Bab 32

Romance Series 57159

"Nah, request from customer."

Ely memberi aku sekeping kertas request daripada customer.

Aku meneliti ayat-ayat yang tertera.

Nak kena siapkan sebelum lusa?

"Tak sempat ni, Ely. Mana boleh sebelum lusa. Aku nak kena buat design baru. Nak kena cari materials lagi. Baju customer lain pun aku nak kena siapkan."

"Aku nak tolong kau tapi customer ni cerewet. Dia nak kau yang handle."

Aku menepuk dahi.

"Aku boleh buatkan, tapi... Not possible boleh siapkan lusa."

Aku jadi takde mood nak buat apa-apa. Entahlah. Taktau apa yang aku tengah fikir.

Ely memerhatikan aku.

"Kau ada masalah ke? Nampak stress. Kau gaduh dengan dia?"

Aku menggeleng. Tidak. Aku okay je dengan Am setakat ini. Aku da takde lancarkan perang apa-apa.

"Bukan. Aku penat sikit."

Customer ramai sejak akhir-akhir ni. Aku tak menang tangan.

"Boleh tak kau tanya kat customer ni, suruh dia datang kutip hari Jumaat."

Mana aci, tunggu turn la. Kau hantar request pagi tadi, nak kena siapkan lusa. At least bagi aku tempoh lima hari.

"Okay. Kejap lagi aku call dia."

Aku cuma mengangguk. Rasa pening kepala.
. .
. "Reen..."

"Are you okay? Kau nampak macam tak bermaya."

Muka aku pucat. Rasa lemah.

"Aku okay. Cuma kepala aku rasa sakit."

"Customer yang request baju kat kau tu, En. Rizal. Dia nak jumpa kau. Dia ada kat luar."

"Dia datang sini?"

Ely mengangguk.

"Kalau kau tak okay sekarang, aku cakap je kau taknak jumpa sesiapa."

"Takpe. Its okay. Dia datang dari jauh."

Aku cuba menggagahkan diri.

Sampai di ruang menunggu, aku menyapa dia.

"Hai, En. Rizal."

"Erina?"

"Yes."

Aku menjawab sepatah.

"Nice to meet you. Cantik macam dalam majalah. Tapi, real lagi menawan."

Bukan itu yang aku nak dengar. Berhenti memuji aku.

"So, what should I call you? Miss Erina?"

"Puan Erina. I'm married."

Aku menunjukkan cincin di jari.

Dia nampak terkejut.

"I tak tahu yang you da kahwin? Bila?"

Untuk apa kau tahu?

"Perlu ke I jawab soalan peribadi? That's my privacy. You shouldn't know."

Aku bukan mahu biadap. Tapi, kau datang sini sebagai customer yang mahu aku jahitkan baju. Bukan nak selidik hal peribadi aku.

"Cuma nak tahu. I da lama follow perkembangan you. Nampaknya I melepas. You da jadi milik orang."

Stop it. Masa aku tengah single, taknak pulak orang datang nak mengorat. Masa aku da kahwin, ramai yang datang nak hulurkan kenalan.

"So, you datang nak tanya hal peribadi I ataupun nak minta jahitkan baju?"

"Sorry. Sorry. I takde niat nak buat you marah. Okay. I nak request minta jahitkan baju ni, baju mak I. Boleh tak siapkan lusa?"

"En. Rizal, I tak janji. Tapi, I boleh cuba siapkan dalam masa tiga hari."

"Okay. Thank you so much, Erina. Please. I kejar masa. Dan harap you boleh siapkan lusa. I boleh bayar double."

Bukan bayaran double yang aku kejar. Aku rasa tak larat...

"Alright. I'll try. Insyaallah."

Aku rasa macam nak jatuh. Pandanganku berbalam-balam.

"Erina, are you okay? You look pale."

Aku sudah berpeluh-peluh.

Tidak semena-mena, pergerakanku tidak dapat diseimbangkan.

"Erina... Oh my god."

"Reen!!!!"

Sayup-sayup suara Ely menerpa aku.

Aku jatuh. Terkulai. Tidak sedarkan diri. Dunia terasa gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience