Bab 46

Romance Series 57151

- Malam sebelum Reen diculik... -

Frame gambar perkahwinan terjatuh. Am mengurut dada. Terkejut.

Takde angin, takde ribut.

Macam mana frame ni boleh jatuh? Nasib baik tak berderai jatuh ke lantai.

Am mengutip frame yang jatuh di atas tilam. Memandang gambar Reen.

Kejap lagi Reen balik. Bisik hati Am.
Am tersenyum. Comel la Reen ni.

Am memandang jam di dinding. Da 8.30 malam. Tak pernah Reen balik kerja lewat. Selalu sampai maghrib je.

Ni la alasan kenapa Am taknak biarkan Reen pulang seorang diri.

Kenapa aku rasa tak sedap hati? Kata hati Am merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Am cuba menelefon Reen. Panggilan tak berangkat. Samaada dia tutup telefon ataupun bateri zero.

"Reen, where are you? Kenapa Am rasa tak sedap hati?"

Am mencapai kunci kereta, lalu memecut laju. Menuju ke rumah Ely.

Hatinya rasa berdebar. Semoga dijauhkan perkara yang paling ditakuti.

Setibanya di rumah Ely, Am memberi salam.

"Assalamualaikum, Ely."

Ely menjengah ke luar tingkap.

Aik? Am. Apa dia buat kat sini?

Ely keluar ke laman rumah.

"Waalaikumsalam. Am... Kenapa Am nampak cemas? Reen mana?"

Aku dah jangka. Reen takde kat sini.

"Reen. Dia tak balik lagi. I thought that she's here."

"Reen sepatutnya da sampai. Da try call dia?"

Am mengangguk.

Ely cuba mendail juga. Hampa.

"Reen balik rumah mama kot."

"Takde. Memang Reen janji nak balik. Mama cakap Reen takde singgah pun."

Ely mengetip bibir.

"Mana pulak Reen pergi?"

"Buat polis report cepat, Am. Takut apa-apa jadi kat dia."

Ely mula mundar mandir.

"Tak sampai 24 jam. Polis takkan layan."

Aku takut Reen kena culik. Baru-baru ni aku menerima lagi ugutan bunuh.

"Reza! Mesti dia dengan Reen. Mamat tak guna tu bawak lari, Reen."

"Reza? Apa Am cakap ni? Kenapa Reza nak culik Reen?"

Ely membuat muka kurang faham denngan cerita Am.

"Dia dendam dengan Am. Dia dendam dengan kami berdua. Am nak explain mendalam pun tak guna jugak sekarang. Tak guna kau, Reza."

"Sabar, Am. Sekarang ni kita berdoa banyak-banyak agar Reen selamat."

"Tahu tak mana rumah Reza?"

Ely mengangguk.

"Kejap, Ely hantar location. Ni rumah baru dia. Am nak pergi sana ke? Nak Ely teman tak?"

"No it's okay. Ely stay je kat rumah. Mana la tau kalau Reen balik ke sini."

"Lagi satu, kalau apa-apa jadi kat Am ataupun Reen, segera buat report polis dan tolong jejaki Reza. Am cuma berharap kat Ely. Jangan bagitahu mama Reen. Am taknak dia risau."

Ely cuma mengangguk.

Aku terus bergegas menuju ke location rumah Reza.

Setibanya di sana... Tiada siapa di rumah.

Tiada kereta. Kosong.

Argghh...

Am menghentakkan tangannya ke stereng kereta.

Mana kau bawak Reen lari, Reza? Tak cukup lagi ke dendam kau dengan kami?

Patutnya aku buat report polis biar kau meringkuk dalam penjara.

Am cuba jejaki Erina di tempat lain.

Sewaktu dalam gerakan mencari, ada kereta tersadai di tepi jalan.

Ini kereta Reen.

Am melangkah ke kereta Reen.

"Reen..."

Dia takde kat sini.

Baru saja Am mahu memusingkan badan, belakang kepalanya dihentak dengan objek keras.

Am rebah!

Reza menghantar orang upahannya untuk memukul Am. Sekaligus menculik Am juga.
.
.
.
- Erina di rumah lama Reza -

Aku memandang Reza dengan pandangan tak puas hati.

"Reen... Kau tak makan pape langsung. Kesian baby dalam perut kau."

Reza menghulurkan segelas susu.

Aku tak mahu menyambutnya.

"Kau ni degil la. Takkan kau nak mati kebulur disebabkan aku?"

"Kau tu yang gila, Reza. Kau sakit."

Reza ketawa.

"Aku jadi gila sebab kau. Sebab kau, Reen."

"Apa masalah kau eh? Bukan aku tolak cinta kau. Kau yang tak bagitahu aku. Lepastu kau nak dendam dengan aku. Kau tu yang pengecut!!"

Sengaja aku memprovok dia. Biar dia jadi lagi gila.

"Kalau perempuan lain da lama aku tampar. Tapi aku takkan cederakan kau, Reen. Lagi-lagi bila kau pregnant. Biar aku yang jadi bapa kepada budak ni lepas Am mati."

"Kan aku cakap, jangan apa-apakan Am. Kalau kau berani cederakan dia, bunuh aku sekali."

Reza memandang aku tajam.

"So sweet. Nak mati sama-sama?"

Dada aku mula berombak kencang.

"Nah ambik roti ni makan. Susu ni minum. Aku tahu aku masuk bilik ni sekali lagi, kau habiskan. Kalau tak, aku paksa kau makan."

"Taknak. Takut kau letak racun. Nak bunuh baby aku."

"Tak, Reen. Aku takkan buat macam tu kat kau."

Reza memandang aku sayu sebelum berlalu tinggalkan aku.
.
.
.
Dari tadi Reza memandang aku tanpa bersuara apa-apa.

Dia seperti mahu mengatakan sesuatu. Tapi dia teragak-agak.

"Reza... Kalau kau ada pape nak cakap, cakap je."

Reza ni sebenarnya kekurangan kasih sayang. Dia perlukan perempuan dalam hidup dia. Ibunya tinggalkan dia ketika umurnya lima tahun.

Agaknya itu penyebab Reza tak mampu kehilangan aku. Dia menganggap Am merampas aku dari tangan dia.

"Aku rindu saat kita kecil. Masa tu kita happy sangat. Kau ingat lagi tak, Reen?"

Aku mengangguk. Mana bisa aku lupa. Reza sentiasa di sisi aku. Tak pernah tinggalkan aku walaupun sekali.

"Aku da takde sesiapa lagi dalam dunia ni, Reen. Aku cuma ada kau. Mak ayah aku bercerai dan tinggalkan aku."

Aku terlebih faham mengapa Reza jadi begini
Dia rasa tertekan.

"Aku sentiasa ada untuk kau, Reza."

"Jangan bagi aku harapan, Reen. Tak sama. Kau da kahwin. Dan aku masih keseorangan."

"Kahwin la, Reza. Banyak lagi perempuan cantik kat luar sana. Kau kena teruskan hidup."

Reza menundukkan wajah.

"Tapi tak sama macam kau, Reen."

Aku harus menenangkan Reza. Supaya dia tak naik hantu. Psiko harus dibalas dengan reverse psiko.

"Habistu kau nak aku buat apa? Tinggalkan Am? Balas dendam dekat dia sebab tinggalkan aku?"

Reza menghela nafas. Nampak berat.

"Aku nak buat satu confession. Tapi takut kau melenting."

Aku jadi berdebar.

Apa yang Reza mahu katakan?

"Sebenarnya Reen... Aku penyebab kenapa Am tinggalkan kau."

What?

Reza... Tergamak kau.

Apa yang kau dah lakukan? Apa salah aku?

Aku tak percaya semua ni. Air mata aku menitik laju.

Reza menghampiri aku.

"Reen..."

"Aku minta maaf. Jangan benci aku, Reen."

"Apa yang kau dah buat sebenarnya? Tell me the truth. Everything, Reza!!!!"

"Aku... Aku yang musnahkan perkahwinan kau empat tahun lepas. Aku ugut Am. Ugut nak bunuh kau dengan dia. Aku cuba bunuh dia, tapi gagal. Aku ugut dia, kalau dia kahwin dengan kau juga, aku akan bunuh kau."

Aku tersentak.

"Macam mana Am yang bijak tu boleh percaya dengan ugutan kau?"

"Aku pernah cuba nak langgar dia. Tapi terkena pada kawan dia. Kawan dia cuma cedera. Macam-macam aku lakukan padanya. Aku hantar pisau yang dipenuhi dengan darah berserta gambar kau. Asid dan lain-lain."

Setan kau, Reza. Kawan jenis apa kau ni?

Patutlah Am berat nak bagitau aku. Dia takut aku mati.

"Kau memang tak guna, Reza. Kau sakit. Kau perlukan rawatan. Cinta kau buta."

Aku rasa sakit hati. Aku salahkan Am atas kesalahan yang dia sendiri tak pernah lakukan. Reza yang jahat.

"Kau tikam aku dari belakang. Aku benci kau, Reza."

Aku memalingkan pandangan. Tak sudi melihat dia.

"Reen... Jangan benci aku. Pandang aku, Reen."

"Lagi satu, aku dah taknak simpan perkara ni. Kau patut tahu. Papa kau mati bukan sebab Am."

Aku membesarkan mata. Memandang Reza seakan mahu mencekik dia.

"Aku sabotaj syarikat papa kau. Am dituduh pecah amanah dua hari sebelum perkahwinan kau. Papa kau sakit jantung kerana orang kepercayaan dia musnahkan harapan syarikat. Tapi, papa kau tetap percayakan Am. Dan, terus Am buat keputusan untuk batalkan perkahwinan kerana dia rasa tak layak kahwin dengan kau. Dia dah jatuhkan imej syarikat, walaupun dia tak salah."

"Aku punca segalanya, Reen. Aku yang..."

Pang!!!

Tanpa sempat Reza menghabiskan kata, aku memberi tamparan padu padanya.

"Reen..."

Pang!!!

Dua kali tamparan.

"Aku..."

Mahu menampar dia sekali lagi. Dia menahan tangan aku.

Aku tak tahu nak rasa apa sekarang. Kecewa.

Orang yang aku paling percaya dalam dunia ni, hancurkan segalanya.

"Kau boleh pergi mati, Reza. Aku takkan maafkan kau."

Hati aku... Rasa sangat terluka.

Berdarah. Takkan sembuh. Am tak pernah salah.

Aku menghukum dia tanpa tahu kebenarannya.

Reza bangun.

"Reen, aku bagi kau dua pilihan. Tinggalkan Am. Atau Am mati. Aku nak kau fikir sedalamnya. Aku nak jawapan esok."

Aku bungkam.

"Am takkan selamatkan kau. Sebab... Am ada kat tangan aku sekarang."

Reza tersenyum. Senyuman jahat.

"Apa yang kau nak buat dekat dia? Tak cukup lagi ke? Tolong hentikan, Reza. Jangan buat kami macam ni. Aku merayu lepaskan dia."

"Rayuan kau tu aku takkan layan. Dua pilihan. Aku nak kau buat pilihan yang tepat."

"Fikir sedalamnya, my dear. Bye."

Reza meninggalkan aku sendirian di bilik ini.

Ya Allah, apa lagi ujian yang kami harus hadapi?

Selamatkan Am, dia tak salah. Aku yang bersalah. Babitkan dia dalam hal aku dan Reza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience