuit hidung aku. Mahu meninggalkan dapur.

"Am da masak. Nanti kemas pinggan dan kuali tu semua. Goodnight, princess tikus."

Geramnya. Geramnya.

Aku banyak terkena harini. Jaga kau, Am.

Aku melihat dia berlalu pergi. Rasa sedih. Kalau aku dan dia bersatu empat tahun yang lalu, mesti aku da ada anak dua orang.

Apa akan jadi pada pengakhiran kami berdua? Kenapa aku rasa tak yakin yang rumahtangga kami akan kekal?

Kau terlalu berprasangka, Erina. Buang segala negatif. Dekatkan yang positif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience