Bab 6

Romance Series 57151

"Erina..."

Suara itu. Dia jejakkan kaki ke dalam butik aku.

"Jom kita lunch sama."

Ajak aku lunch? Dia ni hati kering kan? Dahlah muncul tetiba. Paksa aku kahwin dengan dia. Sekarang berani nak ajak aku makan sama? Hentikan.

Aku menyeterika baju di hanger. Memekakkan telinga.

"Erina..."

"Nama Erina tu saya taknak dengar lagi. Maaf, encik. Cukuplah."

"Kenapa Erina masih nak berformal lagi dengan Am? Marah? Sakit hati lagi?"

Aku menatap dia tajam.

"Encik takde hak nak tahu apa saya rasa. Kan saya cakap saya da maafkan. Dahlah tu."

"Am takkan puas hati selagi Erina letakkan jarak antara kita."

Dia ni memang tak faham bahasa atau buat-buat tak faham?

"Takpela kalau masih nak marah, ego. Kita tengok apa yang bakal jadi lepas kita kahwin. Erina akan jadi milik Am selamanya."

Nak cabar aku? Jangan harap.

Dia berlalu pergi dan masuk ke dalam kereta. Kereta berderum laju tinggalkan perkarangan butik.

Nampaknya kau masih tak berubah, Amir Rizqi.

Aku melihat bayang dia pergi dengan rasa yang sarat dendam. Perkahwinan kita takkan indah, Am.
. .
. "Reen... Dinner karang mama dah set dengan parents Am. Diorang akan datang sini kejap lagi."

Aku tengah bermalasan di depan televisyen. Terkejut.

Aduh, malaslah nak menghadap muka diorang. Mama tak pernah nak faham aku.

"Ma, kenapa tak cakap awal-awal? Kalau Reen tahu, Reen takkan balik rumah ni malam ni."

"Nur Erina... Mama ada satu permintaan, tolong maniskan muka di depan mereka. Jangan jadi manusia biadap."

Aku cuma biadap bila aku kena tindas. Not fair untuk aku bila Am buat aku begini.

"Ma...."

"Tolong... Ni je permintaan mama."

"Yela... Yela..."

Aku terus berlari menaiki tangga ke bilik. Tak suka mama menggunakan psikologi.
. .
. Orang yang ditunggu tiba.

Mak ayah Am. Adik perempuan Am, Misya. Dan Am.

"Erina... Lama dah auntie tak jumpa Erina. Sihat?"

Aku menguntumkan senyuman manis untuk mak Am. Family dia baik. Tak macam dia, jahat.

"Reen sihat je auntie. Auntie apa khabar?"

"Auntie sihat. Rindu sangat dekat Erina."

Mak Am memeluk aku erat.

Aku menjemput mereka duduk ke meja makan. Misya memeluk aku.

Lama tak tengok wajah Misya. Dah makin besar budak ni.

Dan Am, entah macam mana aku boleh bertentang mata dengan dia. Serta merta senyuman di bibir mati tiba-tiba.

Segak dia berbaju Melayu hijau muda.

Sikitpun aku tak mempelawanya duduk.

Dia mendekati aku. Lalu berbisik di corong telinga.

"Erina, awak nampak manis malam ni berbaju kurung."

"Dua minggu lagi kita akan kahwin. Saya tak sabar nak tunggu saat tu. Awak tak boleh lari lagi."

Aku terkedu.

Dua minggu lagi? Bukan sebulan ke? Mama tak cakap pun nak percepatkan majlis?

Aku menjeling dia.

Aku tak rasa happy langsung. Rasa macam nak lari dari rumah sekarang juga.

Mama memerhatikan aku dari jauh.

"Reen, apa yang tercegat dekat situ? Ajaklah Am makan sama."

"Jemput duduk dan makan, encik."

Makan pun nak kena jemput. Kau bukannya raja.

"Sendukkan sekali nasi tu. Nanti dah kahwin takdela rasa kekok."

Mama ni asyik perli aku je. Siapa yang nak kahwin dengan mangkuk hayun ni?

"Cukup tak? Ke nak saya tambah lagi nasi?"

Am senyum. Kau senyum eh? Siap kau.

Aku meletakkan lauk dan part yang paling penting sambal belacan. Sambal belacan ni aku buat tak letak gula. Padan muka kau, Am. Aku tahu dia tak makan pedas.

"Semua lauk ni Erina yang masak."

Ishh.. Mama ni beragak la. Tak payahlah nak up kan aku depan diorang.

Aku mengulum senyum. Duduk berhadapan di depan dia.

Aku tahan gelak. Muka dia berkerut tahan pedas. Padan muka kau. Tadi senyum sangat kan? Biar kau cirit birit.

"Reen, kenapa sambal belacan ni pedas sangat. Mama tak tahan la."

Aku melihat mama menggapai air.

"Eh yeke? Agaknya Reen lupa nak letak gula. Sorry."

"Kesian dekat Am, dia kan takleh makan pedas."

Mama menyampuk kata.

Hmm. Aku memang sengaja pun. Itu balasan untuk orang yang tahu sakitkan hati aku. Biar bibir kau pijar.

Aku menghulurkan segelas air sirap selasih kepada dia. Karang tak pasal mati tercekik anak orang ni. Aku taknak dilabel pembunuh.

Selesai makan, aku terus ke dapur. Membawa diri ke situ. Taknak bergaul dengan mereka.

Mama buat aku terasa, bukan nak bagitau lagi dua minggu. Sungguh, aku mahu lari jauh.

"Am ni yang tak sabar nak kahwin. Tu yang nak percepatkan lagi."

Ayah dia bersuara.

Dua minggu lagi aku akan jadi isteri dia. Aku seka air mata. Rasa tu dah takde lagi.

"Majlis macam mana ye? Hantaran semua?"

"Kita buat kat hotel jela, auntie. Am da booking awal. Hantaran lama Am masih simpan. Tapi taktau la kalau Erina sudi lagi ke tak, guna hantaran lama."

Dia menjeling aku dari ruang tamu. Aku taknak ambik tahu apa-apa. Biar mama yang uruskan.

"Takpe... Erina tak kisah. Kami pun masih lagi simpan hantaran tu."

What? Mama masih simpan? Aku ingatkan dah lama buang. Kalau aku tahu masih ada, dah lama aku bakar.

"Auntie, tentang duit hantaran saya nak bagi Erina 30k."

30k? Untuk tebus harga diri aku ke? Untuk kembalikan maruah family aku yang kau pijak?

Kau ingat duit sebanyak itu boleh beli cinta aku yang hilang? Aku tak perlukan duit kau.

Duit tu boleh tebus air mata aku yang banyak gugur ke?

Hentikan, Am.

Aku rasa kecewa. Aku takut... Takut dia akan tinggalkan aku lagi sehari sebelum perkahwinan.

Tak sanggup nak dengar perbualan mereka. Lalu, aku membawa diri ke belakang rumah. Duduk di depan kolam renang. Memejamkan mata. Cuba menenangkan diri.

Papa, Reen taknak kahwin dengan Am. Dia jahat. Dia dah lukakan hati Reen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience