Bab 17

Romance Series 57151

Am menghantar aku ke butik.

Dari pagi tadi aku cuma mendiamkan diri, tanda memprotes.

"Erina..."

Aku memekakkan telinga.

"Marahkan Am ke?"

Diam. Membuang pandang ke luar tingkap.

"Am cuma nak kita rapat macam dulu. Am taknak Reza ambil peluang."

Peluang apanya?

Aku kan da kahwin dengan dia. Nak apa lagi? Tak mungkin Reza ada hati dengan aku.

"Am sayangkan Erina. I don't want to lose you."

Aku buat muka tak tahu. Seolah tak dengar apa yang dia katakan.

Kami tiba di destinasi yang dituju.

Aku mahu membuka pintu kereta.

"Taknak cium tangan Am ke?"

Taknak. Buat apa salam tangan kau.

"Dosa tau masamkan muka dekat suami. Cepat salam."

Aku mendengus.

Dia suka buat aku rasa serba salah.

Aku menyalaminya juga. Nak taknak.

Am senyum.

"Macam tu la. Dah, cepat pergi keje. Have a nice day, sayang. Nanti nak balik, Am datang jemput tau."

Aku menjeling dia. Lantas, keluar dari keretanya.

Masuk je dalam butik, aku menghentakkan kaki sekuat hati beserta dengan jeritan padu.

"Arghhhhhh!!!!!!"

Ely terperanjat.

"Woii... Kau da kenapa? Da kena sampuk ke balik dari honeymoon?"

Aku memandang Ely macam nak telan.

"Memang. Memang aku dah kena sampuk dengan si setan Amir Rizqi."

Aku mengepal jari jemari. Bengang.

"Sabar. Bertenang. Duduk dulu. Aku buatkan kau air."

Ely berlalu ke pantri.

Aku melabuhkan punggung ke sofa. Menarik nafas panjang.

"Nah air untuk kau."

Aku mencapai mug dari tangan Ely.

"Apa masalahnya ni? Cuba citer kat aku."

"Am... Reza..."

Aku sedang menahan sabar.

"Am aku faham. Tapi... Apa kena mengena dengan Reza?"

"Reza cari pasal dengan Am. Dia datang rumah kami semalam, serang Am."

"Reza datang rumah kau? Rumah baru kau? Mana dia tahu alamat rumah baru kau?"

Iya tak ye jugak. Mana dia tahu eh?

Suspicious Reza ni.

"Entahlah. Dia nak cari gaduh dengan Am. Am bertekak dengan dia. Kau tahukan Am ni cemburu buta sikit?"

Aku mengeluh.

"Am cemburukan Reza. Dia tuduh Reza ada skandal dengan aku. Kau tahukan aku kenal Reza lama dari aku kenal Am? Dia tu macam kau jugak, best friend forever."

"Now aku faham, kenapa Am cemburu tengok Reza."

Aku mengerutkan dahi. Kurang mengerti maksud Ely.

"Come on, Reen. Buka mata kau besar-besar. Reza tu memang sukakan kau."

Satu kenyataan yang aku mahu sangkal.

Tak mungkin.

"Kau pun macam Am. Nak tuduh Reza bukan-bukan?"

"Kau nak backup Reza kenapa? Am berhak cemburu. Dia suami kau. Reza cuma kawan baik kau."

Ely membidas aku kembali.

"Aku kenal la Reza macam mana, aku bukan perempuan idaman dia."

Ely tergelak. Sinis sekali.

"Reen. Kau kena ingat, kau rapat dengan Reza. Cinta tu boleh berputik bila-bila masa. Tanpa kau duga. Mungkin tak pada kau, tapi pada dia. Kalau dia cintakan kau dalam diam, bukan kau tahu pun. Perasaan, Reen... Sesuatu yang kau tak boleh nak bendung. Kalau Reza sukakan kau sekalipun, kau rasa dia mampu kikis perasaan tu pergi ke?"

Aku tersentak dengan kata-kata Ely. Boleh jadi jugak. Tapi aku rasa mustahil.

"That's why aku cakap bila Am nampak Reza, dia cemburu. Dia lelaki. Dia tahu macam mana cara lelaki sukakan perempuan."

"No way. Impossible."

Aku menggelangkan kepala.

"Kau pasti? Kau kena tanya Reza sendiri. Setelkan hal ni cepat-cepat. Kau baru kahwin dengan Am. Jangan musnahkan rumahtangga hanya kerana orang ketiga."

Kata-kata Ely terkesan di hati aku.

Nanti aku tanya Reza. Aku harap Reza takde simpan perasaan pada aku.

Kalau tidak, Am takkan biarkan aku keluar dengan kawan-kawan aku lagi.

Aku mengeluh panjang.
.
.
.
Senja beransur tiba. Banyak sangat request daripada customer.

Aku pulang lewat harini.

Tadi, aku da call Am. Suruh dia jemput lepas maghrib.

"Reen. Kau tutup kedai jap lagi ke?"

"Aah. Am jemput. Aku lupa nak mention kat kau Ely. Mulai hari ni, dia akan hantar dan jemput aku."

Ely tersengih.

"Wahh, sweetnya."

"Banyak la kau punya sweet. Dia taknak aku jumpa Reza. Aku taktau apa yang dia nak terancam sangat dengan Reza tu. Dari segi rupa, Am menang. Dari segi hati pun Am pernah menang."

Perkataan 'pernah' aku perlahankan. Satu ketika dulu.

"Rileksla. Cemburu tandanya sayang."

Yela. Aku tahu cemburu tandanya sayang. Tapi... Nak cemburu dengan Reza, beragak la.

Aku takkan jatuh hati pada Reza. Sebab aku da letakkan hati aku sepenuhnya pada Am. Satu ketika dulu.

Akan datang aku taktau la. Tak mungkin, sebab aku dah kahwin dengan Am.

Walaupun cinta itu da hilang, tapi ia tetap pernah ada. Pernah wujud dalam hati. Dan untuk musnahkan sesuatu yang kita rasa sukar, it takes a longer time.

Once aku da cakap sayang, selamanya sayang. Cuma rasa cinta empat tahun lepas da takde lagi.

"Kau ignore apa-apa pasal Reza buat masa sekarang. Fokus dekat Am. Jangan buat dia marah. Sabar. Kalau kau masih pendam amarah kau, lepaskan semuanya rasa hati kau. Luahkan lagi elok dari kau menjeruk rasa."

Ely memang seorang kawan yang baik. Sentiasa bagi advice yang berguna dekat aku.

"Take it slow, Reen. Memang sekarang kau sakit hati dengan Am. Marah. Sedih. Rasa nak bunuh dia. Tapi... Bila kau sedar kau perlukan dia, aku takut kau kehilangan dia. Masa tu nak menyesal pun tak guna."

Mata aku da berair. Kenapa Ely cakap macam tu? Buat aku rasa hiba.

Ely pegang tangan aku.

"Apa-apa yang bakal berlaku, kau bincang dengan elok. Jangan lawan kata dia, Reen. Tak baik untuk seorang isteri ingkar kata-kata suami. Ingat, syurga kau bawah telapak kaki dia."

Aku termenung dengan kata-kata Ely. Mendalam.

"Ely, sometimes, aku rasa... Kau patut jadi pakar cinta. Takpun pakar kaunseling. Nasihat kau terlalu bermakna untuk aku. Thanks Ely. Kau sahabat dunia akhirat."

Aku memeluk Ely. Dia je yang faham apa aku rasa.

"Anything for you, Reen. Aku nak tengok kau happy. Kau da bersama dengan lelaki yang kau pernah cinta. You should be happy. Aku cuma nak tumpang rasa bahagia kau. Kau tahukan yang aku pernah rasa kehilangan? Aku takkan kahwin. Sebab hati aku pergi bersama cinta dia. Mungkin jodoh aku dengan dia kat syurga."

Mata Ely mula berair. Siapa sangka orang yang selalu tersenyum gembira, banyak menyimpan mendung dalam duka.

Aku doakan Ely cepat bertemu jodoh di dunia ini.
.
.
.
Am muncul di muka pintu butik.

"Erina... Jom balik."

Aku memandang Am. Wajah dia nampak letih.

"Ely da balik ke?"

"Aah. Baru je 5 minit dia balik."

Aku menyusun semua dokumen ke dalam fail yang berkaitan.

"Am penat ke? Give me keys. Let me drive."

"Takpe. Am okay je ni."

"Okay. Da jom. Reen nak turn off semua elektrik."

Am bangun. Jalan beriringan dengan aku.

"Am..."

"Yes."

"Kita singgah kedai makan jap boleh? Tapau. Reen tak sempat nak masak. Penat sikit harini."

Aku harap dia mengerti. Aku tak larat nak masak apa-apa harini.

"Okay. Kita makan situ jela. Balik boleh terus tidur. Am pun penat sangat."

Kami berhenti makan di kedai yang berdekatan dengan area rumah.

Seorang pelayan mendekati kami.

"Order?"

"Nasi goreng kampung ada? Nak pedas."

Am juga memesan menu yang sama. Cuma kurang pedas.

"Limau ais dua. Thank you."

Am senyum pandang aku.

"Kenapa senyum?"

"Reen tak pernah berubah. Am masih ingat favorite Reen. Nasi Goreng Kampung dan Limau Ais setiap kali kita keluar dating."

Muka aku mula bertukar kemerahan.

Masakan aku lupa saat aku dan dia bercinta dulu. Memang manis. Tidak setawar sekarang.

Tak banyak yang kami bualkan. Am bercerita, aku lebih banyak mendiamkan diri. Rasa kekok selepas empat tahun tak bertentang mata dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience