Bab 31

Romance Series 57151

Aku melangkah masuk ke dalam lif. Sambil mengerling mangkuk tingkat di tangan. Mama menyuruh aku membawakan makanan bekal dari rumah untuk papa. Teruja papa menelefon mama mahu merasa Ikan Patin Tempoyak.

Baru saja lif ditutup, seseorang menahan pintu lif dengan tangan. Seseorang yang membuatkan jantung aku berdebar sedikit laju.

Lelaki itu. Amir Rizqi. Lelaki yang sama memayungkan aku dalam kehujanan ketika aku mahu pulang ke rumah.

Aku memandang dia. Dia memandang aku.

"Hey, Erina kan? Still remember me? Payung?"

Of course la aku ingat. Lesung pipit dia part yang aku susah nak lupa. Manis.

Aku membalas senyuman dia.

"Apa you buat kat sini?

Aku menunjukkan mangkuk tingkat di tangan.

"Oh I see. Kawan you kerja sini kan?"

Aku mengangguk tapi lambat-lambat. Rasa bersalah membohongi dia.

"So you turun tingkat berapa?"

"Tingkat 16."

Laju aku menjawab.

"16?"

"Oh sama tingkat dengan department I. Tapi I kena naik tingkat 19 kejap. Jumpa member. By the way, kawan you bahagian mana?"

Ah sudah. Kawan yang tak wujud. Apa pulak alasan aku nak kelentong dia ni?

Pintu lif terbuka. Aku cepat-cepat keluar. Kalut bila ditanya soalan begitu.

"Hey, Erina... Tu bukan tingkat 16."

Pintu lif tertutup.

Sayup-sayup suaranya kedengaran.

Aku memandang nombor di dinding. Tingkat 14. Ciss...

Aku kena menapak lagi dua anak tangga. Tu la nak melarikan diri daripada pertanyaan lelaki bernama Am.

Sehinggakan aku yang terseksa diri. Aku menekan butang lif.

Alamak, terhegeh pulak lif ni.

Telefon bimbit berdering. Memainkan nada dering 40 Kindness of Sadness by Ryan Cabrera.

"Hello, Pa. Erina tengah tunggu lif. Jap, on the way."

"I'm coming."

Segera aku memanjat anak tangga.

Sampai di tingkat 16, aku masuk ke ruangan pejabat. Aku menghadiahkan senyuman ke arah setiausaha papa.

Lantas, terus menolak pintu bilik. Opss. Ada tetamu.

Tak menyempat sangat nak masuk. Aku memarahi diri sendiri. Baru saja mahu memusingkan badan ke pintu, papa memanggil aku.

Err...

"Erina, nak ke mana pulak tu?"

Aku memusingkan badan.

"Papa nak kenalkan dengan seseorang. My best employee."

Aku menyengih.

Sebaik saja seseorang itu memusingkan badan, aku terkedu.

Am!

Alamak. Kantoi menipu wei.

Dia juga beriak terkejut.

"Amir, she is my daughter, Erina."

Am tersenyum memandang aku. Am menghulurkan tangan. Aku menyambutnya di depan papa.

"Datuk, sebenarnya saya da kenal da dengan dia."

Alamak. Alamak. Alamak.

Please jangan cakap dekat papa yang kau payungkan aku tempoh hari. Please, Am. Aku taknak kena bebel.

Aku memandang Am sambil memberi isyarat mata padanya. Am mengerutkan dahi.

"Kenal masa bila? Interesting. Erina, tak cakap pun dengan papa."

Papa berpeluk tubuh.

"Tadi... Kitorang naik lif sama-sama."

Fuhh. Thanks Am. Kau selamatkan aku. Tak ceritakan hal sebenar.

Kalau tak, mati aku...

Am mengenyitkan matanya ke arah aku. Suka mengusik dia ni. Nampak je macam diam. Macam cool.

"Ohh. Ni la anak saya yang paling saya sayang. Satu-satunya anak tunggal."

"Cantik anak datuk..."

Eh, memuji aku pula. Nak membodek pulak.

Aku buat-buat menyengih.

Am memandang aku tajam. Habislah kau, Erina. Kau da tipu dia.

"Nah, papa. Bekal dari mama. Erina kena gerak sekarang."

Aku cepat-cepat meminta diri untuk pulang.

"Taknak lunch dengan papa ke?"

Aku menggeleng.

"Am, wanna join me for this lunch?"

"Its okay, datuk. Saya lunch di luar je."

Papa mengangguk.

"Bye, Pa. See you at home."

Aku menyalami tangan papa. Am hanya memerhati tingkah laku aku.

Aku keluar dari bilik papa. Am mengekori aku dari belakang. Aku mempercepatkan langkah.

Makin aku laju, makin dia mengejar. Cepat-cepat aku menekan butang lif.

Lembap la lif ni. Aduh.

Am mendekati aku. Sambil berpeluk tubuh.

"Mana satu kawan you tu?"

Aku membuat muka tak tahu. Buat-buat tak dengar.

"Erina..."

"Okay, okay. I'm sorry. Saya tipu awak. Takkanlah saya nak cakap saya anak bos."

Aku menukarkan panggilan I dan you kepada saya dan awak.

Am tersenyum sinis.

"Awak tipu saya. No wonder you look familiar, gambar awak atas meja datuk."

Hmm. Dari situ rupanya kau cam muka aku.

"Saya nak denda awak."

Denda apa pulak?

"Belanja saya makan. Then, baru saya maafkan awak."

Eh eh... Baru kenal.

"Okay. Tapi bukan harini. Lain kali la ye. Bye."

Semoga tiada lain kali. Aku mahu kurangkan debaran di dada. Am punyai aura yang aku sendiri tak tahu nak terangkan bagaimana.

Dia melambaikan tangan. Lif terbuka.

"Saya tuntut janji."

Am cuba mengingatkan aku. Kita tengoklah macam mana nanti.

Itu pertemuan kedua aku dengan Am yang sukar untuk aku lupakan.

Kau rindukan kenangan lama, Erina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience