Bab 30

Romance Series 57159

"Erina..."

Sayup-sayup suara Am melaung nama aku.

Aku ke ruang tamu.

"Ada apa Am?"

"Nothing. Come. Duduk sebelah Am."

Aku tidak berganjak. Am mengerutkan kening.

"Kenapa ni? Something interrupt your mind?"

Iya. Mimpi semalam menganggu aku.

"Meh la. Temankan Am tonton TV."

Aku menggeleng. Lantas menunduk.

"Nur Erina..."

Panggilan nama penuh bermakna aku harus ikut perintah dia.

"Come here..."

Aku duduk juga di sebelah dia.

"Tell me. Kenapa?"

"Reen mimpi. Mimpi ngeri. Reen takut nak dekat dengan Am. Dalam mimpi tu, Am ditarik pergi. Tinggalkan Reen. Jasad Am hilang, berkecai. Jadi abu. Reen takut sangat."

Am menatap mata aku.

"Its just a dream. Don't think too much. Look at me... I'm fine. Am ada kat sini."

Sebab tu aku takut nak dekat. Takut dia ditarik pergi.

Sebuah ciuman singgah di dahi.

"Takut lagi tak?"

Terkebil-kebil aku memandangnya.

"You are so cute, Reen. Jangan buat muka macam tu lagi. Geram tengok."

Aku menarik muka.

"Tarik muka pun jangan."

Habistu aku nak buat muka yang macam mana?

"Nak kena jadi ogre ke? Burukkan muka macam Princess Fiona, isteri Shrek."

Am gelak.

"Fiona tu lawa la. Dia cuma kena sumpahan. Tapi bila kena kiss terus jadi cantik balik. Ciuman cinta sejati. Bukan nafsu."

Eleh. Mana ada cinta sejati dalam dunia ni. Karut. Dan juga mana ada ciuman cinta sejati. Itu nafsu.

Dia ingat aku ni budak kecik ke nak kena tipu? Budak-budak percaya la cerita dongeng. Aku ni percayakan realistik. Something that I have to deal.

"Kalau macam tu. Tutup mata, nak tengok jadi Princess Fiona atau Ogre."

Aku malas nak melayan. Gatal.

"Sukati Am la. Reen nak naik bilik. Mengantuk."

Itu je alasan untuk aku larikan diri. Sebelum dia menggila. Aku takut dia melebih.

"Nak lari lagi?"

"Mana ada."

"Cakap jela takut."

Aku tutup kedua belah telinga. Taknak dengar. Am da mula ke perangai lama. Sarkastik.
. .
. Harini aku lihat Am terlebih ceria. Menang loteri kot tu yang happy semacam.

Pagi-pagi buta dia da memasak sesuatu di dapur. Harumnya bau. Macam bau aroma nasi lemak je.

"Am, masak apa tu?"

Dia menoleh.

"Nasi Lemak."

Ringkas saja jawapannya.

"Pagi-pagi buta macam ni? 6.30 pagi?"

"Tetiba nak makan Nasi Lemak."

Aku berdiri di sebelahnya.

"Nak Reen tolong pape tak? Sambal da tumis?"

Am menggeleng.

"Apa lagi yang tak lengkap? Kenapa tak cakap dari malam tadi? Kalau tak, Reen prepare bahan-bahan."

Dia diam.

Aku membuka peti ais, mengeluarkan sambal, ikan bilis dan beberapa bahan lain.

"Kan boleh beli je kat kedai. Gigih betul Am ni."

"Beli kat kedai, tak sama dengan air tangan sendiri."

"Sejak bila Am pandai masak?"

Sengaja mahu ingin tahu.

"Ibu yang ajar. Lepas Am tinggalkan Reen."

Suaranya makin mengendur.

Menarik.

Lepas tinggalkan aku, kau banyak berdikari.

Aku menumis sambal. Am sedang menggoreng kacang dan ikan bilis. Best pulak main masak-masak.

20 minit kemudian, Nasi Lemak siap dihidangkan.

Am mengeluarkan daun pisang. Wah, dia da prepare semua awal-awal.

Aku melihat dia membungkus dengan teliti.

Banyaknya dia bungkus.

"Am nak bagi officemate eh?"

"Aah. Nak letak kat pantri."

Baiknya hati dia. Nak jamu orang makan.

"Lain kali cakap je awal-awal, biar Reen masakkan."

"Okay. Nah. Ambik 6 bungkus. Bawak pergi butik."

Banyaknya. Aku bukan kuat makan pun.

"Reen bukannya makan banyak. Tapi kalau bagi kat Elly dan pekerja diorang nak la."

"Makan la banyak sikit. Makan sebungkus tak cukup tau. Reen kena makan 2 bungkus. Ni Nasi Lemak Special daripada Am."

Aku cuma mengangguk. Iyakan je. Karang kecik hati pulak.

"Reen nak bersiap."

"Taknak breakfast kat sini?"

"Kat butik jela. Da lambat."

Aku terus lari mencicit.
. .
. Sampai saja di butik, aku terus mengambil pinggan. Tak sabar nak rasa. Tadi jual mahal.

Ely datang menyengih.

"Wahh, ada orang tu makan Nasi Lemak, tapi yang peliknya sambil tersenyum. Kau beli kat mana?"

Aku membuat muka tak tahu. Lalu menyuap.

Sedap. Walaupun aku memasak sebahagian sambal, tapi Am yang adjustkan rasa. Boleh jadi masterchef dia ni.

"Ambikla. Bagi yang lain jugak. Ni Am yang masak."

Ely menjegilkan mata.

"Patutlah muka kau berseri-seri. Husband yang masakkan. Jaga-jaga Reen, ada orang tu nak ambil hati kau tanpa kau sedar."

Aku terhenti mengunyah. Apa kena mengena Nasi Lemak dengan ambil hati aku? Ely mula la nak mengarut.

"Kau kena bagi dia peluang. Jangan tipu diri sendiri, Reen. Kau perlukan dia."

Ely tak patut serkap jarang. Aku tahu apa yang aku rasa. Mungkin. Mungkin aku rasa selesa dengan dia, tapi risiko untuk terluka sekali lagi. Aku jadi takut.

Takut nak berhadapan dengan sesuatu yang bukan milik aku.

Kenapa aku katakan ianya bukan milik aku? Sebab aku dapat rasakan sesuatu bakal terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience