Bab 40

Romance Series 57159

Aku menyusuri tepian pantai. Port Dickson. Aku jarang ke sini.

Am tahu, tiap kali hati aku rasa serabut, aku pasti mahu menjejakkan kaki ke pantai. Menghadap laut di hadapan.

Aku tiba di sini pukul dua pagi. Am hantarkan aku.

Wajah Am nampak berat mahu melepaskan aku keseorangan di sini. Tapi, aku perlukan ketenangan.

Aku mahu tahu di mana terletaknya rasa cinta aku padanya. Masihkah lagi? Atau sudah benar-benar hilang.

Teringat kata-kata Am sebelum keluar dari kereta dia.

"Erina, Am harap sangat Erina akan pulang. Jangan berlama di sini, ya. Am tunggu Reen balik. Pergilah. Carilah ketenangan yang Reen nak. Am harap Reen rindukan Am. Jaga diri baik-baik."

Bicara dia...

Aku rasa terhiris.
. .
. Aku duduk di bangku. Menghadap matahari terbenam.

Kalau Am ada kat sini, pasti romantik. Berdua.

Kenapa aku teringatkan dia tiba-tiba? Baru sehari. Rindukah aku padanya?

Aku mengeluarkan telefon bimbit.

Am menghantar WhatsApp.

'Reen, okay tak kat sana? Reen tengah buat apa? Jangan jalan jauh sangat. Ingat pesan Am, jaga diri baik-baik.'

Pagi, petang, malam. Am tak pernah berhenti menghantar pesanan pada aku. Barangkali dia risaukan aku.

I can take care myself, Am.

Ada seorang makcik melabuhkan punggung di bangku sebelah aku.

Aku menghadiahkan senyuman manis.

"Anak ni buat apa seorang diri kat sini?"

Makcik tadi ramah menegur aku.

"Saja. Nak saksikan keindahan alam yang terbentang luas."

"Cantik. Makcik pun suka matahari terbenam. Arwah suami makcik suka bawa makcik datang ke sini dulu."

Aku terus memandang wajah makcik tadi. Ada air jernih bertakung di birai matanya.

"Maafkan saya, makcik. Saya tak tahu yang..."

"Takpe. Makcik da biasa hadap. Arwah pergi menghadap ilahi saat makcik berbadan dua. Makcik tertekan. Makcik keguguran. Dan sampai sekarang, makcik tak kahwin dengan sesiapa. Makcik terlalu sayangkan dia."

Aku memegang tangan makcik itu. Cuba beri kekuatan padanya.

"Anak ni nama apa?"

"Saya Erina. Makcik boleh panggil saya Reen."

"Manisnya nama. Erina... Sedap. Secantik orangnya."

"Erina buat apa seorang diri kat sini? Bahaya tahu tak. Sekarang bermacam kes jenayah. Erina dahlah cantik."

Aku senyum.

"Erina dah kahwin? Ke masih single?"

"Saya dah kahwin."

"Datang sini buat apa? Mana suami Erina?"

Aku tak tahu mahu jawab apa.

"Suami saya kerja."

Ringkas aku menjawab.

Makcik itu memandang aku lama.

"Makcik lupa nak kenalkan diri. Nama makcik... Maria."

Aku mengangguk.

"Erina macam ada masalah je. Gaduh dengan suami ke? Maaf. Makcik bukan nak menyibuk. Makcik cuma dapat rasakan yang Erina tengah hadapi masalah. Suami Erina buat hal ke?"

Hal rumahtangga aku. Aku rasa takut mahu menghebohkan kepada orang yang baru aku kenal 5 minit yang lalu.

"Kalau Erina rasa tak selesa nak cerita, takpe. Makcik tahu makcik orang luar. Apapun, selesaikan secepat mungkin. Jangan jadi seperti makcik. Penyesalan yang terlalu dalam."

Makcik Maria pasti menyimpan kisah duka yang mendalam.

"Suami saya baik, makcik. Tapi... Saya tak dapat terima sikap dia yang kadang-kadang pentingkan diri sendiri."

Am memang baik. Tapi, aku tak boleh terima bila dia lukakan hati aku.

"Pasti dia ada sebab yang dia tak mampu nak ceritakan."

Mungkin iya. Mungkin tidak.

"Makcik tak tahu nak tolong macam mana. Makcik boleh bagi pendapat je. Erina kena fikirkan sedalamnya. Adakah Erina masih cintakan dia? Jika dia tiada di depan mata, rindukah Erina padanya? Terima cara dia. Pemikiran lelaki tak sama macam perempuan. Mereka fikir tindakan mereka kadang-kadang betul, walaupun sebenarnya tersangat salah. Makcik rasa suami Erina terlalu sayangkan Erina."

Aku menghela nafas. Bersedia untuk bercerita kisah aku dan dia.

"Dulu, dia tinggalkan saya, makcik. Atas alasan yang sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya. Saya sedih. Terasa dipermainkan. Dia tinggalkan saya sehari sebelum perkahwinan. Papa saya pergi menghadap ilahi. Saya takde tempat bergantung. Yang saya ada cuma Mama. Tapi, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. Jodoh saya dengan dia akhirnya."

"Dah berapa lama Erina kahwin?"

Aku memandang cincin di tangan.

"Lima bulan."

"Perkahwinan Erina baru lagi. Erina terasa hati dengan dia, sebab tu tak boleh terima dia kan?"

Aku menunduk. Mengangguk.

"Jangan paksa dia. Kalau dia taknak bercerita, jangan desak dia. Beri dia waktu. Jangan beremosi. Makcik percaya suami Erina tersangat baik. Cuma kadang-kadang dia pentingkan diri sendiri. Biasa la. Lelaki ada egonya."

"Makcik pernah berada di situasi, Erina. Pernah jadi keras hati macam Erina. Dia pergi menghadap ilahi saat makcik sudah terima dia. Allah sedarkan makcik. Namun, terlambat. Jadi, Erina... Apapun yang dia lakukan, cuba hargai dia. Rendahkan ego. Maafkan segala kesalahan dia. Terima dia dengan hati yang terbuka. Jangan berdendam. Dendam akan membakar diri Erina."

Mataku berkaca. Kata-kata makcik Maria tajam menusuk. Ayat terakhir sama seperti ayat Ely.

"Cuba pandang langit. Pejamkan mata. Wajah siapa yang terbayang di dalam fikiran Erina. Nanti Erina akan tahu jawapan. Sekarang... Mari kita saksikan keindahan Allah. Cantik kan matahari terbenam?"

Aku mengangguk. Cantik sangat. Aku patut ajak Am ke mari.

"Dah nak masuk maghrib. Makcik nak solat."

Dia mencapai sesuatu dalam tas tangan. Kad nama dihulurkan.

Maria Isabella.
CEO Maria Bridals.

Wahh. Makcik Maria bukan calang-calang orang. Tapi, penampilannya nampak bersederhana. Humble sangat.

"Anything boleh call makcik. Erina pun balik cepat. Hari dah gelap. Bahaya seorang diri macam ni. Makcik pergi dulu. Assalamualaikum."

Aku mengangguk. Menjawab salam dia.

Lagi lima minit aku balik bilik. Aku memandang langit. Memejamkan mata. Cuba mengikuti saranan Makcik Maria.

Aku membuka mata. Memegang dada.

Benar. Makcik Maria betul. Aku salah.

Wajah Am yang berada dalam fikiran aku.

Am...

Maafkan Erina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience