Bab 33

Romance Series 57151

Aku membuka mata. Tersedar dari lena. Memerhatikan keadaan sekeliling. Sepertinya di hospital. Wayar berselirat di tangan.

What happened?

Pintu tandas terbuka. Terpacul wajah Am. Dia menghampiri aku.

"Erina... Finally sedar jugak. Am risau sangat. 24 jam Reen tak sedarkan diri."

24 jam? Lamanya aku tidur.

"Reen pengsan?"

Am mengangguk.

"Apa jadi sebenarnya? I can't remember."

Seingat aku, kali terakhir aku di butik, berbual dengan En. Rizal, kemudiannya aku tak mampu ingat apa-apa.

"Pengsan kat butik. Dehydration."

Aku memandang Am.

"Reen tengah stress ke? Apa yang Reen fikirkan?"

Am mengeluh panjang.

"Sebab Am ke?"

Aku diam.

Yes. Aku overthinking. Terlalu memikirkan hal aku dan dia.

"Reen..."

Am memegang tangan aku.

"I'm here."

Aku meleraikan pegangan. Aku takut bila dia mendekati aku. Mimpi tu seakan nyata. Tak... Aku tak boleh terlalu rapat dengannya.

Aku takut dia tinggalkan aku. Sekali lagi.

"Can we not talking about this?"

Am mengelus rambut aku.

"Okay. Am taknak ganggu Reen. Get some rest."

Seraya berkata begitu, Am keluar dari bilik. Tinggalkan aku sendirian. Dia nampak kecewa dengan sikap aku.
.
.
.
Ely datang melawat. Semua orang risaukan aku. Semalam mama dan family Am ada datang melawat.

Aku taktau apa penyebab aku jadi macam ni. Mungkin kurang rehat. Kekurangan air di dalam badan.

"Nah. Makan limau ni. Elok ada vitamin C. Kau tu bukannya gemuk. Tak bermaya je aku tengok."

Ely menghulurkan limau. Dan aku mengambil dari tangannya.

"Pasal baju customer tu kau jangan risau. Aku yang akan take over. Aku da cakap En. Rizal kalau dia still nak kau jahitkan, kena bagi masa seminggu. Tapi kalau dia rushing nak cepat, aku yang akan jahit. Don't worry, Reen. Kau boleh rest je. Don't think too much."

Aku mengangguk.

"Am mana? Dia merajuk dengan aku ke?"

Ely tersengih.

"Risau jugak kau kat dia eh?"

Aku menarik muka. Ely ni... Aku takde masa nak bergurau senda.

"Takdela. Am pergi kafe kot. Aku suruh dia pergi makan. Muka dia serabut. Terlalu risaukan kau."

Aku mengangguk tanda mengerti.

"Ely, tekak aku nak air Milo sejuk. Boleh tak kau belikan?"

Milo je boleh kembalikan tenaga aku.

"Okay. Lagi?"

"Tu je kot."

Ely bangkit dari kerusi.

"Aku pergi kafe kejap. Kalau kau perlukan apa-apa, panggil nurse. Tekan butang kat wayar ni okay?"

Aku menggangguk.

Sebenarnya aku mahu bersendirian. Saja menggunakan alasan teringin nak minum air Milo sejuk. Tidak mahu Ely mengasak pertanyaan.

Cukup. Tentang soal hati, biar aku yang langsaikan sendiri.

Aku merenung jauh ke arah luar tingkap. Dalam posisi berbaring, aku memerhatikan bangunan di luar hospital.

Pintu bilik terkuak.

Seseorang muncul. Pasti Am. Bunyi tapak kasut kedengaran.

Aku pura-pura memejamkan mata.

"Hai Reen."

Suara itu. Sepertinya suara Reza!

Aku memusingkan badan. Tepat jangkaan aku.

Apa kau buat kat sini, Reza? Kejap lagi Am balik, mati kau kena sembur.

"Reza."

Dia tersenyum.

"Macam mana kau tahu aku ada kat hospital?"

Reza diam.

"Kau kenapa Reen? Am tak jaga kau baik-baik ke?"

"Not his fault. Aku cuma letih. Banyak kerja."

"Dulu kau tak macam ni pun. Sentiasa energy. Tell me, kau tak bahagia dengan dia kan? Dia buat kau sedih kan?"

Aku tak tahu nak jawab apa. Soalan Reza, soalan perangkap.

"Jangan sibuk hal aku. Aku happy atau tidak, bukan masalah kau. Kau tu cuma kawan aku. Remember."

Wajah Reza berubah.

Asyik aku nak jaga hati orang, orang lain enak sembur aku bukan-bukan.

Kalau tak tahu pape, diam je. Jangan memandai nak buat andaian sendiri. Membawang sungguh.

"Huh. Kau nak cover Am? Da jatuh cinta?"

Apa masalah kau yang sebenarnya, Reza? Datang nak menyakitkan hati aku. Nak serabutkan pemikiran aku. Get lost.

"Aku bahagia. Sangat."

Itu yang kau nak dengar dari mulut aku kan?

"Kau tipu. You are not happy with him."

Diamlah, Reza.

Pintu bilik terkuak. Aku da cuak. Am ke?

Ely memandang kami.

"Reza. Kau buat apa kat sini? Am ada kat sini. Kau nak bertekak dengan dia ke? Baik kau blah sekarang. Sebelum dia sampai."

Reza menjeling Ely.

"Aku datang sebagai kawan. Tak salah kan datang jenguk Reen?"

Memang la tak salah. Tapi, wrong timing. Buat hal la Reza ni.

"Kau boleh tak keluar dulu? Aku ada hal nak cakap dengan Reen."

Ely memandang aku. Lama. Dan menurut saja kata-kata Reza. Baru saja ingin membuka pintu, terpacul wajah tenang Am.

Habislah. Perang besar. Masalah. Masalah. Masalah.

Tak guna kau, Reza.

"Wow. What a surprise! Datang nak melawat skandal ke?"

Ni yang aku kurang gemar. Aku bakal tersepit di tengah.

Dua orang lelaki yang menyusahkan hidup.

Reza tersenyum sinis.

"Suami jenis apa macam kau ni, tak percayakan isteri sendiri. Kesian Reen jadi isteri kau."

"Kau siapa? Kau orang luar. Kau boleh balik. Dia isteri aku. Tahulah aku nak jaga macam mana."

"Kau tak layak untuk Reen."

Cukup, Reza. Hentikan. Sebelum aku naik angin.

"Kau tu cuma kawan baik dia. Sedar sikit."

Am mula jadi sinis.

"At least aku tak selfish macam kau. Datang dan pergi macam takde benda. Kau buang Reen, lepastu kau kutip balik. Reen sampah yang boleh dikitar semula ke?"

Am mendengus.

"Sekurangnya aku recycle. Tak buang terus."

Am! Tergamak kau cakap aku sampah? Sampai hati.

Aku menahan sabar. Tunggu masa nak meletuskan lava gunung berapi.

"Huh. Kau selfish."

Dua mangkuk hayun ni memang nak kena.

"Kau suka isteri aku kan? Kau nak rampas dia dari tangan aku kan? Mengaku jela, Reza."

"Sukati aku la. Aku nak dekat dengan Reen. Aku kenal dia sebelum dia kenal kau."

Am melangkah ke arah Reza. Sepertinya mahu menghadiahkan buku lima.

"Kau tercabar ke, Amir Rizqi?"

"Reza!!!! Stop it. Kau berambus dari sini."

Aku menghalau Reza.

Aku membaling bantal ke arah Reza. Keduanya menyakitkan hati.

"Am!!! Sudah. Jangan layan Reza. Please..."

Suara aku makin lemah. Aku baru nak sembuh, tapi mereka da buat drama dan timbulkan kekecohan di depan aku.

Dan aku... Terasa berdenyut di kepala. Ely menjerit. Menerpa ke arah aku.

"Reen!!!!"

Tiga mata memandang aku. Aku kembali tidak sedarkan diri.

It's all your fault, Reza. Kau sengaja datang timbulkan kekecohan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience