Bab 37

Romance Series 57151

"If it's meant to be, then it will be."

Aku memetik kata-kata dari novel cinta yang aku baca.

"Larilah sejauh yang mungkin, jika dia memang ditakdirkan untuk kau, dia akan kembali."

Persoalannya, macam mana kita nak tahu dia jodoh kita yang sebenar?

Kenapa orang sekarang, hanya tahu bercinta dan kahwin, setelah kahwin bila dilanda badai tak mampu nak pertahankan bahtera mereka?

Seperti aku dan Am. Kami terpisah, kemudian kembali bersama. Apa pengakhiran kami berdua? Bahagia selamanya?

Aku tak tahu.

Aku keliru.

Aku takut pada perkahwinan. Takdir menakutkan. Allah lebih tahu.

Aku meletakkan buku di tepi. Memandang jauh ke luar tingkap.

Am keluar dari bilik air. Memandang wajah aku yang sepi.

"Reen..."

Aku menoleh.

"Termenung jauh."

Aku senyum pahit.

Am memandang novel di tepi aku.

"Kan Am da cakap jangan baca novel cinta. You're thinking too much, dear."

Apa salah novel ni?

"Salah ke baca?"

Aku melihat Am mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Salah."

Aku membuat muka.

"Lepas Reen baca, mula la fikir yang bukan-bukan."

"Boringlah Am ni. Buku pun tak suka. Suka nak sakitkan hati orang je kan."

Aku bengang. Sukati aku la suka baca novel.

Am melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Sebab Am nampak yang Reen jenis cepat berangan. Teringin nak jadi novelis ke?"

Ni yang aku tak suka.

Dia suka perli aku. Geramnya.

"Apa salahnya berangan? Percuma kan? Reen tak pandai menulis. Tak teringin pun nak jadi penulis. Baca pun salah. Benci la cakap dengan Am ni."

Aku mahu bangun. Dia menarik tangan aku untuk duduk kembali.

"Merajuk?"

Aku menjeling tajam.

"Jeling. Nanti mata jadi juling."

Aku memuncungkan mulut.

"Muncung. Nanti jadi muncung itik."

Ada je tak kena. Suka sangat kenakan aku.

"Reen tahu menjahit je."

"Dan tahu buat Am rasa berdebar."

Aku terus pandang Am. Tak sangka dia akan cakap macam tu.

"Itu Am yang rasa. Reen tak rasa macam tu pun."

Am mengeluh panjang.

"Macam mana nak buat Reen cintakan Am kembali?"

Aku menjongketkan bahu.

"Mampu ke? Reen da lock ketat-ketat. Takde siapa yang mampu tembus lagi."

"Termasuk Am?"

"Yes. Am pun tak mampu."

Am senyum meleret.

"Jangan yakin sangat, sayang."

"Kalau berani cuba la. I will hurt you."

"Yeke? Am tahu macam mana nak buat Reen sayang kat Am balik."

Huh. Apa dia?

Tanpa sebarang isyarat, dia mengucup bibir aku dengan lembut.

Damn you, Amir Rizqi.

Dia tersenyum kemenangan.

"Am tahu... Reen akan kalah kalau Am buat macam ni kan?"

Mana aci. Ni kali ketiga dia berani curi cium aku.

Tanpa sengaja, aku menampar pipi dia.

Am terkejut. Aku juga terkejut. Kenapa aku pergi tampar dia?

"Reen..."

Tanpa sedar, air mata aku jatuh.

"Jangan permainkan Reen lagi boleh tak? Tolong... Can you please respect my feelings?"

"Am... I'm so sorry, Reen. Am ingatkan yang..."

Aku meletakkan jari di bibir dia.

"Am boleh usaha untuk ambil hati Reen, tapi jangan paksa Reen. Jangan fikir Reen perempuan yang mudah. I'm not easy, Am. Memang... Memang Reen nampak mudah suka dekat Am satu ketika dulu. Dalam banyak-banyak lelaki, Reen mengaku yang Am je yang berjaya buka hati Reen."

Aku bingkas bangun.

"I'm sorry, Am. Bagi Reen ruang dan masa boleh?"

Aku keluar dari bilik.

Am memandang aku dengan rasa yang berbaur.

Erina, apapun yang jadi, Am takkan mengalah. Am takkan lepaskan Erina ke tangan Reza. You are mine.
.
.
.
Family Am tak stay lama. Ayah kurang sihat. Kena selalu pergi check up di hospital.

Dan aku... Kebosanan sendirian. Misya da balik. Taktau nak bergurau senda dengan siapa lagi.

Am da tak tegur aku macam biasa. Sejak insiden semalam yang aku menampar pipi dia. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tampar dia.

Marah? Malu? Entahla.

Sekarang, biar aku yang mainkan rentak aku.

Kau perlu ikut rentak aku, Am. Kalau kau memang sayangkan aku, kau kena hadap semua kerenah aku.

Susah sangat ke nak explain kat aku apa yang jadi sebenarnya? Kenapa lelaki ni selalu ego eh?

Kalau Am terangkan cerita sebenar, mungkin aku takkan marah dia. Mungkin aku akan anggap yang kami takde jodoh.

Tapi, dia datang cari aku akhirnya. Dia jodoh aku. Aku terima dia. Walaupun, aku masih marah. Dan, aku taktau rasa marah aku sampai bila.

Kau perlu tahu sejukkan hati aku, Am. Jangan biarkan kedinginan aku berlarutan. Kalau tak, kau yang akan menyesal.

Tolong jangan rumitkan keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience