Bab 34

Romance Series 57159

Bola mataku fokus menghadap televisyen di dalam bilik hospital ini.

Rancangan variety show Running Man sekaligus membuatkan aku tertawa. Melupakan seketika pertengkaran antara Am dan Reza semalam.

Pening kepala aku dengan mereka berdua. Yang sorang kawan, yang sorang lagi suami. Sudah tentulah aku harus mengutamakan Am.

Tahu apa jadi semalam setelah aku pengsan? Ely kata Am dan Reza menggelabah melihat aku tidak sedarkan diri. Tahu pulak masing-masing cuak melihat keadaan aku. Siapa suruh bertekak lagi depan aku? Lepas aku pengsan, Ely terus halau Reza balik. Nasib Am tak melayangkan buku lima dia.

Yang aku ni pun satu, asyik nak pengsan je sekarang. Kurang air. Kurang darah. Doktor pesan kena banyak makan hati. Hati dan pedal ayam okay, bukan makan hati sebenar lalu kunyah. Memang nak diikutkan, aku banyak makan hati. Lagi-lagi dengan sikap orang sekeliling.

Benar-benar terasa!

Tak faham aku dengan perangai Reza. Suka cari pasal. Nampak yang dia dengkikan Am. Lantak kau la, Reza. Kalau kau ganggu hidup aku, aku lempang muka kau.

Pintu bilik terkuak. Seperti biasa Am yang menemankan aku tiap masa.

"Morning, Reen. Bangun da?"

Aku memandang sekilas ke arahnya. Kata-kata tajam dia semalam menusuk hati aku.

'Sekurangnya aku recycle. Tak buang terus.'

Aku disamakan dengan sampah? Well done, Am.

"Laa... Layan Running Man ke?"

Aku masih lagi fokus memandang skrin televisyen.

"Running Man lagi penting daripada Am?"

Aku membuat muka tak tahu.

"Erina..."

Dia duduk di tepi aku.

"Am... Reen nak balik rumah."

Am mengangguk.

"Boleh. Tapi Reen kena sihat dulu."

"I'm fine."

Aku nak balik rumah. Fullstop.

"No. You're not fine."

"Sayang... Listen to me. Reen kena sihat dulu."

"Bila Reen boleh discharge?"

Aku taknak berlama kat sini.

"Doktor cakap bergantung pada kesihatan Reen. Maybe esok."

"Am... Am I trash?"

Am mengelus rambut aku.

"No. Kenapa cakap macam tu?"

"Semalam tu apa? Cakap dengan Reza yang Reen ni bahan recycle."

Am menarik nafas.

"I'm sorry. Am takde niat nak cakap macam tu. Am saja nak sakitkan hati Reza."

Saja?

Hati aku? Telinga aku yang mendengar?

"Reen terasa ke? Takde pape meaning pun. I'm so sorry."

"Please don't say sorry again and again."

Aku taknak berkali-kali dia ucapkan kata maaf.

Hati aku bukan kuat mana pun.

"Okay. Am taknak sakitkan hati Reen lagi."

Yela tu. Telinga aku da lali dengar benda yang sama. Taknak sakitkan hati konon. Tapi, itu jugak yang kau buat. Kata-kata kau yang menyakitkan aku tanpa kau sedar.

Am mencuit hidung aku.

"Janganlah marah Am. Karang tak pasal je Am kena sumpah jadi Shrek."

Shrek kena jadi hodoh, tak hensem, tak comel.

Am yang di depan aku tak layak langsung nak jadi Shrek.

Dan aku... Mahu jadi Princess Fiona yang buruk rupanya, tapi hatinya lembut. Aku juga tidak layak menjadi Princess Fiona sedangkan hati aku tersangat keras. Keras bagaikan batu kerikil. Tidak bisa menembusi apa-apa rasa.
. .
. Nasib baik aku tidak berlama di hospital. Kesihatanku bertambah pulih sediakala. Am memaksa aku berehat saja di rumah.

Aku tidak mahu membebankan Am. Dia mengambil cuti lagi. Katanya, aku tidak boleh dibiarkan keseorangan.

Am. Stop being caring, please.

Aku takut nak hadap, dulu dia macam ni la. Caring, penyayang. At the end, dia tinggalkan aku.

Aku yang sebenarnya complicated ataupun dia? Cuba la berdamai dengan dia, Reen. Lagipun, dendam takkan ke mana. Jangan ego, Reen. Buka hati kau kembali. Biarkan dia ambil hati kau sekali lagi.

Tidak.

Iya.

Aku menggelengkan kepala. Kata hati dan fikiran sering berlawanan.

Mungkin, aku kena mintak petunjuk daripada Allah. Hanya DIA yang Maha Mengetahui dan Berkuasa, Reen. Dan, kau akan temui jawapan kepada persoalan yang kau cari, Reen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience