Bab 11

Romance Series 57151

"Erina... Bangun... Jom subuh sama-sama."

Aku terpisat-pisat. Menggosok mata. Dalam kesamaran melihat wajah Am betul-betul hampir dengan muka aku.

Aku menolak dia jauh.

"Jangan nak gatal eh!"

Pagi-pagi dah buat aku rasa marah.

"Kan aku dah cakap jauhkan diri daripada aku. Kau da lupa pisau ni?"

Aku menyuakan pisau tu ke arahnya.

Tikam kau karang, tak pasal je aku jadi pembunuh.

"Sorry... Sorry... Abang tak sengaja."

Aku bangun dari pembaringan.

"Jom subuh sekali."

Dia mengajak aku solat subuh sama-sama. Part ni aku tak boleh nak marah sebab dia ajak aku masuk syurga.

"Okay."

Aku segera ke bilik air. Mahu mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan.

Seperti biasa, usai solat dia menghulurkan tangan.

Tidak sekalipun aku menyambutnya. Aku tahu, aku mungkin berdosa pada dia. Bukan mahu jadi isteri yang ingkar, tapi...

Nak terima dia kembali, makan masa.

Bukan mudah nak lupakan apa yang dia pernah buat, ini masanya untuk aku balas. Supaya dia sedar apa itu kehancuran cinta bila dikhianati.

Cinta yang hilang, tak mungkin kembali. Jika ianya kembali, takkan sama seperti dulu.

"Aku ke dapur dulu, nak siapkan breakfast. Tolong mama."

Am memandang aku dengan rasa hampa. Hampa dengan kedinginan aku.

Biarkan.

Kau perlu hadap semua ni, Am. Aku da beri amaran.

Di depan dan semua orang, aku harus berlakon. Demi menjaga hati orang..

"Reen, baru bangun. Subuh gajah."

Mama memerli. Aku tersengih.

"Terlajak bangun Ma. Nasib baik Am kejutkan tadi. Kalau tak, terbabas la jawabnya."

Aku menolong mama mengangkat pinggan ke meja makan. Family Am juga di sini. Aku mempelawa mereka tidur di sini, melihatkan ayah yang kurang sihat.

Kebiasaannya Am yang drive kereta.

"Diorang mana Ma?"

"Kat luar. Ambil angin pagi. Diorang ajak mama jogging. Mama nak siapkan breakfast ni."

"Ohh."

"Am mana?"

Entah. Dalam bilik lagi la kot.

"Mandi kot."

"Kot?"

Aku mengangguk. Tanpa mempedulikan renungan mama.

"Reen, berapa kali mama pesan? Jangan simpan dendam lagi. Dah selamat kan semua ni? Reen da jadi isteri dia. Kena ambil tahu semua keperluan dia."

Tidak. Ini bukan kemahuan aku. Aku tak perlukan suami.

"Hmm yela..."

Aku taknak menjawab kata.

"Morning... Hai Ma... Mana yang lain?"

Am seperti tercari-cari.

"Diorang kat luar. Misya je tak bangun lagi."

"Misya ni da besar pun bangun lambat. Nak dekat SPM da tahun ni."

"Kita breakfast kat luar la, Reen bawak semua ni pergi luar eh. Best hirup udara pagi. Fresh air."

"Am, tolong bawakan sekali, boleh?"

Am tersenyum. Di depan mama aku harus buat biasa.

Benci aku melihat senyuman dia.

"Nanti Reen kejutkan Misya."

Aku membawa pinggan dan dulang ke meja luar.

Setelah itu, melangkah ke bilik Misya.

Anak dara sorang ni. Kalau tak kejut, takkan bangun sendiri.

"Misya..."

Dia masih berselubung dalam selimut.

"Bangun, Misya. Jom kita breakfast sama."

Dia menggeliat.

"Kak Reen, Misha mengantuk lagi."

Aku memegang kaki dia.

"Bangun kejap je, sarapan... pastu nak sambung tidur pun takpe."

"Hmmm..."

Dia masih memejamkan mata.

Aku sayangkan Misha. Anggap dia seperti adik sendiri.

"Kak Reen..."

Dia menarik tangan aku.

"Akak masih sayangkan abang?"

Soalan budak ni..... Baru 17 tahun da berani tanya aku macam-macam.

"Jom... Akak da lapar la."

Aku mengelak pertanyaan.

Kalau jujur... pahit, sebab... Aku memang tiada perasaan lagi padanya.

"Abang Am masih sayangkan akak. Dia tak pernah lupakan akak."

Oh baru aku tahu, kalau sayang kena sakitkan hati orang lain eh?

Penipu. Aku takkan percayakan mereka ni semua. Jangan cuba pujuk aku dan selami apa yang aku rasa.

"Okay, Misha... Jom... Cepatlah."

Aku menarik tangan dia.

"Kejap la kak. Nak gi bilik air dulu."

"Okay. Cepat sikit."

Apa yang budak ni tahu? Dia baru berumur 17 tahun. Bukan isu sayang ataupun cinta. Ini soal rasa hati yang hancur. Maruah aku dipijak.

Pengantin yang ditinggalkan sehari sebelum perkahwinan. Segalanya musnah.

Cuba aku buat macam tu kat Am, marah tak? Kecewa tak? Aku sedih melihat wajah mama dan papa kehampaan.

Sebelum dia melakukan tindakan, dia tak pernah fikirkan aku.

Am tak pernah berubah. Lihat saja sekarang, aku dipaksa mengahwininya.

Misya keluar dari bilik air.

"Jom, sayang..."

Misya memeluk aku. Seolah aku kakak kandungnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience