Bab 27

Romance Series 57159

Am pulang. Aku tengah memasak di dapur. Tiba-tiba aku rasa nak makan Nasi Kerabu.

Dia tercegat di muka pintu dapur.

"Hai sayang..."

Aku memandang dia. Lantas tersenyum nipis.

"What are you doing?"

Dia mendekati. Menjenguk ke arah periuk.

"Cooking."

"Nasi Kerabu? Sedapnya. Am tengah lapar ni."

Tiba-tiba dia mencium dahi aku. Sukati kau je.

"Ciuman rindu."

Dia tersengih.

Eleh, baru pergi dua hari je.

"Reen ingatkan Am pergi da taknak pulang."

"I'm back. Jauh mana Am pergi pun, Am akan kembali kan?"

"Aah. Tu yang tinggalkan Reen sampai empat tahun."

Aku terus mengangkat pinggan di rak dan meletakkan di atas meja makan.

"Hey, merajuk ke?"

Dia mengekori langkah aku.

"Reen..."

Dia memaksa aku menatap mata dia.

"Bukan merajuk. Tapi marah. Sakit hati."

"Reen..."

Dia mencuit hidung aku.

"I'm here. Itu da cukup kan?"

Aku menjulingkan biji mata.

"Nah. This is for you."

Dia menghulurkan sejambak bunga Orked dan anak patung besar.

Cantiknya. Nak ambik hati aku la tu.

"Thanks, Am. Tapi bear ni, I'm not 7 years old."

Aku menarik muka.

"Yeah. Reen da 29. Tapi kenapa masih tidur peluk patung Barney?"

Sedikit terpukul dengan kata-katanya.

"Lepasni peluk patung ni pulak. Barney tu tolak ke tepi."

Aku mengetap bibir. Barney is my favorite. Sukati je nak aku tolak Barney ke tepi.

"Barney is my favorite. No way. Lagipun tu papa yang belikan."

"Okay. I'm sorry. Peluk bear ni dengan Barney sekali okay."

"Am lapar. Nak makan sekarang, boleh?"

Aku mengangguk.

"Kejap. Reen hidangkan untuk Am."

Dia menarik tangan aku.

"Temankan Am. Makan la sekali dengan Am."

"Tapi Reen nak naik atas."

"Nur Erina..."

Okay. Okay. Kalau dia panggil nama penuh. Maknanya dia memang nak aku temankan dia.

"Okay. Reen temankan Am. Puas hati?"

Am tersenyum kemenangan.
.
.
.
"Reen... Baju t-shirts yang Reen lipatkan semalam mana?"

Am menjerit di bilik sebelah.

"Eh rasanya da letak dalam almari Am."

"Takdela."

Bercampur dengan baju aku kot. Ishh, mamat ni. Tulaa, suka sangat peruk baju. Nasib baik aku ni bukan jenis kuat merungut.

Aku mencari-cari di rak baju aku. Kot-kot tercampur.

Ada pun. Kat sini rupanya kau menyorok, wahai baju.

"Da jumpa da."

"Nah, Am."

Aku masuk ke bilik dia. Ternampak sesuatu.

Frame perkahwinan. Am baru gantung agaknya.

"Kenapa gantung gambar kahwin kita? Turunkan please..."

Dulu, ini yang aku mahu tatap. Sekarang, mati da semua rasa yang pernah ada.

"Kenapa? Kan cantik?"

"I don't want to see it."

Am mengeluh.

"Benci sangat ke Reen dekat Am? Sampaikan taknak tatap gambar Am?"

"Maybe sebab perkahwinan kita kali ni terpaksa."

"Erina, Am taktau nak pujuk macam mana lagi. Am mintak satu je, apapun yang jadi, jangan benci Am. Am cuma ada Reen sorang dalam hati ni. Tak pernah sekalipun berubah."

Aku takut. Kalau aku beri kepercayaan, dia akan hancurkan.

"Tapi... Reen da tak sayangkan Am. Hilang. Terbang. Entah ke mana."

"You lied. Am tahu, you still love me right?"

Aku tak berani nak tatap mata dia.

"Look at my eyes."

Part ni aku tak sanggup. Aku takut aku kalah. Takut aku cair.

Pandang je Erina, renung, tatap mata dia.

Aku memberanikan diri menatap matanya dalam-dalam.

"Okay. Tenung mata Reen. Ada nampak sisa cinta ke?"

Aku pasti dia nampak sisa kebencian dalam anak mata aku. I'm very sure.

Am meneguk air liur.

Mungkin dia nampak, apa yang sepatutnya dia perlu nampak dalam anak mata aku.

Kebencian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience