Bab 50

Romance Series 57151

Aku memeluk Am dari belakang. Entah kenapa berat mahu melepaskan dia pergi uruskan hal yang tergendala di Sarawak.

Am senyum. Jarang aku bermanja begini.

"Kenapa ni?"

Aku masih tidak mahu melepaskan. Rasa tidak sedap hati. Seperti dia akan meninggalkan aku.

"Sayang..."

Am memusingkan badannya. Menghadap aku.

"Am pergi kejap je. Seminggu."

Aku mencemikkan bibir.

"Tak payah pergi boleh tak, Am? Nanti Reen bagitahu Uncle Lim untuk gantikan orang lain."

Am mencuit hidung aku.

"No. Am kena handle project tu jugak. Da lama sangat delay."

Aku seperti mahu menangis. Tak tahu kenapa rasa sensitif.

Am meletakkan tangan ke perut aku. Kandungan yang baru berusia empat bulan.

"Kalau ikutkan hati, Am pun taknak pergi. Am nak ada kat sisi Reen. Setiap masa. Dengan baby kita."

"Then, tak payahlah pergi, please. Kalau Am pergi siapa nak jengukkan Reen?"

Am memegang kedua bahu aku. Memaksa aku menatap anak matanya yang cantik.

"Sayang, it's just for a week. Nanti Am balik la."

Aku menggelengkan kepala. Mula mengada. Entah kenapa aku takut dia pergi ke sana kali ni.

Hati aku rasa lain. Tak sedap hati.

Aku sambung memeluk dia lagi. Sejak jadi mommy aku asyik nak clingy dengan dia.

Nasib baik Am bukan jenis yang baran. Kalau tak da lama aku kena tolak sebab mengada.

"Hmmm. Nak ikut... Bawak Reen pergi sama."

Am tergelak. Pening agaknya melayan kerenah aku.

"Nak ikut? Bahaya la. Keadaan Reen macam ni. Asyik nak muntah. Tak payah la. Stay je kat rumah okay."

Aku mahu membantah, dia meletakkan jarinya ke bibir aku.

Sepantas kilat, cupp!

Terasa hangat di bibir. Tak sempat nak mengelak.

Hati aku rasa berbunga. Gatal la Am ni. Sikit-sikit nak kiss.

Baru aku tahu perangai sebenar dia. Kadang-kadang nampak cool, kadang-kadang nampak pemalu, kadang-kadang juga nampak selamba.

Am... Am...

Aku sayangkan dia. Tak mahu kehilangan dia lagi.

"Esok flight Am pukul berapa?"

Aku membantu Am melipat pakaiannya.

"Pagi. Pukul 10."

"Reen hantar pergi airport boleh?"

Am memandang aku sekilas.

"No. You stay at home."

"Alaa... Boleh la. Boleh la."

Sengaja menggedikkan suara. Oh my god, Erina. Kau... Sejak bila jadi gedik?

Am mengelus rambut aku.

"Apesal manja sangat ni? Sensitif pulak dia."

Aku menundukkan wajah. Buat muka merajuk.

"Am bukan nak halang. Tapi, Reen sorang kat sini. Am taknak benda buruk berlaku. I love you so much."

I love you?

Perkataan yang aku tak mampu nak ucap kat dia selepas empat tahun.

Aku sayangkan dia sangat. Sangat.

Tapi cinta?

Kenapa perasaan aku jadi ego? Kenapa susah aku nak mengaku aku cintakan dia?

I don't know.

Betul ke cinta yang hilang tak mungkin kembali, Erina?

Am... Jangan pergi. I need you.
. .
. Pagi ni aku semangat masak Nasi Lemak Special untuk dia.

"Reen... Rest jela. Tak payah masak."

Am menarik tocang rambut aku sebaik saja masuk ke dapur.

"Saja je. Nak breakfast sama-sama. Nasi Lemak special. Am ingat Nasi Lemak Am je sedap?"

Aku menumis sambal ikan bilis.

Agaknya baby aku kot yang nak makan.

Am ketawa.

"Dah. Pergi duduk. Biar Am pulak yang sambung masak."

Am menghalau ke tepi.

Eh chef ni, mula la nak tunjuk hebat. Poyo je.

Aku menarik kerusi. Memandang dia dari belakang.

Aku rasa bahagia.

Semoga tiada halangan untuk kami lagi. Reen tak boleh hidup tanpa Am.

I can't.

Kalau dia tiada, aku mungkin jadi gila.

Am memasak dengan penuh gaya. Comel.

Hilangkan debaran kat hati ni, ya Allah.
. .
. Am dah bersiap. Di muka pintu.

Memandang aku dengan senyuman manis. Wajahnya berseri.

"Please, Am. Can I send you to the airport? Nanti nak balik rumah, Reen mintak Ely jemput. Boleh la..."

Aku harap Am mengizinkan.

Am memandang aku lama. Mata aku mula berkaca.

Am menghela nafas. Panjang.

"Okay, sayang. Jom. Kita pergi airport sama-sama ye."

Yes. Finally.

Setelah puas aku pujuk. Akhirnya dia bersetuju.

Aku terus naik ke bilik dan mengambil tas tangan.

Mengunci pintu rumah dan memaut lengannya mesra. Tidak mahu lepaskan lagi. Seperti tiada hari esok.

Setibanya di airport, aku jalan beriringan dengan dia.

Suasana yang hingar bingar membuatkan aku terasa mual.

Am melihat tingkah aku.

"Are you alright?"

Aku menggeleng kepala.

Rasa pening. Aku nak makan benda masam. Something like jeruk.

"Come. Kita duduk dulu."

Am memandang aku lama.

"Reen ni degil kan? Kalau adik Am, da lama Am piat telinga tu. Stay kat rumah taknak."

Aku mencemik.

"Nak pape tak? Am belikan."

"Reen nak jeruk. Benda masam. Asam boi atau air mangga, pleaseee..."

Am mengangguk tanda faham.

"Okay. Tunggu Am kejap. Jangan gerak mana-mana."

Am bingkas bangun dan meninggalkan aku.

10 minit kemudian...

Am menghulurkan air mangga, dan jeruk.

Sedapnya, kecur air liur aku.

Tanpa menunggu lagi, aku terus mengunyah jeruk tu.

Yummy...

Aku membuat muka senang hati. Berkerut Am memandang aku.

"Sedap sangat ke? Masam okay."

Aku menjeling.

Sedap la jugak untuk mommy pregnant.

Am memandang aku lama. Wajahnya nampak murung.

"Kenapa?"

Am tersenyum hambar.

"Seminggu Am kat sana, mesti Am rindukan Reen."

Of course la. I'll miss you too.

Am melekapkan tangannya ke perut aku. Memandang baby lama.

"Sayang, jaga mommy baik-baik. Nanti papa balik."

Aku tersenyum dengan gelagat Am.

"Papa pun jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal. Ingat mommy kat sini. Kalau nampak perempuan cantik, jalan tunduk je. Jangan nak gatal kat sana. Kalau mommy dapat tahu, mommy rotan dia."

Aku menjawab bagi pihak baby. Hahahaha.

Am menarik hidung aku.

"Nasib baik sini public, kalau tak siaplah kena cium bibir tu."

Aku menjengilkan mata.

Berani ke? Depan public wei. Jangan nak buat gila. Nanti tak pasal je viral. Sepasang suami isteri dilihat bercumbu di khalayak ramai. Oh my god. Takleh nak bayangkan wei.

"Eleh... Nak gatal bukan tengah orang ramai, okay."

Aku mencubit lengan dia.

Ada announcement kedengaran.

Am bingkas bangun.

Dia da nak pergi. Aku rasa sedih.

"Am kena pergi da. Erina, jaga diri baik-baik. Nanti hari Jumaat, Am balik. Tunggu Am tau. Jaga baby kita elok-elok. Nanti mesti Am rindu. Takpe, sampai sana kita video call, okay."

Aku rasa mahu menangis mendengar pesanan dia. Reen pun akan rindukan Am. Reen nak ikut Am.

Aku memeluk dia. Lama. Tak mahu lepas.

"Okay. Take care. Nanti Reen suruh Ely jemput balik rumah jap lagi."

Am mengelus rambut aku.

"Bye, sayang..."

Aku menyalam tangan dia. Rasa taknak lepas.

Am jalan ke depan. Sampai di kaunter check in, Am memandang aku sekali lagi. Melambaikan tangan.

Am...

Semoga dijauhkan perkara yang kurang baik. Reen tunggu Am pulang hari Jumaat.

Dan aku... Memandang langkahnya dengan hati yang berselirat. Gundah gelana.

Take care, Am. Reen dan baby setia tunggu Am di sini.

Aku menyeka air mata. Mimpi yang berulang menakutkan aku.

Tuhan, tolong jagakan dia dengan sebaiknya. Aku boleh jadi gila kalau dia tiada di sisi aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience