Bab 39

Romance Series 57151

Lelaki itu. Encik adalah...

Am. Amir Rizqi.

Tergamak dia mempermainkan hidup aku. Patutlah. Patutlah semua jenis bunga ada kecuali... Bunga Orked kesukaanku.

Apa motif dia buat aku macam ni? Game?

Tahniah, Erina. Am berjaya game kau.

Tepuk tangan sikit.

Aku da kena game dengan Am. Telefon bimbit di tangan terlepas dari tangan.

Berkecai.

Seperti hati aku juga. Retak.

Sedang Am berbual dengan si budak bunga tu, dia sempat menangkap anak mata aku yang masih merenung ke arahnya.

Aku cepat-cepat mengutip telefon yang berderai.

Casing dan bateri terbuka.

Aku melajukan pergerakan. Mahu lari. Sebelum Am datang ke arah aku.

"Erina!!!!"

Aku berlari selaju yang mungkin. Namun pergerakanku terbatas dek kasut tumit tinggi yang aku pakai.

Am menyelar tangan aku.

"Am... Am boleh explain."

Aku menggeleng. Aku taknak dengar apa-apa sekarang.

"Please..."

Aku merentap kasar tangan aku. Kuat cengkaman dia. Sakit.

"Reen taknak dengar pape lagi. Tahniah. Am da berjaya game Reen."

Aku meninggalkan dia yang terpinga-pinga di belakang.

Am mengejar aku.

"Reen, nak pergi mana? Biar Am hantarkan.

"Tak payah. Kan Reen bawak kereta sendiri harini."

"Kereta boleh tinggal kat sini. Am taknak Reen buat tindakan melulu macam empat tahun yang lepas."

Aku memandang dia.

Mana dia tahu?

Oh iya. Aku pernah terlibat dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa aku. Lepas mendapat berita, perkahwinan aku dan dia dibatalkan, aku terus berlari keluar memandu kereta dengan had kelajuan yang membahayakan.

Nasib baik kereta aku yang accident teruk, aku dapat diselamatkan oleh pemandu yang lalu di kawasan itu.

"None of your business."

"Please, Reen... Am tahu Reen tengah sedih, bengang, marah. Am taknak fikiran Reen jadi tak menentu. Lagipun, bahaya Reen jalan keluar seorang diri."

Am melilaukan mata ke sekeliling kami.

Jap, apa yang dia takutkan?

"Tak payahla, Am. I'm fine. Tahu jaga diri."

Aku cuba untuk mengawal kemarahan aku di depan dia.

"Bagi Am explain malam ni. Am ada meeting kejap lagi. Sorry, Reen. Am takde niat nak permainkan Reen. Kita jumpa kat rumah."

Aku mengangguk. Malas mahu melayan kata-kata dia. Aku memasuki ruang kereta. Menghidupkan enjin dan meninggalkan Am yang masih memerhatikan aku dengan kaku.
.
.
.
Apa lagi permainan kau, Am? Apa lagi?

Nak cuba ambil hati aku dengan cara begini ke?

Hentikan.

Aku menyelongkar almari. Mencari album gambar lama.

Kejap lagi, dia balik. Aku mahu bakar semua gambar kenangan aku dan dia. Ni baru separuh. Soft copy aku masih simpan.

Aku menarik bagasi keluar dari almari.

Beberapa pasang baju turut aku sumbatkan. Aku mahu mencari ketenangan. Tinggalkan dia buat sementara waktu.

Tiada arah tuju. Hari dah gelap.

Nak balik rumah Mama, tapi aku tahu Mama akan marahkan aku. Nak pergi rumah Ely, tapi Ely tengah terasa hati dengan aku.

Pergi jela mana-mana. Tapi... Mesti Am takkan lepaskan aku keluar dari rumah ni.

Oh, dia sakitkan hati aku takpe? Tinggalkan aku takpe? Kenapa aku tak boleh balas?

Not fair.

Am pulang. Aku sengaja duduk dalam gelap. Sambil memegang album gambar di tangan.

"Reen..."

Terdengar suara dia melaung dari bawah.

Aku membatukan diri.

Am masuk ke dalam bilik kami. Melihat aku yang duduk berteleku di tepi dinding.

"Reen..."

Dia mahu menghidupkan suis lampu.

"Jangan buka lampu."

Aku taknak dia nampak wajah aku yang sarat dengan air mata.

"Apa sayang buat dalam gelap ni?"

Aku mendiamkan diri.

Am duduk bersila menghadap aku.

"Reen... Am takde niat nak mainkan Reen dengan hantar bunga macam tu. Jadi peminat misteri kononnya. Am cuma nak Reen gembira terima bunga. Kalau itu yang boleh buat Reen gembira, Am sanggup menyamar jadi orang lain."

Apa yang Am cakap ni? Aku tak gembira langsung bila dia menyamar jadi orang lain.

"Tentang budak bunga tu. Am jumpa dia kat tepi jalan. Mak dia sakit. Dia taknak pergi sekolah. Dia hampir nak jadi peragut. Am pujuk dia. Am bagi dia kerja. Am nak tolong dia. Supaya dia tak buat kerja haram. Mak dia taknak pergi hospital. Jadi, Am terfikir... Lebih baik dia jadi runner untuk Am dan intip Reen. Am takut Reen diapa-apakan orang ketika Am pergi kerja. You know what, yes... Am memang nak ambil hati Reen dengan cara macam tu. Jangan marah budak tu. Marah Am. Am yang salah."

Boleh percaya ke cerita dia?

Memang kau yang salah. Suka buat aku rasa sedih.

Hari ni aku nak balas dendam.

"Reen..."

Aku bangun. Album gambar lama itu aku pegang.

"Ini... Gambar lama kita dulu-dulu. Reen taknak simpan kenangan dengan Am lagi. Reen nak bakar sekarang jugak!"

Biar kau tahu apa yang aku rasa.

Aku berlari ke dapur. Menghidupkan dapur gas. Api menyala.

"Reen... Jangan!!!!!"

Biarlah. Biar kau tengok aku musnahkan apa yang ada di depan mata kau.

Serta merta, kesemua gambar itu menjadi abu.

Wajah Am hampa.

Dendam kedua aku da terbalas. Sekarang, aku nak laksanakan dendam aku yang ketiga.

Keluar dari rumah ni dan tinggalkan dia.

Aku menyeret bagasi yang berisi baju tadi di depan dia.

"Where are you going?"

"Tenangkan fikiran."

"No way. Am tak izinkan. Reen nak pergi mana? Dah malam buta ni."

"Tepila."

Am menghalang aku dari membuka pintu rumah.

Dia terus memeluk aku erat.

"Reen, jangan pergi. Jangan buat Am macam ni."

"Let me go. Reen nak pergi tenangkan diri."

"Tak boleh. Bahaya, Reen."

"Amir Rizqi!!!!"

"Biarkan Reen pergi untuk beberapa hari."

"Am nak ikut. Kita pergi sama-sama."

Aku taknak tatap wajah dia buat masa sekarang.

"Nur Erina binti Amsyar, kalau Reen pergi jugak, Reen ingkar kata-kata Am. Nak jadi isteri derhaka ke?"

"Am..."

"Okay. Am izinkan Reen pergi dengan syarat biar Am yang hantar Reen dan tahu mana Reen nak pergi."

Tak aci.

"Hantar Reen ke Port Dickson."

Aku mahu tenangkan fikiran sambil menghadap laut.

Am menarik nafas lega. Mungkin dia tahu tempat yang aku nak pergi tidak jauh mana.

Izinkan aku, Am. Izinkan aku merawat hati yang terluka dengan sikap kau yang menyakitkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience