Bab 18

Romance Series 57151

Pagi ni aku terlambat bangun. Terlajak!

Aduh. Dah set jam kot. Macam mana aku boleh tak sedar?

Lekas-lekas aku membersihkan diri.
Usai bersiap, aku ke dapur. Mahu menyediakan breakfast.

Am di dapur. Tengah menggoreng sesuatu.

Dia sedar kehadiran aku. Tersenyum memandang aku.

"Hai... Morning. Da bersiap da? Duduklah dulu. Makan."

Aku malu. Sepatutnya, aku yang menyediakan breakfast untuknya.

"Kenapa tak kejutkan Reen? Patutnya Reen yang siapkan semua ni."

"It's okay, sayang. Am da masak pun. Bihun goreng special, telur mata kerbau dua."

Aku tersengih. Rasa lawak.

Comelnya. Melihat dia memakai apron. Macam dalam rancangan dapur bujang.

"Lain kali biarlah Reen yang buat. Ni kalau mama tahu habis kena bebel."

Aku mengambil pinggan dan gelas.

Semuanya sudah terhidang. Sandwich, Bihun goreng.

Bihun disuakan ke mulut. Sedap. Boleh tahan.

"Sedap. Reen tak sangka yang Am pandai masak."

Masa aku kenal dia dulu, mana dia tahu masak apa-apa.

People can change.

Cuma, cinta dia pada aku je yang masih tak berubah.

Aku melihat wajah dia pucat.

"Am nampak macam penat je. Apa kata ambil MC je harini?"

Am tersenyum pahit.

"Tak boleh. Banyak keje dekat ofis."

Am masih lagi bekerja di syarikat papa aku rupanya. Lepas pemergian papa, pakcik aku mengambil alih posisi papa.

Mama kata papa mahu memberikan pada Am. Tapi, Am tolak. Katanya kurang layak memegang jawatan besar.

Dan aku pula, sebagai anak tidak mahu menerajui syarikat papa. Aku lebih gemar buka bisnes sendiri dari memegang tampuk syarikat keluarga.

"Okay la kalau Am da cakap macam tu. Kesihatan kena jaga jugak."

"Am ingat Reen tak nak ambil peduli langsung dekat Am. Sayang jugak Reen dekat Am eh?"

Am senyum senget dekat aku.

Eh, aku ada terlepas cakap pape ke?

"Dah kata duduk serumah. Takkan nak butakan mata."

Mula la perasan mamat ni. Mana ada aku sayang lagi dekat dia.

"Yela tu."

Am beredar meninggalkan aku dengan rasa yang keliru.

Aku cuma mahu balas dendam. Bila sampai waktunya, aku akan tinggalkan dia. Macam yang dia tinggalkan aku dulu. Baru dia tahu apa itu rasa kesakitan lampau.
. .
. Aku tengah melekatkan manik di baju.

Si penghantar bunga datang lagi. Tapi bukan dari Espariza Florist seperti tempoh hari.

"Cik Nur Erina."

Aku membalas senyuman dia.

"Bunga datang."

Budak ni nak buat lawak pulak.

Aku segera sign di kertas itu.

Bukan bunga Orked. Bunga mawar merah.

"Thanks ye dik."

Aku membelek sejambak bunga di tangan.

Am ke yang bagi eh? Tapi... Am tahu aku tak minat bunga mawar merah.

"Wahh. Puan Erina terima bunga lagi."

Ely menjenguk bunga di tangan aku.

"Untunglah. Am ke yang bagi?"

Aku menjongketkan bahu. Tak mungkin Am yang bagi. Aku rasa tak sedap hati.

"Am tahu aku tak minat mawar merah. Macam bukan dia je yang bagi."

Siapa pulak gatal yang bagi ni? Takpe la, kejap lagi aku tanya je kat Am.

"Kau ada peminat la kot. Wah diam-diam ada peminat misteri. Makin laku saham kau sejak kahwin."

Sesuatu mengganggu fikiran aku. Si pengirim bunga ini.

"Takde nota ke?"

Tiada. Kosong. Aku benci orang taknak bagi klu. Hantar kosong macam ni seolah mahu aku berfikir siapa gerangannya. Hmm.

"Nanti tanya la Am. Mana la tahu kan saja je dia tukar bunga lain."

Kata-kata Ely buat aku termenung.
. .
. Am jemput aku seperti biasa. Wajah dia tegang gila.

Aku bawa pulang sekali bunga tadi.

"Cantik bunga kat tangan. Siapa yang bagi?"

Aik. Aku baru nak tanya dia ke yang bagi.

"Ni bukan Am ke yang bagi?"

Am menyorotkan pandangan tajam kepada aku.

"Kalau Am bagi takkanlah Am nak tanya lagi."

Alamak. Mati aku. Maknanya bukan Am yang bagi. Patutnya aku tinggalkan je bunga ni tadi.

Lurus betul aku ni.

"Peminat ke yang bagi? Ke skandal?"

Ni yang aku tak suka bila dia bernada begini. Seolah nak cakap aku curang belakang dia.

"Reen tak tahu. I thought that Am yang bagi."

"Am tahu Reen tak suka mawar merah. Kenapa pulak Am nak bagi yang ni?"

Aku da agak da. Am tahu kesukaan aku. Dia alert apa yang aku suka dan benci.

"Reen tak tahu siapa yang bagi. Janganlah marah."

Aku penat nak bertekak lagi.

"Kalau macam tu buang bunga ni. Am taknak tengok dalam rumah."

Datang da angin kus-kus cemburu dia.

"Tapi... Sayanglah. Cantik."

Am mencebik.

"Cantik? Sejak bila minat mawar merah? Sejak si pengirim misteri bagi?"

Aku bungkam.

"Reen ingat yang Am tak tahu bunga Orked yang Am beri, Reen bakul sampahkan?"

Alamak. Kantoi. Mana dia tahu? Kaki skodeng Am ni.

"Err. Yang tu..."

"Dahlah Reen. Tak payah nak bagi alasan pape."

"Bak sini bunga tu."

Am rampas bunga tu dari tangan aku. Tidak semena-mena dia buang ke dalam tong sampah.

Aku terkedu.

Dia hempaskan pintu kereta. Baran pulak mamat ni.

Nak kena si pengirim bunga ni. Kau hantar lagi bunga tu kat aku, siap kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience