Bab 8

Romance Series 57159

Kali ni Am benar-benar menepati janji. Dia tak muncul depan aku lagi sebelum majlis berlangsung.

Baguslah. Takdela aku sakit mata kena menghadap dia.

Agaknya takut kalau aku larikan diri lagi.

"Ma, tak payah la buat majlis besar-besaran. Akad nikah kat dalam rumah ni jela."

Mama membelek majalah Pengantin.

"Reen nak kahwin sekali seumur hidup. Kena la buat besar-besaran. Mama invite ramai kawan. Sedara mara kita lagi."

"No, Ma. Kalau dia tipu Reen sekali lagi macam mana? Kalau dia tinggalkan Reen sama seperti dulu?"

Aku tak percayakan lelaki itu lagi. Aku si pengantin yang ditinggalkan satu ketika dulu.

Mana bisa aku lupakan apa yang jadi. Yes.
I'm phobia.

Aku malu. Malu nak berdepan dengan semua orang. Takut ditertawakan orang kerana menerima lelaki yang pernah membunuh jiwa raga aku.

"Am takkan buat macam tu lagi. Kali ni mama yakin, dia da sedar kesilapan dia."

Kesilapan?

Kesilapan harus diperbetulkan. Bukan ulangi sekali lagi.

Kenapa aku kena ikut rentak dia?

"Reen nak pakai baju warna apa masa bersanding?"

"Hitam."

Aku bangun menuju ke dapur.

Mama terbatuk.

"Hitam? Itu kan warna berkabung."

Yes. Aku tengah berkabung. Dalam kesedihan. Menerima pinangan seseorang yang aku benci.
. .
. "Ely, betul ke apa yang aku buat ni? Aku taknak kahwin dengan dia. Makin dekat hari, aku rasa berdebar."

Ely menepuk bahu aku.

"Kalau kau taknak kahwin, kenapa kau terima dia?"

"Bukan aku yang terima. Tapi, mama yang terima. Pandai-pandai je buat keputusan dalam hidup aku."

"Kalau macam tu, kau suruh jela mama kau kahwin dengan dia. Dia jadi bapak tiri kau, kau panggil dia papa. Papa Am."

Ely mengekek ketawa. Aku membaling bantal kusyen ke arahnya.

Tak lawak beb!

"Aku serius doh. Kau mainkan aku pulak."

Aku menarik muka masam.

Seseorang masuk ke butik. Penghantar bunga.

Espariza Florist.

"Cik Nur Erina ada?"

"Yes. I'm Erina."

Dia menghulurkan bunga Orked ungu.

"Cik Erina, sila sign di sini."

Aku segera menandatangani di atas kertas itu.

"Untuk saya ke?"

Pelik. Tak pernah orang hantar bunga. Aku bukan si bunga yang cantik.

"Dari siapa ya?"

Aku mengerutkan dahi.

Si penghantar bunga menjongketkan bahu.

Tahu hantar je. Si pengirim, unknown.
Geram aku.

"Fuyoo... Dapat bunga. Makin berseri muka bakal pengantin kita."

Aku menjelirkan lidah ke arah Ely.

"Siapa yang bagi?"

"Entah."

Aku membelek bunga Orked yang cantik itu. Wangi.

Macam tahu-tahu je aku suka bunga Orked.

Ada nota yang terselit.

'Buat si Erina yang cantik...
Tenang-tenang wajahmu,
Bikin hatiku terpaut,
Senyumanmu menjadi lukisan dalam hatiku,
Masihkah kasih kita bertaut?'

Sajak? Puitisnya si penghantar. Gelinya baca.

- From Am.. -

Am? Dia yang hantar?

Terus aku meronyokkan kertas itu dan mencampakkan ke atas meja.

Bunga Orked itu aku lemparkan ke atas meja.

Ely tersentak.

"What happened?"

Aku menarik nafas panjang.

"Ely, kau tolong buang bunga tu. Aku taknak tengok."

"Why? Cantik la bunga Orked ni. Bunga ni tak salah."

"Aku cakap aku taknak tengok. Kau tak faham bahasa ke? Buang sekali dengan nota tu."

Nada suara aku mula naik ke oktaf 3.

Ely melihat nota itu.

"Am yang bagi? Kau marah? Kau nak buang bunga ni? Sabar, Reen."

"Buang sebelum aku naik angin."

Aku meninggalkan Ely di kaunter. Menuju ke bilik stor.

Ternyata... Dia masih ingat lagi kesukaan aku. Hentikan, Am.

Jangan cuba pujuk hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience