Bab 1

Romance Series 57159

Lampu panggung wayang dibuka. Movie da tamat.

Dah lama tak layan cerita macam ni. Kali ni aku memilih untuk menonton movie genre romantik.

Air mata yang menitis aku seka dengan jari. Sedih. Endingnya... Benar-benar buat aku jadi luluh.

Baru saja mahu mengangkat punggung, seseorang memerhatikan aku dari ekor mata.

"Erina."

Aku terkesima. Suara itu...

Why? Kenapa aku kena menghadap dia sekali lagi? Dan... Kenapa mesti di panggung wayang ni?

Jerk.

"Sorry, I'm not Erina."

Aku bingkas bangun. Dan mahu bergerak laju. Dia menarik tangan aku.

"Lepaskan tangan saya, encik."

"Erina... I know its you."

"I'm not Erina. I'm Reen."

Dia menjatuhkan hoodienya. Jelas isi wajahnya.

Seseorang yang pernah wujud dalam hati aku.

"Awak tetap Erina."

Aku tersenyum. Sinis.

"Long time no see."

"Saya ikut awak dari mall tadi. Ternampak awak beratur nak beli tiket. Dan saya... Beli tiket movie yang sama... Pilih untuk duduk sebelah awak."

Aku menelan air liur. Maknanya aku diperhatikan dari movie start?

Damn.

"Okay. Tu je kan nak cakap. Bye."

Aku merentap tangan.

"Erina, saya ada banyak benda nak cakap. Jom temankan saya dinner."

Kau gila ke apa? Kau tu bekas tunang aku. Aku da lama move on. Dan, aku taknak hadap sekali lagi.

"Sorry. Busy. I have to go."

"Erina... Tolong..."

"Encik, call me Reen. I'm not Erina."

"And call me Am. Not encik."

Peduli apa aku. Aku dah lupa nama penuh kau. Da delete jauh-jauh.

Tanpa melengahkan masa, aku terus meninggalkan dia. Tanpa memandangnya sekali lagi.

Sakitnya... Hanya aku yang tanggung seorang. Dan sekarang kau muncul setelah lama menghilang. Aku tak perlukan kau, Am. Jangan hadirkan rasa sedih lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience