Bab 44

Romance Series 57151

Aku menyelak muka surat tafsir Al-Quran. Mahu cari erti surah pendek yang aku baca sebentar tadi.

Surah Al-Insyirah ayat 1-8.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad), Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat. Yang memberati punggungmu, Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai, (mengerjakan suatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu, berserahlah.

Amin ya rabbal alamin.

Semoga hubungan aku dan Am terpelihara, semoga Allah lindungi kami dari malapetaka.

Aku menanggalkan telekung. Mata terpandangkan Am yang tercegat berdiri di muka pintu.

Aku tak tegur dia sangat. Masih marah dengan kejadian semalam.

"Reen... Jom makan."

Huh. Ajak aku makan lagi?

Silap-silap aku pengsan lagi gara-gara ubat tidur kau.

"Am makan jela. Reen tak lapar."

Aku lebih rela makan Maggi dari rasa masakan dia.

Serik!

"Marahkan Am lagi ye?"

Memang. Kau harus kena maki. Aku tahu dia suami. Aku kena hormatkan dia. Tapi, ada ke dia hormatkan aku?

"Sedap Reen mengaji. Rasa tenang hati Am. Sejuk tengok muka Reen."

"Hmmm..."

"Reen penat la Am. Nak tidur."

Baru pukul 8.45 malam.

Aku nak mengelak dari berbual dengan dia.

"Am baru nak ajak marathon movie sama-sama. Bosan la tengok sorang."

Aku menayang muka 'ada aku kisah' di depan dia. Takpayah la nak ajak aku.

Hati aku masih panas. Kena sejukkan dulu.

"Tak baik tau buat muka macam tu depan suami. Nanti kalau Am takde, Reen mesti rindukan Am."

Aku terkesan dengan kata-kata dia.

"Janganlah cakap macam tu. Tak suka la. Doa yang baik-baik boleh tak?"

Am tersengih.

"Am gurau jela."

Dia menghampiri aku. Menarik tangan aku.

"Jom la. Tengok movie."

Aku memalingkan muka ke tempat lain. Tiap kali aku marah, dia tahu cara nak pujuk aku.

Aku ikutkan je. Tapi aku tak bersuara sangat. Penat nak gaduh.

"Kita nak tengok citer apa?"

"Tengok citer sedih nak tak?"

Mood aku dahlah tengah tunggang langgang. Kena pulak tonton citer masuk habuk.

"Sukati Am la."

Kalau Am happy, aku pun happy.

Movie berdurasi dua jam tu ternyata buat aku mengantuk.

"Reen..."

"Hmmm..."

Sahutku perlahan dengan mata yang terpejam.

"Kalau Reen free weekend, kita pergi jalan-jalan. Picnic or whatever. Am da lama tak luangkan masa dengan Reen."

"Okay."

Balasku dengan mata yang masih terpejam. Tiba-tiba satu kucupan hinggap di dahi.

Dia ni suka sangat buat aku terkejut.

"Reen ni buat Am teringat kenangan kita masa mula-mula kenal dulu. Berpayung dalam hujan. Indah kan waktu tu?"

Aku mengangguk.

Aku cuma dengar dia berceloteh. Am ni seorang yang suka bercerita. Tapi, bila dia diam pasti ada sesuatu yang tak kena.

Aku jatuh cinta dekat dia saat lengannya dikelar peragut.

Waktu tu beg aku diragut. Dan Am, cuba mahu mengejar. Entah macam mana, salah seorang penunggang motosikal mengelar lengan Am dengan pisau.

Darah berlumuran di kemejanya. Melihat dia gigih mendapatkan beg aku membuatkan aku rasa terharu.

Dia patut pentingkan nyawa dia. Aku risau jika dia ditikam. Kita tak boleh jangka kegilaan orang.

Am hero aku. Selamanya jadi hero hati aku.

Saat itu, baru aku sedar yang aku jatuh cinta pada dia. Dan juga saat berpayung di dalam hujan. Cinta pandang pertama.

Hati aku yang keras berjaya dilembutkan oleh lelaki yang aku tak berapa nak kenal lagi waktu tu.

Aneh bukan? Itulah kuasa cinta yang Allah hadirkan. Sesuatu yang aku tak pernah jangka. Cara pertemuan aku dan dia sangat unik.

Rindunya pada kenangan lama kita, Am.
.
.
.
Aku meminta izin untuk pulang ke rumah mama. Aku rindukan mama.

Am kata mesti aku nak mengadu.

Takla. Macam la aku ni budak kecik nak kena mengadu semua perkara.

"Assalamualaikum, Ma."

"Reen... Balik sorang je ke? Am mana?"

Baru nampak muka aku je da sibuk tanya mana menantu kesayangan.

Mengapa semua orang sukakan Am eh?

Sebab Am baik?

Cuma Reza bencikan Am. Ketara sangat.

"Am busy. Reen yang nak datang sini. Nak peluk mama. Rindu kat mama."

Aku peluk mama seerat yang mungkin.

"Bagitau dia tak?"

"Yes. Reen mintak izin. Am okay je."

"Datang sini ada berita baik ke?"

Aku mengerutkan kening. Buat-buat kurang faham dengan soalan mama.

"Bila nak bagi mama cucu?"

Tiba-tiba aku terbatuk. Itu pulak yang ditanyakan.

"Insyaallah, Ma. Kalau ada rezeki."

Jawapan paling selamat.

"Malam ni nak tidur sini boleh tak?"

"Am tak marah ke kalau Reen kat sini? Kesian Am sengsorang."

"Entah. Tak tanya dia lagi."

Aku mendail nombor telefon Am.

"Hello. Yes, Reen."

Dia mengangkat panggilan. Nada suaranya serius.

"Reen nak mintak izin tidur sini boleh? Rindu dekat mama."

"But I miss you too. And I need you."

Alaa... Macam tak bagi je.

"Am izinkan. Tapi untuk malam ni je okay. Esok balik rumah. Boring la kalau Reen takde. Hidup Am jadi sunyi."

"Am boleh datang sini jugak."

Aku mahu meluangkan masa dengan mama. Sekejap pun jadi la.

"Tak sempat kot. Am balik lambat. Nak setelkan paperwork. Take care. Jangan tidur lambat. Bye, love you."

"Alright. Bye."

Aku memandang mama. Lantas senyum.

"Am bagi."

Mama menggelengkan kepala melihat telatah aku.
.
.
.
Aku duduk bersahaja di hadapan kolam renang. Memandang bintang di langit. Ternampak wajah Am melambai-lambai.

Bila dia tiada di depan mata, aku rasa rindu.
Bila dia ada, aku rasa nak marah.

Mama melabuhkan punggung di sebelah aku.

Mug berisi Horlicks panas dihulurkan.

"Fikirkan apa, Reen?"

"Nothing."

"Gaduh dengan Am eh?"

Aku menggeleng. Cuba menafikan.

"Mama dah lama makan garam. Mama boleh agak."

"Entahlah, Ma. Reen da mula sayangkan dia. Tapi Reen takut nak pergi jauh."

"Am masih tak ceritakan sebab kenapa dia tinggalkan Reen ke?"

Aku menggeleng.

"Reen taknak paksa dia lagi. Kalau dia nak bagitahu, dia boleh cakap direct. Tapi bila dia cuba mengelak, mungkin dia taknak lukakan hati Reen. Ataupun ada rahsia besar yang Reen tak patut tahu."

Aku cuba berfikiran secara rasional.

Am pasti ada sebab tersendiri. Aku kenal Am bukan sehari dua. Memang aku marah dengan cara dia, tapi apa yang dia selalu buat bersebab dan tepat dengan tindakan dia.

Am bijak. Bukan seperti kebaanyakan lelaki lain. Cuma, mungkin dia tersasar dengan tindakan dia. Entahlah.

Am bukan lelaki yang suka permainkan perempuan. Kalau dia jahat, mesti dia da sentuh aku dari hari pertama kami kahwin. Aku hak dia.

Jadi, aku perlu usir rasa marah jauh-jauh.

"Kalau rasa marah, banyakkan bersabar dan bertenang. Reen jangan emosi ye. Mama doakan Reen dan Am dipermudahkan segala urusan."

Mama menggenggam tangan aku.

Patutlah papa sayangkan mama. Pemikiran mama tak macam aku. Mama lebih berfikir secara matang.

Aku adalah Erina yang selalu mengikut kata hati.

Dan aku rasa... Ada sesuatu yang akan berlaku. I trust my instinct.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience