Bab 51

Romance Series 57159

Aku memandang gambar perkahwinan kami di dinding. Melihat Am yang tersenyum manis.

Teringat saat aku menyalahkan dia atas apa yang terjadi. Am tak pernah salah. Aku yang jahat. Menyalahkan dia atas persoalan yang aku sendiri tak pasti.

Aku melipat telekung.

Aku duduk di birai katil sambil memegang perut. Baru sehari Am pergi ke Sarawak, aku mula rindukan dia.

I miss you, Am.

Tak sabar nak tunggu kepulangan dia.

Esok Mama akan menemankan aku di sini. Am takut nak tinggalkan aku seorang diri.

Aku kembali sambung mengait baju untuk baby.

Sayang, kita tunggu papa balik ye.
.
.
.
"Reen, hati-hati jalan. Mama baru mop lantai. Licin tu."

Aku jalan penuh berhati-hati. Melabuhkan punggung di atas sofa.

Mama memandang aku. Melihat wajahku yang mendung.

Hari ni Am tak contact aku langsung. Sedih. Takkan la sibuk sampai lupakan aku? Mana janji dia nak video call hari-hari?

Penipu.

Aku mula rasa emosi. Cepat-cepat aku mengucap.

Sabar, Reen. Jangan terlalu beremosi.

Am... Reen tunggu Am pulang.

"Kenapa Mama tengok Reen macam resah gelisah?"

"Am... Dia tak contact Reen. I'm so worried, Ma. If something bad happens."

Mama menyentuh jari jemari aku.

"Am busy kot. Fikir yang baik-baik, okay."

Aku mengangguk.

"Reen kan tengah pregnant. Mungkin tu yang bertambah emosi. Mama yakin Am okay je tu. Jangan risau, sayang."

Am...

Reen takut. Takut Am tinggalkan Reen macam dulu. Please, Am.

Mimpi tu menakutkan aku. Selamatkan hubungan kami, ya Allah.

Mungkin aku yang berfikir bukan-bukan.
.
.
.
"Hai, sayang..."

Aku memandang Am di skrin telefon dengan mata yang berkaca.

Sedih.

Aku hanya mampu menahan air mata yang mahu mengalir.

"Dah dua hari Am tak call. Reen risau tau tak?"

Am memandang aku sambil tersenyum.

"Sorry... Am busy sangat. Ada masalah sikit kat sini. Tu yang Am lupa nak contact Reen."

Aku membuat muka sedih.

Lupa nak contact aku? Hmmm.

"Janganlah buat muka macam tu. Rindu kat Am ke?"

Of course la. Kalau dia takde, hati aku rasa gelisah.

"Am taukan jawapan dia. Tak payah Reen sebut, Am boleh agak yang Reen rindukan Am."

Am gelak. Tawa yang terasa hambar kedengaran di telinga aku.

"Takpe. Sekurangnya bila Am hilang kejap ada yang rindukan Am. I miss you too."

Aku menunduk. Diam.

"Baby sihat?"

Melihat aku mendiamkan diri, Am mencelah kata.

"Sihat. Dia rindukan papa dia."

Aku rasa nak menangis. Tapi aku tahan. Bukan baby yang rindu, tapi aku.

"Kenapa muka monyok tu? Am akan balik. Am janji. Janganlah sedih."

Hati aku... Rasa lain...

Janganlah ada benda buruk yang jadi.

"Okaylah sayang, Am kena letak telefon. Nak siapkan paperwork projek ni. Bye... Jangan nakal-nakal."

Sempat dia mengenyit mata. Suka menyakat aku.

Aku sempat melayangkan flying kiss kepada Am.

Take care, Am. Reen akan tunggu Am dekat sini.
.
.
.
Aku ke butik. Meninjau keadaan butik. Ely membebel kat aku. Datang seorang diri. Entah kenapa semua orang risaukan aku.

I'm okay. I'm fine.

Aku boleh je jaga diri aku.

"Kau ni degil la Reen. Am pesan kat aku jaga kau elok-elok. Jangan gerak banyak sangat."

Aku memandang Ely dengan wajah I can take care of myself.

"Baru empat bulan. Takkan aku kena stay rumah je. Boring la."

Aku mengusap perut.

"Degil. Am da amanahkan aku jaga kau. Kalau pape jadi, aku yang akan dipersalahkan."

Ely mula membebel panjang lebar.

"Hmm yela. Sorry. Entahlah. Aku rasa tak sedap hati. Tu yang aku takleh stay kat rumah sangat."

Ely memandang aku lama.

"Tak sedap hati? Pasal Am ke?"

Aku mengangguk. Entahlah.

"Kau tolak ketepi rasa tak sedap hati. Mungkin kau tengah stress, sensitif tu yang menyebabkan fikiran kau jadi celaru."

Kalau nak ikutkan hati, nak je aku ke Sarawak. Stay dengan dia kat sana. Temankan dia.

Amir Rizqi...

Menyeru namanya agar dia tahu betapa aku perlukan dia di saat ini.
.
.
.
'Am pulang hari ni. Tapi tak naik flight. Naik helikopter.'

Naik helikopter?

Am mesej aku. Dia balik harini. Mungkin lewat petang.

Sesuatu yang merisaukan. Kenapa mesti naik helikopter?

Kenapa tak naik flight macam biasa?

Hati aku mula rasa berdebar.

Aku membalas mesejnya laju-laju.

'Kenapa tetiba naik helikopter? Flight kan lagi selamat.'

Pelik.

'Oh. Am pun taktau. Tapi takpela boleh Am jumpa Reen cepat. Rindu nak tatap muka Reen puas-puas.'

Bukan aku isunya. Tapi tentang keselamatan. Aku mahu dia selamat.

Itu je.

'Please be safe and sound. Jangan rushing sangat okay. Kami tunggu Am.'

Aku menekankan perkataan kami.

Berharap dia tahu untuk menjaga diri. Aku perlukan dia. Cukuplah dia pernah tinggalkan aku sekali.

Aku tidak sanggup menghadapinya untuk kedua kali.

'Okay sayang. Tunggu Am k...'

Dan aku... Tersandar lesu di sofa biru. Mengusap perut.

Reen tunggu Am...
.
.
.
Jam menunjukkan angka sembilan malam. Dari tadi aku resah gelisah.

Where's my Am?

Mama memandang aku dengan ekor mata.

Sepatutnya Am da sampai Kuala Lumpur waktu maghrib tadi.

Ini yang aku takutkan. Dengan cuaca yang kurang baik menambahkan ketakutan di hati. Tuhan, tolong jagakan dia untukku. Aku amat menyayanginya.

Mungkin perasaan yang ada tidak sedalam dulu, tapi... Hakikatnya... Hanya Allah yang tahu. Sulit untuk aku katakan.

Aku memandang meja makan. Makanan terhidang. Semua lauk kegemaran dia.

Hati makin rasa kurang enak. Kenapa aku rasa berdebar?

Telefon bimbit berdering.

Ely call!

"Reen, aku nak tanya ni. Am balik naik apa?"

"Naik helikopter company. Kenapa?"

Aku menjawab laju.

Terdengar Ely menarik nafas panjang.

"Kau bukak berita kat TV sekarang!!"

Kata-kata yang berupa satu arahan.

Terus aku membuka berita.

Cuaca yang kurang baik menyebabkan helikopter hilang kawalan. Helikopter tersebut dikhuatiri terhempas jatuh. Gerakan mencari sedang dijalankan.

Aku menekup mulut. Astaghfirullahalazim.

Ya Allah. Apa benar yang aku sedang lihat sekarang ini?

Telefon bimbit Mama pula berdering.

"Reen, uncle nak cakap dengan Reen."

Pantas, aku menyambutnya.

"Hello Reen, dah tonton berita? Uncle harap Reen bertenang dan bersabar. Am... Dia... Helikopter hilang kawalan. Berkemungkinan terhempas. Kita doakan keselamatan dia, Reen. Bawak bersabar. Doa banyak-banyak."

Ya Allah... Hati aku... Bagaikan terhiris, dikoyak, dikerat 40. Selamatkan Am. Kenapa kau menguji kami sekali lagi? Aku perlukan dia.

Aku tidak kuat tanggung semua bebanan ini seorang diri.

Izinkan kami bahagia ya Allah. Sesungguhnya kau yang Maha Berkuasa. Selamatkan dia. Selamatkan Amir Rizqi.

Dan aku... Mula rasa denyutan di kepala.

Am... Reen tunggu Am.

Terduduk di sofa. Aku menangis dengan semahunya.

Mama mendakap aku. Memberi kekuatan.

"Amir Rizqi!!!!!!!!"

Aku menjerit sekuat hati...

Jangan biar dia tinggalkan aku sekali lagi. Guruh kedengaran di luar rumah. Air mata ini gugur sekali lagi. Lebat mencurah.

Hukuman untuk aku kerana tidak mengaku cinta yang ada.

Cinta ini tidak pernah hilang. Ianya ada. Tersembunyi. Maafkan Reen, Am. Sulit untuk Reen mengakuinya.

Kembalikan Am padaku. I'm here. Reen akan tuntut janji Am.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience