Bab 41

Romance Series 57151

Aku memohon maaf kepada Ely. Kerana asyik apply cuti je. Memang itu butik aku. Aku bos. Tapi kami juga rakan kongsi.

Aku taknak bebankan kerja pada dia seorang. Pagi tadi aku call dia. Ternyata Ely terkejut bila dapat tahu aku di Port Dickson.

Dia mahu menemankan aku di sini. Aku menghalang. Tak mahu dia rasa terbeban. Dan tak mahu dia tutup butik disebabkan aku.

"Reen, kau jangan merajuk lama-lama. Kesian Am. Maafkan dia."

Semua orang suruh aku maafkan dia. Habistu, hati aku bagaimana pula?

Aku menatap wajah Am di photo gallery.

Am...

Entah kenapa, terasa ada rindu yang menggebu padanya.

Rendahkan ego kau, Reen.

Telefon bimbit berdering. Wajah Am terpapar di muka skrin.

Aku mengangkat. Mahu mendengar suara dia.

"Hello. Am..."

"Hai Reen... Buatpe tu? Da lunch? Sihat?"

Suara Am serak.

Sepertinya kurang sihat.

"Dah. Am..."

"Yes, Reen."

"Are you alright? Kenapa suara serak?"

"Am demam. Rindu kat Reen."

Dia sakit. Tapi aku di sini. Kejamnya aku. Di saat aku sakit, Am yang jaga aku. Bila dia sakit, aku abaikan dia.

Isteri macam apa aku ni? Aku yang pentingkan diri sendiri.

"Makanlah ubat."

"Am tunggu Reen balik. Balik cepat ye. Jangan lama-lama. I miss you."

"Okay. Take care."

Aku terus mematikan panggilan. Rasa sedih. Aku tak patut biarkan dia keseorangan. Aku cuma mahu dia rasa apa yang aku rasa.

Aku akan pulang. Tunggu Reen, Am.

I miss you too.
.
.
.
Lima tahun yang lepas...

Papa menjemput pekerjanya datang ke rumah. Bagi meraikan kejayaan Amsyar Holdings yang makin terkenal di persada perniagaan antarabangsa.

Malam ini juga, papa mahu menyambut hari jadi aku. Mahu memperkenalkan aku dengan rakan perniagaannya yang lain.

"Erina, malam ni kita sambut birthday Erina sekali. Papa da invite semua pekerja Amsyar Holdings."

"Alaa... Taknak la. Malu la."

Aku mengetipkan bibir. Aku ni dahla kurang suka parti. Lagi-lagi bila meraikan aku. Mana nak sorok muka?

"Join je. Catering semua papa da setelkan. Petang karang akan datang beberapa orang planner untuk setup events malam ni."

"Am pun papa jemput tau."

Papa tersengih memandang aku.

Hmm... Itu yang aku nak elak sebenarnya. Aku taknak bertemu dia lagi. Ada debaran yang aneh setiap kali memandang dia.

Lagipun, aku ada hutang dengan dia. Hutang belanja dia makan.

"Dia datang ke?"

Cehh, ambik tahu nampak?

"Hmm. Maybe yes."

Papa sengaja je nak kenakan aku.

"Am tu single lagi tau. Tak kahwin lagi. Dia baik. Rajin. Berbudi bahasa. Hormat orang tua."

Amboi, puji melambung.

"Papa nak promote dia kat Erina ke? Puji sakan nampak?"

"Kind of. He's very nice. Handsome jugak. Mana la tau kan, Erina berkenan dekat dia. Dia berkenan kat Erina. Jadi menantu papa."

Ishh... Melalut sangat. Aku kenal Am tu pun tak.

"Erina janganlah keras hati. Terima jela mana-mana orang yang nak kenal."

"Taknak la. Tak minat."

"Tengok Am nanti terus minat."

Aku bukan macam tu. Bukan memandang rupa seseorang. Aku juga bukan memilih. Tapi aku melihat seseorang dari hati. Jika Am berjaya buat aku tertarik, maka dia mampu cairkan hati aku yang beku.

"Hmm. Entahlah. Tengoklah macam mana."

Malas melayan papa. Suka sangat puji Am depan aku. Am baik. Am rajin. Am hormat orang tua.

Eleh... Nak ambik hati papa la tu.
.
.
.
Majlis yang ditunggu berlangsung.

Dia datang. Segak berbaju Melayu. Eh jap, macam mana warna baju aku dan dia boleh sedondon?

Kebetulan.

Dari jauh, dia melambai aku.

Cepat-cepat aku menyelinap di celah orang ramai. Dia seperti tercari-cari bayang aku.

Baik aku menyorok dalam rumah.

Baru saja mahu melangkah ke dalam rumah, papa menarik aku.

"Nak pergi mana? Papa nak kenalkan dengan rakan perniagaan papa yang lain."

Alahai. Bukan ini masanya.

"Err. Erina sakit perut."

"Kejap je. Lagipun, kejap lagi dah nak potong kek. Jangan nak lari."

Papa seperti boleh agak aku mahu menyembunyikan diri.

"Jom ke sana."

Aku memandang ke arah yang dimaksudkan. Ada Am.

Aku mengetip bibir. Nak taknak terpaksa ikut.

"I nak kenalkan. Ni la anak I, Erina. Baru je tamat study."

Aku tersenyum manis memandang mereka.

"Cantik anak datuk. Manis."

Hmm. Tak habis-habis nak puji aku melambung. Menyampah.

Am menghampiri aku.

Tak sempat aku nak mengelak.

"Hai Erina. Kita jumpa lagi. Kali ketiga."

Aku memandang dia.

"Awak da lupa janji awak."

Dia berbisik ke telinga aku.

"Saya tak lupa pun, Am. Sorry. Saya takde masa. Busy."

"Happy birthday, Erina. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Saya taktau birthday awak harini. Saya tak bawak hadiah. Tapi saya boleh jadi hadiah untuk awak."

Gelinya hati dengar.

Tapi saya boleh jadi hadiah untuk awak?

Nasib tahi telinga aku tak cair terus.

Ni nak ngorat aku ke apa ni? Aiyoo... Jual minyak pulak mamat ni. Minyak apa? Minyak urat.

Sorry bang. Saya taknak beli minyak.

"Terima kasih. Haha. Awak ni kelakar la."

Aku melihat papa jalan ke depan. Papa mahu buat announcement.

"Terima kasih untuk para hadirin yang sudi hadir. Malam ni, saya Amsyar berbesar hati mahu meraikan kejayaan Amsyar Holdings yang makin dikenali ramai. Dan juga, saya mahu memperkenalkan anak tunggal saya yang manis, Nur Erina."

"Bagi menyambut hari kelahirannya yang ke-24. Jom sayang, kita potong kek kat sana."

Aku kemam tawa. Terasa lucu.

Semua menyanyikan lagu hari jadi. Aduhai, papa. Erina da 24 tahun, bukan 14 tahun. Aku jadi segan di depan tetamu.

Part yang aku paling tak sangka. Nak tahu apa dia?

Am menyanyikan sebuah lagu. Dimainkan bersama piano.

Aku tak sangka dia ada bakat menyanyi dan juga bermain piano.

Am nampak kacak.

Lagu If You're Not The One by Daniel Bedingfield.

Ya Allah. Terharunya. Suara dia mendayu-dayu.

Am memandang aku sambil tersenyum. Dengan renungan yang sukar dimengertikan.

Meaning lagu ni da la mendalam. Macam lagu nak melamar.

Usai dia menyanyikan lagu, dia menghampiri aku.

"Erina... Lagu tadi, hadiah daripada saya untuk awak."

Romantiknya. Aku rasa macam nak pengsan. Am ni pelik. Kadang-kadang kelakar. Kadang-kadang sweet. Aduh...

Aku memegang dada. Terasa debaran kencang.
.
.
.
Aku tersenyum sendirian. Terkenang kenangan lama. Saat mengenali dia. Aku baru terperasankan sesuatu. Harijadi dia. Lagi dua hari.

Aku harus pulang. Aku tak boleh biarkan Am keseorangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience