Bab 19

Romance Series 57151

Am lancarkan perang silent treatment dengan aku.

Taknak bersuara. Taknak bersua muka.

Aku ke dapur. Dia ke bilik. Aku ke bilik. Dia ke ruang tamu.

Pelik la kau ni.

Sat lagi aku tepuk-tepuk manja baru kau tahu. Mengada je nak aku pujuk. Nak masam muka dengan aku, lantak kaulah.

Hujung minggu yang membosankan.

Nak keluar pergi jalan-jalan, kena mintak izin. Pergerakan aku makin terbatas.

Tak seronok la kahwin, single lagi best.

Lantai da sapu, da mop. Dapur juga da berasap.

Apa nak buat eh?

Aku memandang cicak di dinding.

Rasa nak lastik je cicak ni. Tapi karang, kesian pulak dekat anak bini dia.

Lipat kain.

Baru aku teringat, baju aku melambak tak sempat lipat.

Aku turun ke tingkat bawah. Melintasi Am yang sedang leka menonton televisyen. Tidak sedikitpun dia memandang aku yang mengangkat bakul. Ke hulu hilir di depannya.

Oh, buat derk je eh?

Okay. Fine.

Aku naik ke bilik semula. Mula melipat kain.

Sambil melipat, sambil menyanyi.

'Jika dunia.. aku yang punya...
Akanku kirimkan, sebuah syurga malam tanpa siang. Untukku bermimpi...
Sepanjang masa, tanpa kecewa bertemankan bintang yang setia.
Bagaikan puteri...
Bisa khayalan...
Yang hidup suci dan sempurna..

Tapi sayang hanyalah impian...'

Pintu bilik terkuak dari luar. Am menjengah.

Opss. Aku menekup mulut.

"Happy nampak? Menang loteri ke?"

Aku terhenti menyanyi. Kuat ke aku menyanyi? Sampai boleh dengar kat bawah ke?

Eleh. Sibuk je. Pergi la hadap televisyen tu.

Am berpeluk tubuh, menyandarkan badannya di dinding bilik. Aku membuat muka tak tahu.

Sambung menyanyi lagi. Memekakkan telinga seolah tak dengar pertanyaan dia.

'La.. La.. La..'

"Reen..."

Aku memandang dia.

"Jom keluar."

Aku terus terhenti melipat kain.

Pucuk dicita ulam mendatang. Memang itu yang paling aku tunggukan dari tadi.

"Pergi mana?"

"Nak pergi mana?"

Aku tanya dia, dia tanya aku semula. Aku menjulingkan biji mata ke atas.

"Hmm takpela. Tak payahla. Tak jadi."

Mati mood tetiba.

"Wayang nak?"

"Movie apa yang best?"

"Tengok jela pape."

Eh dia ni, kenapa aku pulak yang kena decide segalanya?

"Ke kita repeat je tengok movie lama-lama. Tengok kat TV je. Senang, lagi jimat."

Ek eleh. Kalau macam tu baik tak payah tanya aku. Kedekut.

"Sukati Am la."

Baik aku tidur je. Senang. Habis cerita.

"Am..."

"Yes."

"Boleh tak Reen nak keluar, jumpa Ely? Da lama tak hang out dengan dia."

Aku membuat muka kesian. Boleh la. Boleh la.

"Nak jumpa Ely ke nak jumpa Reza?"

Mendengarkan nama Reza, air muka aku turut berubah.

"Am memang tak percayakan Reen ke?"

Matanya menyorot tajam. Mendekati aku. Berdiri betul-betul di hadapan aku.

Aku mendongak memandang dia.

"Bukan tak percaya. Am percayakan Reen, tapi tak percayakan Reza."

Balik-balik ungkit nama Reza. Aku dengan Reza takkan ada apa-apa.

"Sama la tu. Am tak percayakan Reen. Kalau macam ni, hubungan kita takkan ke mana Am, kalau Am masih nak ragui isteri Am sendiri. Am da banyak berubah. Bukan macam Amir Rizqi yang Reen kenal dulu. You've changed a lot."

Aku berdiri. Mendongak dia. Tunak memandang anak matanya.

"Sukati Am la. Buat la apa yang Am suka. Fikirlah apa yang Am mahukan. Reen penat nak kena hadap semua ni."

Aku menolak dadanya. Supaya memberi aku ruang untuk ke bilik air. Aku mahu melepaskan geram, tapi bukan di hadapan dia.

Bengang. Untuk apa menikah dengan aku, kalau rasa kepercayaan takde. Sabar, Reen. Sabar.

"Reen..."

Langkah aku terhenti.

"Kita tonton movie kat bawah sama-sama. Am order pizza."

Aku memejamkan mata.

Bukan itu yang aku nak dengar.

"Sukati Am la."

Aku ingat dia nak minta maaf sebab ragui aku, rupanya...

Kau memang tak reti nak pujuk aku, Am. Hati kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience