Bab 13

Romance Series 57151

Aku kegeraman.
Dipaksa dan terpaksa. Sekali lagi.

"Reen... Apa yang tercegat lagi tu?"

Mama menyentakkan lamunanku yang terbang jauh.

"Ma... Reen malas la nak pergi sana."

"Mama rasa, ini masanya untuk Reen fikirkan hubungan ni secara relevan. Lihat Am sedalam-dalamnya. And u will know the answer."

Jawapannya... Memang aku rasa kosong.

Kenapa semua tak percayakan aku? Mama tak percayakan aku. Ely, Reza, Misya dan Am sendiri.

Bukan aku nafikan perasaan sendiri. Tak...

Aku tak tipu diri sendiri. Aku serius. Pelik bukan? Tapi... Itulah realitinya. Once aku da move on, aku tak mampu nak teruskan lagi.

Sepatutnya aku lari jauh...
Sepatutnya aku fikirkan diri aku tanpa memikirkan hati orang...

Its too late. Gara-gara nak jaga hati mama. Aku rasa terpenjara.

Sekarang kaki aku da terikat. Tak mampu nak bebas lagi.

"Mama memang tak sayangkan Reen kan?"

"Jangan cakap macam tu. Mama nak Reen happy. Bukan ke ini yang Reen nak dulu?"

"Its 4 years ago, Ma. Kan Reen cakap taknak kahwin dengan sesiapa. Including him. Mama paksa Reen terima sesuatu yang Reen tak mampu lagi."

"I shouldn't listen to you, Ma."

Mama memeluk aku erat.

"Go find an answer, Reen. Tanya hati Reen betul-betul. Mama yakin Am boleh bahagiakan Reen seperti dulu. Dan kembalikan Erina yang ceria."

Oh Erina yang dulu. Dia dah mati.

Beratus kali aku cakap dekat semua orang. Erina yang dulu takkan kembali.

Aku nak menangis.
.
.
.
Ely mesej. Dia kata ini masanya untuk aku tenangkan fikiran. Jangan ikutkan rasa hati yang amarah.

Aku menghela nafas.

Okay. Kalau ini yang terbaik. Ikutkan je.

Aku perlu beri masa dan ruang untuk diri sendiri.

"Erina..."

Suara Am mengembalikan aku ke alam nyata.

"Are you okay?"

"I'm okay."

"Nah kunci bilik. Anything call me. Bilik Am kat sebelah je."

Aku mengangguk.

"Erina..."

Aku memandang dia. Dia juga memandang aku lama.

"Takde pape... Take care."

Aku tidak mengendahkan dia. Aku cuma mahu merehatkan diri di sini.

Setibanya di bilik, aku merebahkan diri ke atas katil. Dan... Terlena dibuai mimpi...
.
.
.
Udara di sini menyamankan. Sejuk. Dan... Aku sukakan tempat ini.

Sejak semalam aku ke sini, sikitpun aku tidak menghabiskan masa dengan Am. Mungkin dia mahu memberikan ruang.

Baguslah kalau dia faham.

Pagi tadi dia ada mesej, dia kata jangan pergi jauh sangat. Iya la. Tempat yang aku kurang tahu. Bahaya jugak jalan seorang diri.

Aku berjalan jauh, sehinggakan tak sedar hari menginjak malam.

Kenapa jalan ni macam lain? Aduh.

Aku sesat ke?

Peta di tangan aku tenung betul-betul.

Kenapa aku macam jauh daripada kawasan hotel?

Telefon bimbit aku pegang.

Alamak, bateri kong. Damn.

Mana aku nak tanya orang ni?

Sedang aku kerisauan, seseorang menghampiri.

"Hey, young lady. How can I help you?"

"Hmm. I think I'm lost. Do you know this hotel?"

Aku menunjukkan gambar hotel di peta.

Lelaki muda itu kelihatan mahu membantu pada mulanya.

Tiba-tiba...

Dia menarik tangan aku. Oh man. The guy is drunk.

"Let me go. Lepaslah!"

Dia mengekek ketawa. Habislah aku.

Dahlah takde sesiapa lalu sini.

"Lets go darling... Come with me."

"No. Let me go." Gila.

Somebody tolonglah aku. Aku takut kalau diapa-apakan.

Aku bergelut dengan lelaki mabuk itu.

Tanpa diduga, seseorang menumbuk lelaki mabuk itu. Dia jatuh ke tepi jalan.

"She's my wife. Don't you dare!"

Am!

Am menarik tangan aku. Aku masuk ke dalam kereta.

Aku takut sangat.

"Nur Erina. Kenapa degil sangat? I told you, jangan jalan jauh sangat. Tak boleh ke dengar cakap Am?"

Suara Am naik ke tiga oktaf. Dia bawak kereta laju gila.

Aku menangis.

Dahla tengah takut. Kena marah pulak tu.

"Am risaukan Erina. Hari dah gelap. I tried call you, masuk voicemail."

Aku tak mampu nak jawab apa-apa.

"Kalau marahkan Am sekalipun, jangan pergi jauh. Am macam nak putus nyawa bila nampak dia nak seret isteri Am."

"What if kalau Am lambat sesaat? What if kalau dia rape Erina?"

Aku menangis tersedu sedan.

"Tolonglah... Jangan buat macam tadi lagi. I love you so much."

Dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Thanks selamatkan saya tadi. Saya tak sengaja. Saya sesat. Tak sedar jauh dari hotel. Bateri phone kong. I'm sorry."

Am menghela nafas. Panjang.

"Am bukan nak marah. Tapi... Tolong jaga diri. Kalau taknak Am ikut pergi mana-mana, atleast bagitahu..."

"Ni tak... Ikut keras kepala je. Nak tunjuk kat Am yang Reen mampu berdikari, macam tu ke?"

"Tak perlu la Am nak care lagi pasal Reen. Am da lupa ke? Am tinggalkan Reen empat tahun lalu. Without valid reason. Reen ni pengantin yang ditinggalkan. Tahu tak Reen hampir jadi gila? Am buat Reen macam sampah. Takde rasa nak pujuk, takde rasa nak hentikan tangisan Reen. Kenapa buat Reen macam ni? If you really don't care, just act like that. Kenapa tiba-tiba datang balik? Kenapa ganggu hidup Reen? Am ganggu ketenangan Reen. Hati yang direnyuk tak mampu mencintai lagi. Cukuplah, Am. Jangan tambahkan lagi rasa sakit yang ada. Baru nak pulih tapi Am tambahkan lagi luka. Kenapa? Reen bukan anak patung. Am paksa Reen buat sesuatu yang Reen benci. Am paksa Reen kahwin. Am ikat hidup Reen. Ini ke hukuman untuk Reen yang susah nak lupakan Am selama ni? Bila da berjaya move on, Am ganggu lagi. Am memang jahat. Tak guna."

Aku melepaskan segala apa yang terbuku di hati.

Jadi, kenapa aku perlu bergantung harap kepadanya lagi? Sebab dia suami aku? Macam tu? Suami yang tak diiktiraf aku.

"Nur Erina... Please... Kita jangan ungkit lagi hal dulu. Am tahu Am salah. Banyak berdosa. Sakitkan hati Reen. Buat air mata Reen jatuh. Tapi... Am buat bersebab."

Bersebab? Apa sebabnya?

"Sebab masa tu tak ready nak kahwin lagi? Tu yang taknak teruskan? Sekarang da ready nak pikul tanggungjawab? Ceteknya pemikiran."

"I'm so disappointed. Am masih lagi tak mampu nak explain. Takpela, terima kasih banyak-banyak buat hidup Reen menderita. Dengar sini Amir Rizqi, kebahagiaan sebenar aku adalah papa. Bila papa pergi, segalanya turut mati. Kau boleh cakap aku tak boleh terima takdir. Cakaplah apa sahaja. Tapi itu tak mampu kembalikan papa aku. Kau da hampakan aku satu ketika dulu. Jadi... Jangan berharap lebih yang aku akan buka hati lagi. Stop dreaming, Am."

Aku memejamkan mata. Berhenti untuk bersuara. Kereta meluncur pergi.

Sampai saja di hotel, aku berlari masuk ke dalam lif. Pintu bilik aku hempas sekuat hati. Menekup wajah dengan bantal. Mahu melupakan kejadian hari ini.

Am masih begitu. Tidak mahu menyatakan sebab. Mungkin dia memang sengaja lakukan itu pada aku empat tahun lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience