Bab 7

Romance Series 57159

Seseorang berdiri di sebelah aku. Pastinya dia mengekori aku dari tadi.

Aku membuka mata. Benar. Amir Rizqi.

"Erina... Am taktau lagi macam mana lagi nak pujuk dan yakinkan Erina yang Am dah tak macam dulu. Am memang serius nak kahwin."

Aku mencebik.

"Maknanya dulu tu, empat tahun yang lalu tak serius la? Sebab tu lari dari majlis macam takde benda?"

Aku memulangkan paku buah keras.

Dia bungkam.

"I'm so sorry."

Maaf tak mampu redakan hati aku yang dah lama mati.

"Am nak tebus semua kesalahan Am."

I don't trust you anymore.

"Terpulanglah. Saya takkan jadi isteri yang baik untuk awak. Kalau awak masih berdegil nak teruskan juga perkahwinan ni, jangan salahkan saya kalau suatu hari nanti saya hancurkan perkahwinan kita."

Aku bangkit dari tempat duduk. Tidak betah menghadap dia.

"Erina... Jangan simpan dendam lagi. Cukuplah tu."

Dia memegang tangan aku. Pantas, aku menariknya kembali.

Panggg!!!!

Ini dendam yang aku tahan dari dulu lagi. Teringin nak tampar dia sekuat hati.

"Itu dendam pertama saya. Sakit tak? Itu yang saya rasakan selama ni."

Semua yang ada di dalam rumah memandang kami. Aku tak sangka mereka mengintip dan cuba mendengar perbualan kami.

"Itu baru dendam pertama. Ada banyak lagi. Kalau awak sanggup hadap, kita tengok lepas kahwin macam mana."

"Dan seperkara lagi, saya muak tengok muka awak. Benci tahu tak? Benci sangat-sangat. Jangan muncul lagi depan saya sebelum majlis berlangsung. Kalau tidak, saya lari jauh dari sini. Mama paksa saya kahwin dengan awak, saya lakukan semua ni demi mama. Not for you, Amir Rizqi."

Aku menggugut dia. Aku taknak dia muncul lagi depan aku sebelum majlis berlangsung.

Amir menundukkan wajah. Terkesan barangkali dengan amarah aku.

Biar. Baru kau tahu sakitnya hati aku.

Sampai di muka pintu, aku memandang mama.

"I'm sorry, Ma. Reen setuju disebabkan mama. Reen tak ikhlas dengan semua ni."

Sempat aku senyum pahit pada family dia. Berharap mereka akan mengerti dengan kelakuan aku. Aku bukan mahu biadap di depan tetamu, tapi...

Dia yang memaksa aku untuk mengeluarkan kekerasan.

Makin kau kejar, makin aku lari.

Cinta itu ibarat seperti seekor burung, jika dipegang erat ia akan mati. Jika dibiar lepas, ia akan pergi.

Jadi... Aku hanya mampu serahkan semuanya kepada Allah.

Jangan paksa aku buat sesuatu yang aku tak suka, Am.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience