BAB 24

Romance Completed 112655

Wanita yang dulunya anggun dan dikenali oleh golongan atasan dan sering bergaul dengan wanita-wanita yang setaraf dengannya . Kini nasibnya berakhir disini.. Tinggal sendirian di dalam bilik kecil yang tak mempunyai apa-apa perabut yang mewah seperti bilik tidurnya yang selesa. Bau hancing dan busuk dari najisnya sendiri tak dihiraukan nya.. Dia langsung tak memikirkan hal itu, baginya itu bukan lah sesuatu yang penting lagi .. Matanya memandang keatas, bibirnya tersenyum kearah itu..

'' tak penat ke kau duduk diatas tu, turun lah.. Aku dibawah ni.. '' panggilnya. Dia menggamit memanggilnya turun.

Seorang penjaga datang membuka pintu bilik wanita itu. Melihat wanita itu sedang memanggil dan menggamit di sudut bilik itu memandang di bahagian atas..

'' bangun.. Kita mandi.. Busuk dah kamu ni!'' katanya keras.

'' aku tak mau mandi... Aku selesa macam ni.. Jangan sentuh aku! Kau tak kenal aku! Aku datin Ainun... Kau siapa nak sentuh-sentuh aku.. Dengan tangan kau yang hina tu.. '' kata Ainun menyindir penjaga yang mahu memandikannya.

'' jangan melawan.. Tak guna kamu melawan.. Saya tak nak berkasar dengan kamu.. '' kata penjaga wanita itu. Dia menarik Ainun untuk bangun.

'' tak perlu sentuh aku.. Kau pekak ke.. Aku boleh jalan sendiri.. '' Ainun bangun dengan anggun sambil melibas rambutnya yang kusut kearah penjaga wanita itu.

Selesai memandikan Ainun dia membiarkan Ainun berjalan-jalan dengan pesakit yang lain di taman.. Sambil dikawal oleh beberapa pengawal yang lain.

'' sis.. !'' zainal menegur Ainun yang duduk di kerusi batu di taman sendirian.

'' kamu siapa? Kenapa kacau aku! Berani kau ya.. !!'' gertak Ainun.

'' sis ni nal.. Zainal. Adik kakak.. '' zainal menepuk dadanya sendiri.

'' zainal? '' Ainun menelengkan kepalanya melihat zainal yang sedang berdiri di sebelahnya.. Bibirnya menarik sebaris senyuman.

'' kau.. ! '' Ainun ketawa.

'' kak.. '' panggil zainal.. Dia ingatkan Ainun mengingatinya.. Tapi ketawa dari Ainun itu membuatkan dirinya kecewa. Zainal duduk disebelah Ainun.

'kenapa kau boleh jadi macam ni.. Aku dah pesan kak.. Kau kena buat apa yang tok tu pesan.. Jangan sesekali kau langgar pantang dia!' zainal mengepal tangannya sendiri. Jauh di sudut hati dia merasa menyesal, mencadangkan kakaknya untuk menggunakan cara halus, kalau tahu kesudahannya akan jadi begini.

'' aku ingat kau kuat kak, tapi... '' zainal melihat Ainun sedang mengangguk angguk sendiri. Ainun seperti berada di dalam dunianya sendiri.

'' aku akan jaga rania.. Aku janji akan jaga dia kak.. Aku dah tahu kenapa kau beria nak dia jadi salah satu keluarga Zayn.. Aku akan pastikan perkara tu terjadi.. Itu janji aku kak.. '' kata zainal memegang bahu Ainun.

'' kau tolong aku ya.. Kau orang baik kan.. !'' kata Ainun tegas.

'' ya.. Kak aku janji akan tolong kau.. '' kata zainal.

'' bagus-bagus.. Tengok aku dah kata dia baik.. Kau tu yang jahat.... '' kata Ainun bercakap dengan seseorang disebelahnya.. Padahal, disitu hanya ada mereka berdua.

'' kak aku balik dulu..'' kata zainal. Dia tak menghiraukan dengan siapa yang Ainun sedang bualkan. Baginya itu bukan masalahnya.

Zainal berjalan pergi meninggalkan Ainun yang masih sedang berbual. Bila agak jauh zainal kembali berpaling melihat kepada Ainun.. Matanya membulat tergejut melihat ditempat Ainun sedang duduk ada sesuatu bersamanya disitu. Kaki zainal merasa lemah.. Dia memaut tiang yang ada di koridor.. Dia tak sanggup lagi untuk melihat makhluk mengerunkan, yang sedang berada dengan Ainun..

'dia benar-benar langgar pantang.. Sial.. !!' zainal mengelap peluh yang mula terbit di dahinya dengan belakang tangannya.

Zainal cepat-cepat berjalan pergi dengan langkah kaki yang besar. Dia tidak kuat untuk berada disitu, selepas melihat teman perbulan kakaknya.. Seluruh tubuhnya seram sejuk.. Apa yang dia mahukan adalah untuk segera keluar dari situ. Mulutnya tak berhenti memaki apa yang baru dilihatnya tadi.

Shofie yang baru selesai mandi duduk di sofa melihat televisyen yang sedang di tonton oleh haidan. Dia bangun semula masuk kedalam bilik pakaian. Kemudian keluar semula dengan membawa satu botol losyen di tangannya.
Shofie kembali melabuhkan punggungnya di sofa tempatnya yang sama didudukinya awal tadi.

Haidan melihat shofie yang duduk di sofa dan ada losyen ditangannya, segera haidan merampas losyen tersebut.

'' biar hubby yang sapukan losyen.. '' kata haidan sedia membuka penutup losyen tersebut.

'' tak apa hubby.. Biar sayang buat sendiri.. '' kata shofie.. Dia kembali mengambil losyen tersebut dan memicit sedikit di tapak tangannya.

'' kenapa..? ''

'' sayang jijik kalau hubby sentuh sayang !'' kata haidan dengan penuh emosi di wajahnya.

'' apa yang hubby maksudkan dengan jijik? '' tanya shofie bingung..

'' hubby tahu sayang cuba mengelak dari Hubby kan!''

'' apa yang hubby cakapkan ni..? ''

'' kenapa sayang tak benarkan Hubby sapukan losyen kepada sayang seperti selalu.. !''

'' kerana sayang jijik kan.. !!!" kata haidan mula meninggi. Kerana dia sendiri tak boleh menerima dia telah disentuh oleh seorang perempuan yang tak dikenalinya. Haidan meraup wajahnya kasar.. Kemudian mengusutkan rambutnya sendiri.

'' hubby... Sayang tak pernah terpikir sampai macam tu sekali.. '' shofie menarik tangan haidan yang berada di kepalanya.

'' tangan hubby kan sakit.. Bukannya sayang tak nak hubby letakkan losyen tu.. '' kata shofie lembut.. Tangan shofie mengelus rambut haidan yang kusut itu kembali kemas mengunakan jari jemarinya.

'' sayang percayakan hubby.. !'' ada ketegasan dalam bicara shofie yang lembut itu.

'' jadi hubby kenalah kuat.. Sayang tak suka hubby yang suka marah-marah macam ni.. Hubby dah janji kan.. Akan buang tabiat buruk tu.. Demi anak kita.. '' shofie mengambil tangan haidan, lalu meletakkannya di perutnya yang sudah membulat besar tu.

'aku tak pernah salah sayang !!! Kau lah bidadari yang diciptakan untuk aku.. Terima kasih sayang..' haidan membongkok mencium perut shofie.

'' hubby dah lukakan hati sayang.. Hubby dah buat sayang menangis.. Hubby minta maaf sayang.. '' kata haidan.. Dia menjatuhkan kepalanya di bahu shofie..

Shofie merasa bahunya basah..

'' hubby! Menangis? '' shofie menolak bahu haidan. Haidan melarikan wajahnya memandang kearah lain.. Dan menyeka air matanya.

'' tak perlu malu.. Kita kan suami isteri.. '' kata shofie. Menarik haidan kembali untuk mengadapnya. Namun, haidan berusaha untuk tidak segera berpaling memandang kearah shofie.

'' hubby.. '' shofie berusaha menarik. Namun gagal.

'' ahh.. Berat betul hubby niii.. '' rungut shofie bila dia tak berjaya menarik haidan. Shofie mengintai.. Haidan sedang sembunyikan senyumannya disebelah sana..

'fiya dah bersedia untuk semua ni.. Dari awal lagi pernikahan kita bermula dengan satu perjanjian gila.. Atas persetujuan dari kita sendiri..dan bila fiya kembali pergi kepada mummy.. Fiya tak boleh menipu diri sendiri.. Setiap saat, dalam fikiran fiya hanya ada nama hubby, hanya ada banyangan hubby.. Bila, Hubby datang kembali..walaupun fiya tak pernah menyatakan cinta.. Tetapi, Sejak itu.. Fiya janji dengan diri fiya.. Untuk sedaya upaya akan, kuat demi ikatan cinta kita.. Kita telah berjanji akan menua bersama.. Akan ku simpul mati, janji kita.. '

''hubby.. I Love You.. '' kata shofie memeluk haidan.

Haidan membalas pelukan shofie.. Dahi shofie dicium lama.. Dengan matanya tertutup.

'' I love you too Sayang.. Yakin dengan hubby.. Hanya sayang yang bertakhta di hati ini, sayang.. Hubby bersumpah.... ''

Shofie cepat-cepat meleraikan pelukannya dan memicit pipi haidan sampai haidan tak sempat menghabiskan ayatnya.

'' hubby.. Jangan nak cakap yang bukan-bukan.. ''

'' fiya tak suka!!'' kata shofie dengan tegas.

Haidan melihat muka shofie yang berada dekat dengan wajahnya.. Wajah yang manis itu kelihatan serius sekali.. Haidan menarik tangan shofie yang mencekam pipinya dan mencium belakang tangan itu dengan lembut sekali.

'' terima kasih sebab berikan cinta ini kepada hubby.. Hubby lelaki yang paling beruntung di dunia ni.. dapat merasa cinta dari seorang bidadari yang bernama shofie fitriyani.. '' kata haidan dengan senyuman manis, senyuman yang akan membuatkan shofie cair. Senyuman yang dihiasi dengan dua lesung pipit di pipi haidan. Wajah kacak haidan nampak sangat sempurna dengan senyuman itu.

'' akhirnya.. Senyuman itu muncul.. I really miss that sweet smile.. It belong to me.. Only me.... '' shofie menarik wajah haidan dan mencium kedua dua belah pipi haidan dengan geram.

'' iya sayang.. It yours... '' kata haidan. Memeluk shofie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience