Bab 36

Romance Series 57151

Aku tengah bersembang dengan Misya. Bergelak ketawa di ruang tamu. Am datang duduk mencelah.

"Misya, ibu panggil. Pergi dapur."

Aku mengerutkan kening.

Tak dengar suara ibu pun. Saja la tu. Dengki aku sembang dengan adik dia.

Misya bangun menuju ke dapur.

Am memandang aku. Sejak kes pindah barang semalam, mana dia nak tegur aku? Emosi. Sentap.

"Seronoknya sembang dengan Misya. Dengan Am taknak pun gurau senda macam tu?"

Aku tidak mempedulikan dia.

"Abang... Mana ada ibu panggil. Tipu la abang ni."

Misya bercekak pinggang. Am menipu dia. Aku da agak. Mamat ni sengaja nak mencelah.

Attention seeker!

"Pergi jela tolong ibu. Abang nak bermanja dengan Kak Reen."

Misya mencemikkan muka. Bengang bila Am mempermainkannya.

Nak bermanja dengan aku? Sorry... Aku taknak.

Am mencapai jari jemari aku. Aku memandang dia.

Mahu menarik tangan, dia lagi pantas melekapkan tangan aku ke dada dia.

"Can you feel my heartbeat?"

Oh man.

Am, janganlah macam ni.

Jantung dia. Aku boleh rasakan. Debaran yang sangat laju.

"Am nak Reen rasakan perasaan Am tiap kali Reen di depan Am."

Aku terkedu!

Aku memandang anak mata dia. Aku bakal kalah dengan renungan dia yang mengasyikkan.

"Am... this is not the right time. Kita kat ruang tamu ni. Banyak mata yang memandang."

"Biarlah. Atau Reen nak naik bilik? Nak dengar sendiri ritma jantung Am yang tidak menentu?"

Untuk apa? Nak cakap kat aku luahan perasaan kau? Aku taknak dengar sekarang.

"Takpe... Malam ni siap Reen."

Dia membisikkan sesuatu kat telinga aku. Sambil menayang senyuman jahat.

Aku terpaksa berkongsi bilik dengan dia. Misya tidur kat bilik sebelah. Bilik aku.

Aku cuba menarik tangan, dia taknak lepaskan. Dah mula nak buat perangai Am ni.

Hishh... Sabar jela.
. .
. Aku menjengah ke dapur. Aroma enak Mee Kari menusuk ke perut. Sedapnya.

"Ibu... Nanti ajar la Reen masak aneka Mee. Teringin nak belajar dengan ibu."

Ibu senyum.

"Boleh... Nanti ibu ajarkan."

Aku berdiri di sebelah ibu. Merapatkan diri. Takut Am dengar. Ada sesuatu aku mahu tanyakan.

"Reen nak tanya sesuatu boleh?"

Ibu mengacau kuah di kuali.

"Apa yang Reen nak tanya? Resipi?"

Aku menggeleng. Bukan.

"Sejak bila Am belajar memasak?"

Cehh, soalan aku ni buat orang berdebar je. Ingatkan nak tanya apa tadi. Aku tertanya-tanya.

Sebenarnya... Aku nak korek dengan lebih mendalam. Nak tahu cerita sebenar.

"Am tak cerita pape ke?"

Aku menggeleng. Aku yang menjarakkan diri daripada Am. Konon tak mahu ambil tahu.

"Lepas tinggalkan Reen. Am belajar masuk dapur. Katanya pelamin angan dia musnah."

Pelamin angannya musnah?

Pelamin anganku yang musnah. Kenapa dia jadi begitu lepas tinggalkan aku? Bukankah sepatutnya dia rasa gembira sebab berjaya mendera perasaan aku?

Ibu memandang aku.

Ibu tahu sesuatu ke? Baik aku tanya ibu.

"Reen tak faham. Boleh tak ibu cerita apa yang jadi empat tahun lepas? Reen nak tahu sangat."

Aku cuba mendesak ibu.

Am takkan beritahu aku perkara sebenar. Dia memang begitu. Terlalu berahsia. Pura-pura jadi kuat, tapi sebenarnya lembik!

Ibu menghela nafas. Wajahnya tampak serba salah.

"Reen kena tanya Am sendiri. Ibu taknak masuk campur."

Ini bukan soal masuk campur. Aku mahukan kebenaran.

Mengapa dia memperlakukan aku begitu? Berulang kali aku tanya padanya, jawapan yang aku terima, jawapan yang sama.

"I'm sorry, Reen. Am tak boleh nak bagitahu."

Da berlalu kot. Aku da taknak simpan rasa marah dan kecewa. Kalau dia berterus terang, mungkin aku takkan jadi Erina yang begini.

Mungkin aku takkan berdendam.

Ibu memeluk aku.

"Reen, jangan desak Am. Nanti mungkin dia bagitahu. Beri dia masa."

Da terlalu lama aku menantikan alasan yang relevan.

Okay. Aku tunggu dia. Aku akan tunggu jawapan kepada persoalan aku selama ni.

Am memang kejam. Aku ada perasaan, Am. Aku sedih.

Am masuk ke dapur. Memandang aku dan ibu silih berganti.

"Kenapa ni? Monyok je muka?"

Ibu senyum.

"Reen mintak ibu ajarkan masak aneka Mee. Tapi tunggu waktu dia free. Agaknya tu yang Reen monyok. Kan Reen?"

Ibu cover aku.

Am memandang aku semacam. Barangkali dia tahu ibu nak lindung aku dari perkara sebenar.

Thanks, Bu.

Aku tersenyum hambar memandang Am.
. .
. Malam beransur tiba.

Aku rasa mengantuk sangat hari ni. Petang tadi bawak Misya jalan-jalan kat area KL. Aku membelikan dia baju baru.

Saja je nak belanja Misya. Senyum lebar je Misya.

Sekarang aku ada masalah besar. Mana aku nak tidur malam ni? Tadi aku saja je cakap kat Misya nak temankan dia tidur. Nak bedtime story. Am bagi jelingan paling maut dekat aku.

Eleh...

Aku memerhati sekeliling bilik. Bilik ni besar sangat.

Mataku terpaku ke arah sofa. Sofa pun okay jugak. Port untuk lelapkan mata.

Aku menyeret patung Barney. Baru saja mahu membaringkan diri, Am masuk ke bilik. Dia mematikan suis lampu utama dan menghidupkan suis lampu tidur.

"Tidur situ ke?"

Aku mengangguk.

"Reen... Sini la. Come. Sebelah Am."

Dia menepuk-nepuk tilam.

Taknak.

Aku menguap. Aku da mengantuk sangat.

"Kat situ kan, ada pepijat. Nanti bangun esok, takut kulit Reen merah-merah kena gigit."

Serta merta aku terbangun. Saja je nak takutkan aku kan.

Am memandang aku dengan wajah yang serius. Tak nampak macam berbohong pun.

Nak taknak aku melabuhkan punggung ke atas katil dia.

"Yeke pepijat? Kalau ada pepijat, mesti atas katil ni pun ada."

Am memekakkan telinga.

Tipu aku la tu.

"Kita da lama tak sembang macam dulu-dulu kan?"

Aku menarik selimut. Membaringkan diri. Mata menghala ke siling.

Takde apa yang nak disembangkan.

Melihatkan aku tidak memberi respons, dia bersuara lagi.

"Reen... Am rindukan Erina yang lama."

Am memandang aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

"Erina yang lama dah mati, Am."

Berjuta kali aku menerangkan.

"Reen ingat tak pertemuan kita kali pertama?"

Aku mengangguk. Mana bisa aku lupakan semua tu.

I'm still remember, Am.

Manisnya. Dia memayungkan aku ketika hujan lebat.

Aku juga rindukan kenangan itu.

"Am lega Reen masih ingat. I thought that you delete everything about me."

Memang. Aku mahu buang segalanya. Tapi, aku tak berdaya.

Kenangan itu sering menerpa kotak fikiran.

"Reen ingat waktu tu Am sempoi sangat. Kuat mengusik. Nak kata romantik tak jugak. But you have a good aura."

"Sekarang? Am ada aura lagi tak?"

Soalan dia...

"Entahlah."

Aku mengulum senyum.

"Sepanjang tempoh Am tinggalkan Reen, do you miss me a lot?"

Soalan dia sekali lagi...

Aku tidak mahu menjawab.

"Reen mengantuk la. Nak tidur."

Aku membelakngkan dia.

Iya. Aku tak pernah berhentikan rindukan dia walaupun sekali.

Tapi, bila dia hancurkan hati aku, susah aku nak percayakan dia sekali lagi.

Tangannya melingkar ke pinggang aku.

Dia membisikkan sesuatu ke telinga aku.

"Am tak pernah berhenti rindukan Reen. Tak pernah berhenti cintakan Reen. Am juga turut terseksa. I miss you so much. I love you so much, Nur Erina."

Suara dia. Bergetar. Seakan mahu menangis.

Jangan nangis, Am. Jangan buat aku tersentuh hati. Jangan menagih simpati.

"Takpe kalau Reen da tak sayangkan Am. Suatu hari, bila Am takde kat sisi Reen, tolong jangan lupakan kenangan kita. Kenangan itu je yang ada, sayang."

Ya Allah... Kenapa kau seksa hati kami berdua begini?

Aku tahan air mata. Jangan nangis, Am.

Aku memusingkan badan. Menghadap dia.

Aku terpana. Dia menangis. Aku mengesat air matanya yang sarat.

"Am... Jangan nangis. Dan... jangan cakap yang bukan-bukan."

"Am penat kot. Kita tidur ye."

Aku memaksa dia tidur. Taknak dia makin merepek kata.

Dia memandang aku dengan renungan yang boleh mencairkan hati aku yang dingin.

"Goodnight, sayang. Sweet dreams. I always be with you."

Am mengucup dahi aku.

Kata-kata dia membuatkan aku jadi takut. Bencikah aku padanya?

Aku tak tahu. Aku takde jawapan sebenar.

"Goodnight, Am."

Aku terus menutup mata. Berharap agar esok masih ada lagi kebahagiaan untuk aku. Dan juga dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience