Bab 22

Romance Series 57159

Ely menghantar aku pulang. Am tak dapat jemput aku. Aku taktau kenapa dia tiba-tiba nak berhangin.

Aku memberi salam. Tiada sahutan.

Am duduk di sofa. Matanya fokus memandang televisyen. Tegang saja wajahnya.

"Am... Dah makan belum?"

Dia diam membisu. Sedikitpun tidak menoleh ke arah aku.

"Nak makan apa? Nanti Reen masakkan."

Diam lagi. Agaknya dia stress banyak kerja kat pejabat kot.

"Reen naik atas dulu. Nak mandi. Penat."

Hairan aku. Tiba-tiba dia jadi dingin. Beku.

Baru saja nak melangkah ke anak tangga pertama, terdengar suaranya keras memanggil aku.

"Nur Erina."

Panggil aku dengan nama penuh? Sah. Dia tengah marahkan aku.

"Duduk sini."

Seperti satu arahan aku hanya mengikut kata dia.

Dia memandang tajam ke arah aku.

"Am tak sangka yang Reen curang belakang Am."

Ah sudah. Apa pulak bala datang ni? Tiba-tiba je aku kena tuduh.

"Apa yang Am cakap ni?"

"Jangan nak buat-buat tak faham. Reen tahu apa yang Am maksudkan."

Aku terkelu. Ni mesti pasal Reza.

"Am jangan nak tuduh Reen melulu. Dengar dulu apa Reen nak cakap."

"Nak jelaskan apa lagi? Am nampak dengan mata Am sendiri yang Reza ada duduk berbual dengan Reen dan Ely. Dan point dia, siap pegang tangan."

Benda ni yang aku paling takutkan. Timbul fitnah.

"Betul la dia tu skandal kan? Huh, tak sangka. Nampak je muka baik, tapi kat belakang..."

Am mencebik. Telinga aku jadi berdesing.

Suka hati dia tuduh aku yang bukan-bukan. Sampai hati kau, Am.

"Am tuduh Reen? Dia bukan skandal. Dia cuma sahabat Reen dari kecil. Sebelum Am wujud dalam hidup Reen, dia da ada. Tapi... Dia tak pernah sekalipun buka hati Reen!!!! Am je yang berjaya buka hati Reen. Kenalkan Reen dengan cinta. Kalau dia jadi skandal sekalipun, kenapa? Marah? Waktu Am hilang tinggalkan Reen, ada Am datang pujuk? Am selfish. Dan sampai sekarang pun masih selfish. Intip Reen. Tuduh Reen. Tak pernah nak percayakan Reen. Suami jenis apa macam ni?"

Aku menyeka air mata. Biar aku luahkan semuanya. Lelaki macam dia terlalu pentingkan diri sendiri. Lepastu, nak tuduh aku jahat.

"Reen ingat bila kita da kahwin, Am ubah kesilapan lama. Tapi nampaknya tidak. Makin keruh. Jangan nak tuduh Reen bukan-bukan disebabkan cinta Reen kat Am hilang. Am puncanya!!! Buat hati Reen mati. Ingat sikit apa yang Am pernah buat kat Reen, sampai mati Reen takkan lupa. Parut tetap ada. Luka lama kembali berdarah. Jadi... Jangan nak tambahkan keserabutan yang ada. Reen benci Am. Benci sangat!!!"

Aku tidak betah melihat wajah dia. Menyakitkan hati. Aku terpaksa bersetuju kahwin dengan dia. Dan sekarang, dia nak apa lagi?

"Reen... Am takde maksud..."

"Sudahlah. Am memang tak guna. Da cakap macam-macam lepastu nak kata takde maksud."

Aku terus berlari ke tangga dan menuju ke bilik tidur. Aku mengunci pintu. Dan bersandar di dinding bilik.

Kau tak guna, Am. Kau tak percayakan aku.
. .
. Aku sedih sangat. Rasa nak lari jauh dari sini. Am tak percayakan aku.

Aku memandang bintang di langit. Kelam. Walaupun cahaya bintang tu terang menyinar. Tapi ia tetap kesunyian. Jarak satu bintang ke bintang lain. Nampak dekat tapi sebenarnya jauh.

Apa akan jadi antara aku dan Am?

Aku memeluk tubuh. Sejuknya. Rasa macam nak demam.

Aku menutup pintu balkoni. Angin malam selalu buat aku begini. Kesejukan.

Aku membaringkan diri ke atas katil. Cuba melelapkan mata. Mahu hilangkan rasa kecewa. Esok, aku tak tahu apa yang akan bakal jadi.

Am... Tak boleh ke buat aku rasa gembira walaupun sekali? Kenapa air mata aku sering tumpah kala mengingati kau?

Tidur, Reen. Pejamkan mata. Esok banyak lagi perkara yang kau harus hadap.

Iya. Aku cuba memujuk hati sendiri. Dan malam pun berlabuh sepi.
. .
. Aku tersedar dari lena. Cahaya matahari masuk merembesi langsir di tingkap. Menggeliat malas.

Kenapa macam ada hembusan halus kat tepi telinga?

Aku memusingkan badan. Seseorang berbaring di sebelah.

Am.

Apa dia buat kat bilik aku ni? Jap, kenapa aku berselubung dengan selimut tebal?

"Am..."

Aku menggerakkan badan dia. Tidur mati pulak mamat ni.

"Am... Bangunlah."

Dia menggerakkan badan. Mencelikkan mata.

"Reen..."

"Apa Am buat kat sini? Macam mana boleh masuk sedangkan semalam... Reen kunci pintu bilik."

Aku jadi termangu. Aku mimpi ke?

Am meletakkan tangannya ke dahi aku. Sejuknya tangan dia. Eh silap, kenapa dahi aku terasa panas membahang?

"Reen demam panas. Pagi tadi Am nak kejutkan subuh. Reen menggigil kesejukan."

Aku tak sedar langsung.

"Pukul berapa sekarang?"

"Pukul 8.30."

Aku segera bingkas bangun. Aku perlu ke butik.

"Reen... Tak payahlah pergi kerja. Rest la. Am da call Ely. Dia pun suruh Reen rehat je."

"Tapi Reen rasa macam da okay."

Aku cuba menggagahkan diri juga ke tempat kerja.

"No. No. No. Stay. Baring. Muka Reen pucat sangat. Rehat je okay, sayang."

Am menghalang aku.

"Am masakkan bubur ayam eh? Dengan sup. Biar kurang sikit panas tu."

Aku memegang perut. Lapar.

"Baring. Rest. Am ke dapur dulu."

Aku hanya memerhatikan langkah dia. Semalam dia marahkan aku sangat sampai aku emosi.

Tiba-tiba pagi ni aku demam. Demam terkejut kena tuduh agaknya. Sukar nak predict sikap Am. Angin dia selalu berubah. Kejap okay. Kejap tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience