Bab 53

Romance Series 57151

tiada siapa yang pernah tahu
tiada siapa yang pernah rasa
biar mereka coba mau, coba ada denganku

mestikah kau perlu menjauh
mestikah kau perlu menghalang
perasaan yang pernah datang
yang tak pernah hilang

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

jika aku yang engkau ingin
kunantikan satu jawaban
perasaan yang pernah datang
yang tak pernah hilang

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu rindu
yang selalu menantimu...

Lirik lagu daripada Kaer dan Amylea membuatkan aku rasa sedih.

Lagu Tak Pernah Hilang membuatkan aku hilang arah.

Ini hukuman untuk aku. Atas kesalahan menyalahkan dia di atas apa yang terjadi.

I miss you, Am.

Hari ini genap 100 hari kehilangan dia.

Perasaan aku? Bagaimana lagi?

Hati yang tercarik, bagaimana harus ku ubati?Tapi, aku masih mrngharapkan dia pulang. Kembali pada aku seperti dulu yang tak pernah tinggalkan hati dia jauh dari aku.

Am...

Aku memeluk baju T-shirt dia. Dengan linangan air mata, aku melelapkan mata. Berharap Am masuk ke dalam mimpi aku.

Walaupun cuma mimpi...
.
.
.
"Nur Erina..."

Suara memanggil. Sepertinya itu suara Am.

Aku memandang sekeliling. Tercari-cari suara Am.

Am...

"Sini... Am dekat sini."

Aku menoleh ke belakang.

Susuk tubuh seseorang.

"Am... Reen tengah mimpi ke ni?"

Am tersenyum manis. Memakai baju Melayu yang aku jahitkan.

Aku berlari mendapatkan dia. Namun, tubuhnya tak dapat aku sentuh.

"Reen... Am rindukan Reen. Kenapa kita terpisah sedangkan hati kita sepatutnya bersatu?"

Aku menangis teresak.

Aku tidak punya jawapan. Persoalan yang tidak mampu ku jawab.

"Am kat mana? Kenapa tak balik? Baby kita tunggu Am. Jangan seksa hati Reen lagi. Tolonglah."

"Jaga diri baik-baik sayang. Am akan selalu ada. Dalam hati Reen."

Bayangannya mulai kabur. Dia mahu menghilang lagi.

Am, jangan tinggalkan Reen sendirian di sini.

"Am!!!"

Aku keseorangan di situ. Jatuh terduduk. Rasa lelah.
.
.
.
Family Am datang menemani aku.

Ibu memeluk aku seeratnya. Mengenggam jari jemari aku seolah memberi kekuatan.

"Reen, ibu tahu Reen bersedih. Kami juga rindukan Am. Ibu yakin Am masih hidup. Banyakkan berdoa, sayang. Allah maha mendengar segala rintihan kita."

Iya. Aku tahu. Semua orang juga terkesan dengan pemergian Am.

"Am tak mati kan, bu? Am cuma hilang kan? Mungkin Am taknak ketemu dengan Reen. Mungkin Am marahkan Reen, merajuk dengan Reen."

"Doa banyak-banyak. Reen kena kuat. Fikirkan baby dalam perut. Kami juga bersedih. Tapi... Naluri ibu kuat mengatakan Am masih hidup."

Ibu juga seperti aku. Percayakan naluri.

"Reen mimpi dia. Bercakap dengan dia di dalam mimpi. Dia takkan tinggalkan Reen kan, bu? Dia dah janji nak jaga Reen sehingga akhir nafas."

Aku menangis teresak. Mula cakap merapu seperti seorang perempuan yang kurang siuman.

Misya datang memeluk bahu aku.

"Kak Reen, jangan nangis. Misya juga rindukan abang Am. Tiada siapa yang akan mengusik Misya lagi. Tawa abang Am juga tidak kedengaran lagi."

Misya kesenduan. Kami menangis bersama.

Air mata aku... Semakin kering. Siang malam asyik menangis. Mula menangisi takdir yang terjadi.

Am aku... Semoga Allah menghantar malaikat untuk menjaga dia tidak kira di mana dia berada.
.
.
.
Auntie Maria datang ke butik.

Katanya ada berita penting yang ingin disampaikan.

Aku mempelawanya duduk. Menghidangkan Moist Choc Cake untuknya.

"I have something important to tell you. Auntie harap Reen kuat."

Rasa berdebar.

Auntie Maria menghela nafas.

"Am... He's still alive."

Jantung aku tiba-tiba berdegup laju.

Am aku... Terima kasih, ya Allah. Kau makbulkan doa aku.

"Apa jadi? Mana auntie jumpa Am? Dia kat mana sekarang? I want to see him right now!"

Pertanyaanku mula bertalu-talu.

Aku nak jumpa dia sekarang juga.

"Reen, bawa bertenang. Sabar."

Sabar? Aku dah puas menangis. Bersabar.

"Auntie please... Reen nak jumpa Am secepat mungkin."

Auntie Maria menggenggam jari jemari aku.

"Okay. Baiklah. Nanti kita jumpa Am. Cuma auntie minta Reen bersabar. Doa yang baik-baik. Semoga Allah permudahkan semuanya. Percayakan takdir. Jika dia jodoh Reen, maka Allah akan dekatkan."

Aku terdiam tanpa kata.

Aku minta pengakhiran yang baik untuk kami. Dekatkan hati aku dan dia.

Cukuplah. Dua kali aku kehilangan dia...

Pedih untuk tanggung semua ini.
.
.
.
Aku mengikuti auntie Maria ke suatu tempat. Di kawasan terpencil.

Hospital.

Mungkin tempat di mana Am dirawat.

"Am ada kat sini ke auntie?"

Auntie Maria mendiamkan diri. Aku hanya berjalan mengekorinya.

Sehingga ke penghujung bilik. Aku menolak pintu.

Satu susuk tubuh terbaring lesu di atas katil.

Aku menghampiri katil.

That's him. Amir Rizqi.

"Am... I'm here. Bangun. Reen dan baby tunggu Am."

Aku memandang Am.

Wajahnya tenang. Namun, terdapat sedikit luka di mukanya.

"Auntie... Am koma ke?"

Mata auntie tidak berkalih dari melihat Am.

"Dia da sedar. Melepasi zon kritikal. Yes. Am koma selama beberapa bulan ni. He's struggling to be strong. Survive untuk Reen."

Aku menekup mulut.

Am...

Bangunlah. Jangan buat Reen sedih lagi.

Tolonglah kesiankan Reen. Apa akan jadi pada pengakhiran kita berdua?

Please.

"Auntie nak keluar kejap. Reen stay la sini. Mungkin Am tengah tidur. Biarkan dia rest. Dia masih lemah."

Aku duduk menopang dagu memandang wajahnya lama.

Patutlah aku selalu termimpikan dia. Rohnya berkeliaran selama ini.

Tekak aku mulai rasa dahaga.

Mahu ke kafe untuk membasahkan anak tekak.

Baru saja mahu berlalu pergi, lengan aku direntap.

Spontan, aku memandang Am.

Dia sudah terjaga.

"Who are you?"

Pandangannya tajam. Menikam.

He can't remember me. Am sudah melupakan aku.

"I'm Nur Erina. Am tak ingat Reen ke?"

Dia memandang aku lama. Seperti mahu berkata sesuatu namun tidak pula memperkatakannya.

Dia menggeleng.

Aku tahan air mata. Mahu berlari keluar dari bilik ini. Tidak mahu menangis di hadapan lelaki yang menganggap aku orang asing.

Aku berpaling. Mahu menghamburkan air mata di luar bilik.

"Nur Erina..."

Langkahku terhenti.

Am memanggil nama penuh aku.

"I'm sorry. I can't remember you."

Kejam.

Nampaknya aku sudah dilupakan.
Amir Rizqi, I'm still Nur Erina yang awak kenal empat tahun lalu.

Saya takkan pernah berganjak. I'm your wife. And always be.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience