Bab 9

Romance Series 57151

Aku memandang diri di cermin.

Menatap wajah yang dihias cantik. Adakah aku akan rasa bahagia mengahwini Am?

Tidak. Ini bukan kemahuan aku. Ini kemahuan mama.

Aku ingin melihat mama tersenyum.

Erina yang lama takkan kembali, Ma.

Teringat saat papa menghembuskan nafas terakhir. Saat itu papa kelihatan mencungap-cungap.

Aku mengurut dada papa.

"Erina sayang, kalau papa dah takde, jaga mama. Buat mama happy. Erina jaga diri baik-baik. Jangan simpan dendam kat Am. Dia pasti ada reason tersendiri. Papa tak boleh lama lagi. Papa... Sayang... Erin-a..."

"Papa....... Jangan tinggalkan Erina."

Papa pergi. Tinggalkan aku berdua dengan mama.

Sejak itu, cinta aku turut pergi dengan kematian papa.

Aku benci kau, Am. Aku akan buat kau rasa menyesal.

"Reen, semua da ada kat sini. Jom sayang."

Aku menyeka perlahan air mata.

Mama memaut aku. Menarik tangan aku ke luar bilik.

Tetamu dah berkerumun.

Sebentar lagi, majlis akad nikah akan berlangsung.

Aku bakal bergelar isteri kepada Amir Rizqi bin Hakimi.
.
.
.
Aku melihat Am duduk di hadapan tok kadi. Dia memandang aku lama.

Aku melarikan pandangan. Aku mahu hentikan perkahwinan ini.

Hati mama aku harus jaga. Takpelah. Biarkan je hati aku rasa sakit.

Tak sangka, kali ni Am nekad nak kahwin dengan aku. Mungkin baru sekarang dia ready. Atau mungkin dia cuma mahu kotakan janjinya pada mama.

Aku rasa kosong. Tidak seperti empat tahun yang lalu.

Aku dah lama move on. Kenapa kau datang ganggu hidup aku kembali?

Kau jahat, Am.
.
.
.
Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya.

Tiada rasa nak menangis. Sebab apa yang aku lakukan ini kerana dendam. Biarpun ianya bakal membakar diri aku.

I'm not yours, Am.

Jangan bermimpi.

Mama memeluk aku. Mak Am juga. Baguslah semua orang happy. Ely menggenggam tangan aku. Cuba meyakinkan ini yang terbaik untuk semua orang.

"Accept him, Reen. Jangan keraskan hati."

Ely berbisik di telinga.

Aku menggeleng. Takkan.

Lalu tersenyum pahit di depan mereka. Am mengerling aku dari ekor matanya.

Kerlinglah aku macam mana sekalipun. Susah untuk aku terima dia.
.
.
.
Majlis resepsi dilangsungkan di Hotel JW Marriot.

Aku mengenakan baju berwarna Maaron seperti yang disarankan mama.

Ikutkan hati, mahu saja pakai warna hitam.

Ely menjadi pengapit.

"Reen, senyum sikit. Muka kau kelat sangat. Takde seri pengantin. Mama kau pesan kat aku paksa kau senyum."

Ely membisikkan sesuatu di telinga.

Aku menjeling Ely sekilas.

Am memandang aku. Aku tahu dia pasti terasa dengan kedinginan aku.

Aku dipaksa kahwin. Wajib ke membuat muka ceria?

Okay, nak aku pura-pura kan di depan semua orang?

Baiklah. Permainan bermula sekarang.

Lantas, aku mengukirkan senyuman plastik di hadapan tetamu.

Kau takkan rasa happy dengan aku, Am.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience