Bab 5

Romance Series 57151

Mama mendekati aku.

"Erina... Dengar cakap mama, Reen akan bahagia dengan Am. Hanya dia yang boleh buat Reen kembali macam Erina yang dulu."

Air mata aku seka. Mama tak pedulikan perasaan aku langsung.

Aku ditinggalkan empat tahun yang lalu. Pelamin anganku musnah. Gara-gara Am terlalu pentingkan diri sendiri.

Aku kehilangan papa. Satu-satunya tempat mengadu nasib, bermanja.

Rasa apa yang tinggal lagi? Kalau dia memang sayang aku, dia takkan buat macam tu. Malukan family kami. Dia pijak maruah aku sesuka hati. Pergi dan datang ikut rasa dia. Lelaki yang tiada pendirian macam tu aku nak jadikan suami?

Mama mengelus rambut aku yang pendek.

"Mama tahu Reen masih berdendam dengan dia. Buang segala rasa dendam tu, sayang. Reen masih sayangkan dia kan? Kalau tidak, kenapa gambar dia, Reen letak dekat atas meja tu?"

Mama silap lagi. Aku simpan gambar dia bukan kerana masih sayang. Sebab aku masih berdendam. Aku nak kenang wajah satu-satunya yang pernah hancurkan hati aku dulu. Yang mengusir rasa cinta yang ada. Yang buat aku jadi Erina baru.

"Reen bencikan dia, Ma. Teramat benci. Macam mana nak kahwin dengan orang yang Reen benci? Nak kena hadap siang malam tatap wajah dia?"

Mama menghela nafas.

"Sayang... Mama tahu cinta tu dah lama hilang. Tapi... Reen kena bagi peluang. Lupakan semua kisah lama. Pandang ke hadapan. Reen da 29. Mama takut tak dapat jaga Reen lagi. Mama dah tua sayang. Kalau Am ada, mama tak risau lagi."

Alasan. Aku da besar. Bukan budak-budak lagi. Boleh jaga diri sendiri.

"Maafkan dia, Reen. Terima dia seadanya."

Tidak. Dia tak kenal lagi Erina. Aku takkan terima dia. Nak kahwin dengan aku, kan? Kau tunggu...
.
.
.
Ely memandang aku dengan simpati.

"Reen, aku taktau nak tolong kau macam mana. Aku rasa kau kena ikut kata hati kau. Dan... Beri dia peluang."

Peluang? Tak perlu.

Masa dia pergi tinggalkan aku, batalkan perkahwinan. Ada dia cuba pujuk aku? Terangkan perkara yang sepatutnya?

Selfish.

Aku takkan lupa ayat yang dia pernah dia lontarkan dulu...

"Erina... Maafkan saya. Kita tak boleh teruskan semua ini. Saya tak boleh jadi suami awak. Saya tak layak untuk awak. Mungkin kita takde jodoh."

Aku memejamkan mata. Cuba hapuskan ayat yang bergema di telinga.

Dia call aku. Batalkan semuanya hanya dengan satu panggilan. Kau pengecut, Am.

Nak cakap soal layak? Aku yang agaknya tak layak untuk dia. Mudah je dia buat hidup aku macam ni. Sekarang, kau datang nak menagih kembali?

Mana kau letakkan akal, Am? Aku tetap tak boleh terima kau. Bukan kerana ego. Bukan kerana dendam. Tapi... Kerana aku dah buang rasa yang ada. Sejak hari kau tinggalkan aku tanpa penjelasan yang kukuh, sejak papa pergi dan aku menjadi anak yatim. Seluruh rasa cinta yang ada... Telah lama hilang...

"Ely... Aku takkan terima dia. Tapi... Aku buat semua ni demi mama. Mama nak aku kahwin dengan dia. Aku takkan layan dia dengan baik. Aku akan buat dia rasa jadi lelaki paling menyesal sebab jadikan aku isteri."

"Jangan, Reen. Dendam hanya akan membakar diri kau. Jangan teruskan kalau kau takut."

Biar. Orang tak hadap apa aku rasa. Aku tahu apa aku perlu buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience