Bab 43

Romance Series 57159

Azan Subuh berkumandang. Aku memegang kepala. Terasa berat.

Sakitnya. Berpinar-pinar. Entah kenapa malam tadi rasa mengantuk yang teramat. Jap, apa yang jadi semalam eh?

Kenapa aku tak ingat apa-apa?

Mataku terpisat-pisat.

Aku memandang sekeliling bilik. Cuba mengingati kali terakhir sebelum aku terlena.

Aku kat meja makan, lepas aku makan puding karamel, aku terus terlena.

Am...

Aku menoleh dia di sebelah. Masih dibuai lena.

Something bad happened.

Aku menolak selimut.

Damn. I know what is going on.

Damn you, Amir Rizqi.

Aku melihat baju berselerakan di atas lantai.

"Am..."

Aku menggoncangkan badan Am.

"Am... Bangunlah!!!"

Dia meraup wajahnya. Aku kebingungan.

Otak aku mula menangkap apa yang berlaku malam tadi.

"Reen..."

"Dah subuh ke?"

Aku memandang dengan mata yang merah.

"Yes. Dah subuh. Bangun. I want to ask you something!"

"Reen..."

"What happened last night?"

Am diam. Tidak mahu bersuara apa-apa.

"I'm asking you again, what happened last night, Amir Rizqi?!

Suara aku mula naik ke oktaf tiga.

Dia masih diam membisu. Aku menolak bahu dia.

"Am..."

Aku cuma nak dengar pengakuan dia.

"Reen boleh agak apa jadi semalam."

Am nampak takut mahu memandang wajah aku di kala ini.

Bingo. Benar jangkaan aku.

Aku menarik nafas. Panjang. Kalau pisau ada kat sebelah, da lama aku tikam dia.

Sabar, Reen. Dia ada hak. Dan berhak walaupun tanpa persetujuan kau.

Aku memicit dahi. Rasa kecewa. Baru saja mahu meletakkan kepercayaan padanya semalam.

"What you've done to me? Explain."

Aku tak sangka dia tergamak buat kerja kotor macam ni. Kan aku da cakap, aku tak ready. Perasaan aku masih samar-samar.

"Semalam, Am letak ubat tidur kat dalam puding karamel yang Reen makan."

"Lepastu, Reen terus pengsan. Tak sedarkan diri."

Aku termakan puding karamel bodoh tu. Ada ubat tidur rupanya. Patutlah wajah dia jadi lain masa aku jamah apa yang dia masak.

Kau jahat, Am.

"Kenapa Am buat Reen macam ni? Kenapa? Reen isteri yang teruk ke? Kenapa tak habis-habis layan Reen macam ni? Apa salah Reen kat Am? Dari dulu sampai sekarang, Am selalu sakitkan hati Reen."

Aku mula menangis.

Am cuba memujuk aku. Aku tak perlu pujukan daripada dia.

Aku tepis tangan dia. Jijik.

"Nur Erina. I love you. Am taknak hilang Reen, sebab tu Am buat macam ni. Jangan nangis, sayang."

Dia cuba memeluk aku.

"Pergilah. Kau memang tak guna kan?"

"Reen... Am ada hak. I want baby. Our baby. Salah ke?"

Aku pandang dia dengan pandangan menikam.

"Memang salah. I don't love you."

"Tapi Reen cakap yang Reen sayangkan Am? Da mula terima Am."

Memang. Tapi bukan secepat ini. Respect my feelings, Am.

I'm not cheap. I'm not easy.

"Erina, Am buat bersebab. Am cuma nak anak. Am nakkan zuriat kita."

"Tapi Reen tak ready!!!"

"Ready atau tidak, you are my wife. Sebelum jadi apa-apa perkara yang tak diingini, Am nak baby..."

Senangnya kau cakap. Sampai hati.

"Dah, tak payah nak menangis. Kita halal. Tak salah dari segi hukum. Kalau nak buat report polis, pergilah. Silap-silap Reen ditertawakan polis. Bukannya Am dera fizikal Reen. Am berhak dapatkan apa yang Am nak. Kalau pujuk sekalipun, bukannya Reen nak ikut kata. Degil sangat. Malam tadi itu hadiah untuk Am. Hadiah yang paling bermakna. Thank you so much, my dearest wife."

Selamba je dia berkata begitu.

Dia bangkit. Mahu menuju ke bilik air.

"And one more things, nak report kat Mama? Silakan. Takde siapa akan backup Reen. Mama dan Ely pasti setuju dengan tindakan Am."

Am mengutip semua baju yang berselerakan.

Aku menundukkan muka.

Tapi bukan atas persetujuan aku. Dia tak boleh buat aku macam ni.

"Reen..."

Dia menyentuh bahu aku lembut.

"Benda dah jadi. Jangan nak kesal. Bangun, bersihkan diri. Kita solat sama-sama. Besar ganjaran solat berjemaah."

Aku memandang dia. Tanpa berkata apa-apa. Aku tahu dia cuba memujuk aku. Mahu meredakan kemarahan aku.

Am tak salah, Reen. Kau jangan menafikan hak dia.

But still... Arghhh!

"I won't forgive you!!"

Aku bangun, menarik selimut dan melangkah ke bilik air.

Aku duduk tersandar di bilik air. Cuba berfikir secara relevan.

Aku perlukan masa. Yang dia tak menyempat nak sabar kenapa?

Sedihnya.

Kau jahat, Am. Kau tak guna, Am.
.
.
.
Aku tak tahu apa yang aku patut buat. Nak mengadu pada Ely dan Mama. Tapi, pasti mereka akan sokong Am.

Mama nak sangat cucu kan?

Aku tak boleh fokus melakar design terbaru.

Kertas putih aku renyuk dan lempar ke atas lantai.

Apa yang aku lukis semuanya tidak menjadi.

Aku tak boleh lari lagi. Kalau aku lari, aku taknak balik sini lagi.

Aku memejamkan mata.

Hadap, Erina. Hadap.

Tapi, aku rasa jelik nak tatap muka Am. Macam mana nak dia nak jaga aku, kalau dia sendiri takleh lindung aku?

Ya Allah... Tabahkan hati aku.

"Reen... Kau tak cerita kat aku pun apa yang jadi semalam."

Ely menerjah aku.

"Takde apa yang best pun."

"Ala... Kau ni kedekut cerita la."

Ely memuncungkan bibir. Mahu merajuk.

Merajuk la Ely, aku ni yang sedang menangis dalam hati.

Da la kena kahwin paksa. Lepasni kena pregnant terpaksa pulak?

Astaghfirullahalazim.

Erina, bawak mengucap. Jangan cakap macam tu. Anak tu rezeki.

Iya. Aku tak boleh nak buat pape lagi. Kalau pregnant, aku kena terima.

Gembirakan Am, Erina.

Mungkin itu akan merapatkan hubungan aku dan dia. Mesra seperti empat tahun lepas.

Papa, Am yang baik da bertukar jadi jahat, pentingkan diri sendiri dan ego. Seperti mana Erina yang lama mati, Am yang lama juga turut mati.

Takdir, tolong jangan kejam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience