Bab 47

Romance Series 57151

Aku kelemasan.

Apa yang perlu aku lakukan? Dua pilihan yang aku tak sanggup nak putuskan.

Pertama, tinggalkan Am. Kedua, Am akan mati jika aku berdegil.

Tak guna kau, Reza. Sampai mati aku takkan terima kau walaupun jika kau cuma pilihan yang ada di muka bumi.

Aku jalan mengengsot untuk ke muka pintu. Dahlah kurung aku dalam bilik ni, diikatnya pulak tu kaki aku. Teruknya!

Aku menggendang pintu dengan tangan.

Sengaja mahu buat Reza marah.

Reza membuka pintu bilik. Dia bercekak pinggang.

"Kenapa ni Reen?"

Aku mendongak memandang dia.

"Aku nak pergi bilik air. Nak solat. Sediakan telekung untuk aku."

"Kau jangan cuba nak lari eh. Kalau kau tak sayangkan nyawa Am, cuba la buat aku marah."

"Tak... Aku takkan lari."

Aku nak buat solat istikharah. Aku tak tahu tindakan yang mana yang perlu aku ikuti.

Aku cuma nak selamatkan Am.

Reza membuka ikatan kaki aku.

"Reen, kalau kau pandang aku daripada dulu, semua ni takkan terjadi."

Aku memejamkan mata. Cuba bersabar. Ikutkan hati nak tendang je Reza ni.

"Bilik air mana?"

"Kau keluar bilik ni, belok kiri."

Aku terus bangun.

Aku perlu minta petunjuk daripada Allah.

Reza memerhatikan aku dari tadi. Agaknya dia tengok aku berdoa sambil menangis. Aku melipat sejadah.

Aku memandang Reza. Mata aku merah.

"Kau dah solat, Reza?"

Reza cuma diam.

"Kalau nak jadi suami aku, kau kena solat. Baru kau boleh bimbing aku."

Aku cuma nak dia sedar yang tindakan dia salah. Cinta boleh membutakan seseorang. Dan aku taknak terima cinta yang penuh dengan toxic.

"Apa kurangnya aku di mata kau? Apa lebihnya Am?"

Soalan dia...

Aku tertawa spontan.

"Kau sempurna, Reza. Aku yang tak layak untuk kau."

"Alasan!! Kau tak payah nak puji aku baik atau sempurna. Sebab aku tetap jahat di mata kau."

Sentap pulak mamat ni.

"Tak, Reza. Kau memang baik. Kau dendam dengan aku, tapi kau tak pernah cederakan aku. Selama aku kenal kau, sikitpun kau tak pernah ambil kesempatan kat aku. Kau jaga aku elok-elok. Tak buat aku menangis. Cuma kau tersalah langkah."

Reza terkesan dengan kata-kata aku.

"Aku tak boleh bandingkan kau dengan Am. Kau special. Dia pun special. Aku taknak hilang keduanya. Tapi... Kau kena sedar tempat kau kat mana dalam hati aku."

"Tiada yang kurang atau lebih. Aku..."

Aku tidak jadi menyambung kata.

Berat nak buat keputusan. Aku perlukan masa.

"Kau bagi aku masa boleh tak? Aku kena fikir dalam-dalam. Tolong, jangan libatkan Am dalam hal kita."

Reza bangun. Berang.

"Kau tak habis-habis sebut nama Am... Am... Am... Cuba pandang aku walau sekali je, Reen."

"Bawak bertenang, Reza. Hidup kau takkan berakhir kalau aku takde."

"Aku taknak dengar semua tu. Setiap pilihan kau, akan menentukan akibat. Jadi... Pilih. Kau nak aku atau Am?"

Aku memicit dahi. Pening nak layan perangai Reza.

Kalau aku tak payah pilih dua-dua kan senang?

Menyusahkan hidup betul.

Reza menunjukkan video di telefon bimbitnya.
Am berlumuran darah.

Aku taktau apa yang dia buat kat Am.

"Reza, please... Hentikan semua ni. Kalau kau buat macam ni aku akan bertambah benci kat kau."

"Bencilah. Bencikan aku. Kau memang nak dia mati kan, Reen? Aku akan suruh orang aku hapuskan dia terus."

Aku menangis. Teresak-esak. Reza benar-benar dah gila. Maafkan aku, Reza. Am tetap dalam hati aku.

"Jangan... Tolong. Aku sanggup melutut atau merayu kat kau. Jangan bunuh dia."

"Reen..."

Reza mengelus rambut aku.

"Shhh... Jangan nangis. Kau buruk bila nangis. Okay... Okay... Buat masa sekarang aku hold dulu. Aku takkan bunuh dia."

"Kau fikir lagi ye. Jangan terburu-buru. Aku takkan desak kau buat keputusan cepat-cepat. Fikirkan kebaikan kita bertiga."

"Aku nak siapkan lunch. Kau kena makan. Kesian baby kau."

Reza tersenyum macam orang gila di tepi bus stop.

Dia menutup pintu. Dan aku... Terhenyak di atas katil.

Beratnya pilihan yang aku ada.
.
.
.
Am memandang muka Reza dengan pandangan menikam.

"Apesal kau pandang aku tak puas hati? Nyawa kau kat tangan aku sekarang."

"Lepaskan aku dan Reen. Biarkan kami bahagia."

Reza gelak terbahak-bahak.

"Boleh. Kalau kau tinggalkan dia sekali lagi. Macam empat tahun lepas."

"Aku sayang Reen. Kau memang gila, Reza."

"Nyawa kau memang liat eh, Am? Da elok-elok kau hilangkan diri, apesal kau muncul semula? Nak cabar aku?"

"Kau tak boleh pisahkan kami, kecuali maut."

"Aku suka cara kau, Am. Jenis susah nak give up. Tapi, apapun alasannya, biar Reen buat pilihan."

Reza menjongketkan keningnya sebelah.

"Kau jangan paksa dia, Reza."

"Sukati aku la. Kita tunggu dan lihat. Aku yakin Reen akan tinggalkan kau. Say goodbye, Amir Rizqi."

Reza sengaja membakar perasaan Am.

Dia yakin Reen akan tinggalkan Am. Dia perlukan Reen lebih dari Reen perlukan Am.

I'm sorry, Reen. Kau harus ikut-kata aku kalau kau nak Am selamat.
.
.
.
Aku dah ada jawapan.

Hati aku tetap berdegil mahukan Am. Tapi aku terpaksa pilih Reza.

Apapun alasannya, aku perlu jauh daripada Am.

"Reen, apa jawapan kau?"

Aku memandang dia tenang. Tak boleh layan sangat Reza si gila ni.

"Jawapannya... Kau tahu jawapannya."

Reza menjongketkan kening.

"Am?"

Aku terdiam.

Tidak semena-mena, Reza menarik tangan aku keluar dari bilik. Dan menyeret aku ke bilik hujung yang agak tersembunyi.

Reza menolak pintu bilik dengan kasar.

Seseorang terbaring lemah di satu sudut.

Am!

"Kau nampak kan keadaan dia macam mana? Lembik. Tak boleh selamatkan kau pun."

Aku menangis memandang Reza dan Am silih berganti.

"Tolong... Aku mohon, lepaskan dia."

Reza tersenyum sinis.

"Taknak. Buat apa aku kena dengar cakap kau, Reen?"

Reza benar-benar melampau.

"Dan mengapa aku kena pilih kau, Reza?"

Aku menarik nafas panjang. Cuba bertenang di depan Reza.

"Sebab aku tak lemah macam Am. Lembap."

Reza menjeling kasar.

"Kau benar-benar buta, Reza Akashah."

"Yes I am."

"Okay Reza Akashah. Aku ikut kau. Dan kau lepaskan Am, boleh?"

"Sayang betul kau kat Am."

"Kau dah banyak ganggu hidup dia. Kau dendam dengan aku, bukan dia. Lepaskan dia. Aku ikut kau."

Kataku dengan rasa separuh hati.

Tak guna punya, Reza.

"Amir Ziqri, apa kata kau ceraikan dia kat depan aku? Lepastu aku tak ganggu hidup kau selamanya."

Reza, kau benar-benar keterlaluan. Kau memang jahat.

"Reza, please..."

Dia paksa Am tinggalkan aku.

"Aku takkan tinggalkan Reen walau apapun yang jadi."

Am bertegas. Terima kasih, Am.

Reza naik hantu mendengarkan bicara Am. Tanpa diduga, aku nampak dia mahu mencapai pisau di tepi dinding.

Dengan pantas, aku mencapai terlebih dahulu pisau itu.

Aku hulurkan ke tangan Reza.

"Aku tahu apa kau cuba nak lakukan. Kau nak bunuh Am kan? Nah, ambik pisau ni, kau tikam aku sekarang."

Aku menghulurkan pisau kepada Reza. Nampak seperti dungu kan?

Reza terkejut. Wajahnya beriak pucat. Kalau ditoreh, pasti tak berdarah.

"Reen... Kau..."

"Nah, ambik. Tikam aku sekarang atau biarkan kami berdua bebas."

Reza hanya berdiri tegak seperti patung cendana.

Melihatkan Reza hanya diam tidak berkutik, aku terus meluru ke arah Am.

Memapah Am untuk bangun dan tinggalkan tempat ini.

Aku memandang Reza sekilas. Dia seperti terpaku melihat aku dan Am.

What are you thinking, Reza?

Reza nampak kebingungan. Dia bukan mental tapi buat-buat mental.

Aku kenal Reza macam mana. Jenis taknak beralah.

"Reza, let us go."

Diam. Tanpa respons.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari pintu bilik. Reza meluru ke arah Am. Tanpa mempedulikan aku di sebelah yang masih lagi memapah Am.

Aku ternampakkan pisau di tangan dia. Aku boleh jangkakan Reza mahu menikam Am.

Aku mahu selamatkan Am. Biarpun nyawa aku jadi taruhan. Biar saja aku mati kalau itu dapat puaskan hati Reza.

Aku menolak Am ke tepi. Dan, pisau itu tepat mengenai aku. Di perut.

"Reen!!!!"

Am meraung.

Dan aku... Jatuh terbaring. Ini yang kau nakkan, Reza?

Biar ni jadi pengajaran pada kau.

Darah menghembus keluar.

"Reen... Ya Allah."

Reza tampak terkejut. Tak sangka yang aku akan buat begitu.

Reza terduduk menghadap aku. Am mendapatkan aku.

"I'm sorry, Reen. Aku jahat."

Am gagahkan diri bangun mencekak kolar baju Reza. Reza nampak ketakutan.

"Kalau Reen mati, aku bunuh kau, Reza!!!!"

"Am... Jangan... Biarkan dia."

"Reen... Bertahan, sayang."

Aku memandang wajah Am. Mungkin untuk kali yang terakhir.

Air mata aku berjuraian. Rasa sakit menerjah. Terbayang saat pertama kali pertemuan aku dan dia.

Am...

Reen bukan isteri yang terbaik. Maafkan Reen.

Ya Allah, selamatkan aku. Selamatkan dia. Benarkan kami bersama. Berikan kami takdir yang indah.

Terasa dunia makin gelap gelita. Dan aku... Terasa hidupku sudah sampai di sini saja.

"Nur Erina Amsyar!!!!!!!!"

Am meraung dan memeluk aku sekuat hati. Gerimis di luar, mula bertempias. Seperti hati aku yang bagaikan mati.

Benarkan cinta yang hilang kembali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience