Bab 35

Romance Series 57151

"Reen, esok malam... ibu, ayah dan Misya nak datang tidur sini."

Am menegurku sebaik saja melihat aku leka membaca novel di tangan.

Aku memandangnya sekilas. Lantas mengangguk.

Am nampak tak berpuas hati dengan sikapku yang agak acuh tak acuh. Dia menarik novel di tangan.

Alamak ai, aku tengah feeling baca novel Siti Nur Dhuha berjudul Cinta Tak Sengaja.

"Apa ni Am? Kan Reen tengah baca."

"Sekarang fokus kat Am. Bukan kat novel."

Aku nak bersantai kejap je.

"Okay Am. Reen dengar apa yang Am cakap tadi."

Am merenung aku tajam.

"Now, give me my book!"

Aku cuba mencapai novel di tangan dia. Sengaja dia menggawangkan novel tu. Dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi, mana mungkin aku merampas novel di tangannya.

Pembuli.

Aku cuba menjengketkan kaki. Am jahat. Kaki panjang. Tangan panjang. Eeiii geramnya.

Siap kau aku report kat ibu, kau buli aku.

"Am... Bak la sini novel tu. Jangan la buat Reen macam ni."

"Kalau nak, cuba la dapatkan. Tu pun kalau sampai. Sedar sikit ketinggian tu."

Sinisnya.

Aku tau la agak sukar untuk aku capai, melainkan aku ambil kerusi.

"Am, please... I'm so sorry."

Aku membuat muka simpati.

"Am nak sorokkan semua novel. Reen taknak fokus dekat Am lagi. Asyik layan novel je."

Am buat-buat merajuk.

"Alaaa... Kerja rumah semua Reen da buat. Bak la sini. Bagi balik."

Aku berusaha untuk dapatkan jugak novel aku.

Aku memijak kakinya sekuat hati. Hah, padan muka kau.

"Aduhh... Sakit la. Mana aci. Pijak kaki."

Novel itu terlepas dari tangannya.

Yes. Aku berjaya dapatkan.

Namun, aku tersalah langkah. Am menarik bahu aku. Dan aku... Tidak dapat menyeimbangkan badan. Terjatuh atas tubuhnya.

Tanpa sengaja, aku terpeluk dia.

Oh my god. Ini yang aku nak elakkan.

Am senyum. Manisnya. Ni yang buat aku cair ni.

Aku meneguk air liur. Mata dia... Cantik.

Satu... Dua... Tiga...

Aku cuba bangun. Am menarik aku ke dalam pelukan.

No way.

"Am, please... Let me go."

"Just stay."

Dia nak tarik hati aku. No way. Aku takkan izinkan.

"What should I do to make you fall in love with me?"

Aku menjongketkan bahu.

"Tell me. Betul ke cinta Reen kat Am dah hilang?"

Aku mengangguk.

"You lied to me."

"Reen tak tipu Am."

Aku membalas laju tanpa memandang anak mata dia.

Kenapa kau tak berani tatap dia, Reen? Tell him, yang kau da tak cintakan dia.

"Am tak percaya. Takkan da hilang secepat mungkin?"

Am mengecilkan kelopak matanya.

Barangkali agak ragu dengan bicaraku.

"It's 4 years, Am. Macam-macam boleh jadi. Takkan Am expect Reen nak simpan Am dalam hati sampai bila-bila?"

"Am tetap tak percaya. Reen cakap macam tu sebab nak balas dendam kan? Saja nak buat Am terseksa. Am tahu yang Reen pun macam Am. Seorang yang setia dengan perasaan. Tak mungkin dapat lupakan Am."

Aku menutup kedua belah telinga. Am sengaja nak kelirukan perasaan aku.

"Stop it, Am. Stop. Reen taknak dengar lagi."

Aku menolak tubuh dia dengan sekuat hati.

"Reen mengantuk. Nak masuk tidur. Goodnight, Am."

Aku berpura-pura menguap.

Aku mahu lari. Aku tak berani nak tatap mata dia. Aku takut cinta itu akan kembali.

Please, don't. Jangan jatuh pada dia, Erina. Kau harus lawan dengan perasaan kau.
.
.
.
Aku mengemop lantai sambil menyanyikan lagu Jar of Hearts by Christina Perri.

'Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars,
Collecting your jar of hearts,
And tearing love apart,
You're gonna catch a cold,
From the ice inside your soul,
So don't come back for me,
Who do you think you are?'

Aku mengerling Am yang tengah keluar masuk bilik aku.

Apa yang mamat tu buat eh?

Aku tidak mengendahkan dia. Kembali mengemop lantai.

Kembali sambung menyanyi.

'It took so long just to feel alright,
Remember how to put back the light in my eyes,
I wish I had missed the first time that we kissed,
'Cause you broke all your promises,
And now you're back,
You don't get to get me back.'

Tak boleh jadi ni. Aku meletakan mop dan baldi ke tepi dinding. Aku nak tahu apa yang dia buat kat bilik aku.

Perlahan-lahan aku menaiki anak tangga. Sampai di pintu bilik, aku melihat Am mengangkat baju aku, barang milik aku dan memindahkan ke biliknya.

Bilik kami.

What are you doing, Am?

Hidung aku mula kembang kempis. Buat hal la mamat ni.

Aku berdiri tegak di pintu. Jadi patung cendana.

Am gigih mengangkat kesemua barang aku. Dia terperasankan aku di pintu.

Aku menyilangkan tangan. Menghalang dia keluar.

"What are you doing? Nak ke mana? Siapa bagi izin sentuh barang Reen?"

"Tepila."

"Am... I'm talking to you."

"Sambung la nyanyi lagi. Sengaja je kan nyanyi lagu tu. Nak buat Am terasa?"

"Oh please. It's not related with you. Jangan nak perasan, okay."

"Am tak lembap."

Baguslah kalau kau faham. Tak perlu aku nak explain panjang lebar.

"Kenapa angkat barang Reen? Bawak pindah masuk bilik Am?"

Dia tidak mengendahkan aku.

Aku mengekorinya dari belakang.

"Malam ni kan family Am nak datang. Diorang nak tidur sini. Reen nak rahsia kita pecah ke? Kantoi tidur asing?"

Oh... Itu sebabnya.

"Then cakap jela perkara sebenar."

Am merengus.

"Reen nak cabar Am ke?"

Aku tak terniat nak cabar apa-apa. Tapi kalau itu yang orang lain perlu tahu, kenapa mesti nak berpura?

"Nak Am malu depan semua orang? Tak pernah sentuh Reen sepanjang kita kahwin, macam tu?"

Melenting pulak tetiba.

"Calm down. Kenapa nak marah?"

Aku menghela nafas dalam-dalam.

"I'm your husband, Reen. Tapi Reen tak pernah nak anggap Am suami."

Aku menundukkan muka. Rasa sayu mendengar bicaranya. Aku isteri yang berdosa.

"I'm sorry, Am. Reen tak bersedia lagi."

"Sampai bila tak bersedia? Nak tunggu sampai Am mati?"

Mati? Jangan sebut perkataan tu. Aku takut nak dengar.

Aku melangkah masuk ke bilik kami. Duduk di birai katil.

"Don't say like that. Let's take it slow. Am tahukan, luka yang Am beri terlalu dalam? I need more more time. Tolong, jangan desak Reen."

Aku harap dia mengerti.

Am menggeleng.

"I try to understand you. Tapi nampaknya... Reen da berjaya balas dendam. Seksa jiwa raga Am."

Memang ini yang patut kau rasa, Am. Kifarah itukan ada.

Am ke bilik sebelah. Ke bilik aku. Tidak mengendahkan aku. Dia menyambung kembali mengambil semua barang milik aku pindah ke bilik ini.

Sukati kau la, Am. Buat la apa yang kau suka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience